Anda dah daftarkan kenderaan anda untuk pemasangan RFID? Jika belum, masih ada banyak masa untuk berbuat demikian memandangkan sudah banyak lokasi pemasangan RFID disediakan untuk para pengguna.

RFID atau Radio Frequency Identification bakal menggantikan penggunaan SmartTag yang perlu menggunakan bateri untuk beroperasi di semua sistem pembayaran plaza tol lebuhraya. Sistem ini merupakan teknologi terkini untuk sistem pembayaran tol elektronik.

Cara Daftar dan Semak Lokasi Pemasangan RFID TouchNGo 

Cara daftar RFID untuk pemasangan kereta

Kempen pemasangan percuma RFID telah giat dibuat sejak pertengahan tahun 2018 lagi. Ia selaras dengan visi kerajaan untuk melaksanakan Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) pada semua lebuhraya di Malaysia.

Saya antara pengguna yang terawal mendaftarkan kenderaan untuk pemasangan percuma RFID ini. Pendaftaran telah dibuat menerusi laman web TouchNGo di sini - https://rfidregister.touchngo.com.my/

Namun, disebabkan kekangan masa selain saya telah menukar kenderaan baharu pada hujung tahun 2018, jadi saya tangguhkan dahulu pemasangan RFID tersebut. Pun begitu, saya berjaya mendaftarkan RFID pada kenderaan satu lagi, dengan bantuan isteri saya yang cakna mengenai pemasangan RFID ini.

Guna e-wallet Touch N Go untuk RFID

Isteri saya telah memasang RFID secara percuma di Tesco Bertam sekitar akhir tahun 2019. Ia mengambil masa kurang sejam dengan melibatkan pendaftaran secara online dan juga muat-turun aplikasi e-wallet TouchNGo.


Sistem RFID ini dikatakan adalah lebih baik dengan sistem Touch N Go serta SmartTag sedia ada kerana kadar tol akan ditolak menerusi aplikasi e-Wallet yang boleh ditambah-nilai secara automatik daripada mana-mana aplikasi online bank tempatan.

Jadi, tiada lagi kegusaran mengenai kekurangan baki pada kad TouchNGo atau SmartTag.

Walaupun kempen pemasangan percuma RFID galak dibuat, namun sambutan ke atas pemasangan RFID pada kenderaan awam agak kurang memberangsangkan. Ia cuma menjadi perhatian ramai apabila kerajaan Malaysia menggalakkan penggunaan e-dompet atau e-wallet baru-baru ini.

Sejak itu, makin ramai yang celik guna e-wallet ini termasuklah untuk membeli-belah di pasaraya besar, membeli tiket wayang mahupun memesan minuman popular Tealive.

Mungkin ramai pengguna belum mahu memasang RFID kerana kemudahan RFID ini tidak dibuat secara menyeluruh terutama di lebuhraya kendalian Plus Malaysia Berhad.

Aha ..


Bermula dari 1 April 2020, Plus Malaysia Berhad (PLUS) akan membuka kemudahan pembayaran tol menggunakan RFID ini di kesemua 83 tol sistem tertutup dari arah utara ke selatan termasuk Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) sepanjang laluan ke timur Semenanjung.

Pelaksanaan menyeluruh ini sebagai tanda penyempurnaan ekosistem lebuh raya yang menggunakan sistem RFID sepenuhnya, di samping menawarkan kemudahan transaksi tol tanpa tunai, tambah nilai melalu perbankan internet dan e-dompet.

Bukan itu saja, penggunaan sistem RFID turut akan diluaskan lagi bermula 2021, termasuklah pengisian minyak, parkir, lorong pandu lalu dan banyak lagi.

Menurut PLUS, untuk membolehkan lebih ramai pengguna lebuh raya menggunakan sistem RFID ini, sebanyak 17 pusat pemasangan tag RFID akan dibuka di Lebuh Raya PLUS termasuk kawasan rehat dan rawat (R&R) terpilih bermula dari 13 Mac 2020.

Semak Senarai Lokasi Pemasangan RFID

Cara Semak Lokasi Pemasangan RFID


Untuk senarai lokasi pemasangan RFID, anda boleh menyemak menerusi link berikut mengikut negeri: https://rfidregister.touchngo.com.my/fitment-centres

Walaupun begitu, pemasangan RFID ini dikenakan bayaran sebanyak RM35 bagi sebuah kenderaan. Bayaran ini telah mula dikenakan bermula 15 Februari 2020 yang lalu.

Ok. Jelas?

Anda juga boleh muat-turun ebook Panduan Penggunaan RFID ini selain jawapan kepada beberapa persoalan berbangkit mengenainya di sini - Panduan Penggunaan RFID Versi 2021 atau PLUS - Ebook RFID 2021

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement