Pengumuman ini sedikit sebanyak memberikan kelegaan kepada rakyat Malaysia yang sejak seminggu lalu menanti siapakah yang akan menerajui kementerian-kementerian setelah Tun Dr. Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ke-7 Malaysia, dan Tan Sri Muhyiddin dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri ke-8.
Senarai Menteri dan Timbalan Menteri Dalam Kabinet 2020 - Tan Sri Muhyiddin Yassin
Sejak kemelut politik Malaysia berada di dalam ketidak-tentuan, banyak isu berbangkit telah dibincangkan oleh rakyat Malaysia. Macam-macam cerita muncul termasuklah teori-teori konspirasi politik.Saya tidak arif mengenai hal politik ini, tetapi adalah juga ambil tahu sedikit sebanyak, terutama perkara yang boleh mendatangkan pengetahuan yang baik, terutama dalam memahami proses demokrasi kerajaan beraja berparlimen di Malaysia ini.
Apa yang telah berlaku di dalam politik Malaysia, sedikit sebanyak telah memberikan kesedaran orang awam mengenai proses demokrasi di Malaysia selain memahami lebih lagi berkaitan Perlembagaan Persekutuan yang selama ini menjadi nadi penting dalam perjalanan pentadbiran negara.
Ok, berbalik pada tajuk .. iaitu mengenai senarai penuh Menteri dan Timbalan Menteri baharu dalam Kabinet Kerajaan, diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8. Berikut adalah senarai menteri dan timbalan menteri yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri:
Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin
1. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Menteri: Datuk Seri Mohamed Azmin AliTimbalan Menteri: Datuk Lim Ban Hong (akan dilantik sebagai senator)
2. Kementerian Pertahanan
Menteri: Datuk Seri Ismail Sabri YaakobTimbalan Menteri: Datuk Seri Ikhmal Hisham Abdul Aziz
3. Kementerian Kerja Raya
Menteri: Datuk Seri Fadillah YusofTimbalan Menteri: YB Datuk Dr Shahruddin Bin Md Salleh
4. Kementerian Pendidikan
Menteri: Dr Mohd Radzi Md JidinTimbalan Menteri I: Dato’ Dr Mah Hang Soon (akan dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri II: YB Muslimin Bin Yahaya
4 Menteri di atas adalah merupakan menteri kanan yang akan membantu Perdana Menteri, tanpa adanya Timbalan Perdana Menteri. Ini mungkin kali pertama kerajaan Malaysia tidak mempunyai seorang Timbalan Perdana Menteri.
5. Kementerian Kewangan
Menteri: Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (akan dilantik sebagai senator)Timbalan Menteri I: YB Datuk Abd. Rahim Bin Bakeri
Timbalan Menteri II: YB Mohd Shahar Bin Abdullah
6. Menteri-Menteri di Jabatan Perdana Menteri
EkonomiMenteri: Datuk Seri Mustapa bin Mohamed
Timbalan Menteri: YB Arthur Joseph Kurup
Tugas-tugas Khas
Menteri: Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof
Timbalan Menteri: Datin Mastura Binti Yazid
Parlimen dan Undang-Undang
Menteri: Datuk Takiyuddin Hassan
Timbalan Menteri: Datuk Eddin Syazlee Shith
Hal Ehwal Agama
Menteri: Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (akan dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri: Ahmad Marzuk Shaary
Hal Ehwal Sabah dan Sarawak
Menteri: Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri: YB Dato’ Hajah Hanifah Hajar Taib
7. Kementerian Pengangkutan
Menteri: Datuk Seri Ir Dr Wee Ka SiongTimbalan Menteri: Hasbi Habibollah
8. Kementerian Alam Sekitar
Menteri: Datuk Tuan Ibrahim Bin Tuan ManTimbalan Menteri: Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad (akan dilantik sebagai senator)
9. Kementerian Sumber Manusia
Menteri: Datuk Seri Saravanan A/L MuruganTimbalan Menteri: Awang Hashim
10. Kementerian Wilayah Persekutuan
Menteri: Tan Sri Annuar MusaTimbalan Menteri: Datuk Seri Dr Santhara Kumar
11. Kementerian Wanita dan Keluarga
Menteri: Datuk Seri Rina Mohd HarunTimbalan Menteri: Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff
12. Kementerian Pengajian Tinggi
Menteri: Datuk Dr Noraini AhmadTimbalan Menteri: Datuk Dr Mansor Othman
13. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli
Menteri: Datuk Dr Shamsul Anuar NasarahTimbalan Menteri: Ali Anak Biju
14. Kementerian Dalam Negeri
Menteri: Datuk Seri Hamzah ZainuddinTimbalan Menteri I: Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said
Timbalan Menteri II: Jonathan Yassin
15. Kementerian Kesihatan
Menteri: Datuk Seri Dr Adham BabaTimbalan Menteri I: Datuk Dr Noor Azmi Ghazali
Timbalan Menteri II: Datuk Aaron Ago Dagang
16. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan
Menteri: Datuk Seri Dr Ronald KiandeeTimbalan Menteri I: Datuk Seri Ahmad Hamzah
Timbalan Menteri II: Datuk Che Abdullah Mat Nawi
17. Kementerian Pembangunan Luar Bandar
Menteri: Datuk Dr Abd Latiff Hj AhmadTimbalan Menteri I: Datuk Abdul Rahman Mohamad
Timbalan Menteri II: Datuk Henry Sum Agong
18. Kementerian Luar Negeri
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin HusseinTimbalan Menteri: Datuk Kamaruddin Jaffar
19. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Menteri: Datuk Alexander Nanta LinggiTimbalan Menteri: Datuk Rosol Wahid
20. Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Menteri: Datuk Seri Saifuddin AbdullahTimbalan Menteri: Datuk Zahidi Zainul Abidin
21. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Menteri: Zuraida KamaruddinTimbalan Menteri: Datuk Seri Ismail Abd Mutalib
22. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Menteri: Khairy JamaluddinTimbalan Menteri: Ahmad Amzad Hashim
23. Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Menteri: Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku JaafarTimbalan Menteri: Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin
24. Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Menteri: Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman RazaliTimbalan Menteri I: Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng
Timbalan Menteri II: Willie anak Mongin
25. Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan
Menteri: Datuk Seri Hajah Nancy ShukriTimbalan Menteri: Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan
26. Kementerian Perpaduan Negara
Menteri: Datuk Halimah Mohamed SadiqueTimbalan Menteri: Datuk Seri Tiong King Sing
27. Kementerian Belia dan Sukan
Menteri: Datuk Seri Reezal Merican Bin Naina MericanTimbalan Menteri: Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (akan dilantik sebagai Senator)
Senarai penuh kabinet kerajaan di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin ini melibatkan para profesional yang arif dalam bidang masing-masing. Antara yang menarik ialah perlantikan Mufti Wilayah Persekutuan sebagai Menteri Agama dalam Jabatan Perdana Menteri, selain bekas CEO CIMB yang akan dilantik sebagai senator untuk menjadi Menteri Kewangan Malaysia.
Pasti nanti akan banyak komen daripada mereka mengenai senarai dan perlantikan ini. Ia mungkin akan menjadi berita gembira buat sesetengah, dan mungkin akan ada yang mempersoalkan.
Apapun, sebagai rakyat Malaysia, saya pasti perlantikan menteri dan timbalan menteri adalah mengikut kebijaksaan Perdana Menteri yang mahukan Malaysia kembali berada pada landasan yang betul, terutama pada waktu yang cukup mencabar sekarang.
Tahniah kepada menteri-menteri yang dilantik. Harapnya dah takde isu-isu macam sebelum ni
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.