Kerajaan Malaysia diterajui Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah bertindak dengan proaktif setelah melihat kesan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) terhadap rakyat Malaysia. Banyak golongan rakyat yang terjejas kerana mematuhi PKP dalam memastikan penularan wabak Covid-19 tidak menjadi semakin buruk.

Melihat keadaan sekarang, bukan hanya golongan B40 terjejas tetapi juga golongan M40 yang selama ini antara penyumbang kepada hasil cukai pendapatan negara.

Semakan dan Cara Mohon Bantuan Prihatin Nasional

Bantuan Prihatin Nasional
Menerusi pakej rangsangan ekonomi yang telah dikemaskini oleh kerajaan baru-baru ini dan dikenali sebagai Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN; kerajaan telah mengumumkan bantuan kewangan kepada dua golongan yang terjejas ini.

Golongan yang dimaksudkan ialah golongan B40 dan M40. Ia adalah salah satu bantuan yang disediakan oleh Kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat untuk membantu golongan ini yang terkesan secara langsung akibat pematuhan PKP.

Info Bantuan Prihatin Nasional

Bantuan ini dikenali sebagai Bantuan Prihatin Nasional. Ia akan diuruskan oleh Kementerian Kewangan dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Bantuan Prihatin Nasional
Pemberian Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan B40 adalah berdasarkan pangkalan data Bantuan Sara Hidup. Manakala Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan M40 adalah berdasarkan data percukaian yang terdapat di LHDN.

Bayaran Bantuan Prihatin Nasional ini akan diberikan secara one-off kepada golongan B40 dan M40. Ianya akan dilakukan dalam dua fasa iaitu pada akhir bulan April dan Mei 2020, mengikut kelayakan berikut:

Bantuan Prihatin Nasional



Kelayakan Penerima dan Permohonan Bantuan Prihatin Nasional

Kategori yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 seperti berikut:

1. Isi rumah
  • Kahwin atau
  • Ibu atau bapa tunggal/balu/janda/duda yang ada melaporkan maklumat anak dalam permohonan BSH 2020
  • Pendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah

2. Bujang
  • Bujang atau ibu atau bapa tunggal/balu/janda/duda yang tidak melaporkan maklumat anak dalam permohonan BSH 2020
  • Had umur 21 tahun dan ke atas, termasuk kategori warga emas (60 tahun dan ke atas)
  • Pendapatan bujang RM2,000 dan ke bawah.

Kategori yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional M40 ialah pembayar cukai berdaftar dengan LHDN yang berstatus seperti berikut:

1. Isi rumah
  • Kahwin
  • Ibu atau bapa tunggal/balu/janda/duda berdasarkan data percukaian
  • Pendapatan agregat bulanan RM4,001 hingga RM8,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini.

2. Bujang
  • Individu yang berstatus bujang dalam data percukaian
  • Had umur 21 tahun dan ke atas
  • Pendapatan bulanan RM2,001 hingga RM4,000 berdasarkan BNCP

3. Pembayar cukai yang merupakan warganegara Malaysia menetap di Malaysia.



Bagi mereka yang belum berdaftar, permohonan baharu boleh dibuat mulai 1 April 2020 menerusi laman web rasmi LHDNM - https://www.hasil.gov.my atau https://bsh.hasil.gov.my/

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan pemberian bantuan ini, boleh hubungi talian di bawah:

Bantuan Prihatin Nasional

1 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement