Kalai ikut sejarah awal roti Gardenia ini, ia asalnya merupakan resepi seorang rakyat Amerika bernama Horatio Sye Slocumm. Pada tahun 1969, Horatio Sye Slocumm ini telah dihantar oleh Koperasi Perkhidmatan Eksekutif Antarabangsa (International Executive Service Corporation) (IESC) ke Malaysia Timur bagi memulakan perniagaan bakeri ini.
Roti Gardenia Sukar Didapati di Pasaran Semasa Perintah Kawalan Pergerakan?
Gardenia Malaysia hanya mula membuat roti sendiri dan memasarkannya di dalam Malaysia mulai tahun 1986. Maka, bermulalah kempen syarikat roti ini sehingga menjadi sebahagian kehidupan rakyat berbilang kaum yang meminati roti.Ia merupakan jenama roti yang terkenal malah paling dipercayai. Gardenia Malaysia telah dianugerahkan pelbagai pengiktirafan peringkat antarabangsa dan juga tempatan. Itu sebab ia menjadi roti kegemaran rakyat Malaysia.
Apabila kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai usaha mengekang penularan wabak atau pandemik Covid-19, ramai penggemar roti Gardenia menjadi resah gelisah.
Bermulanya PKP, ramai yang kata agak sukar untuk mendapatkan roti kegemaran rakyat Malaysia ini. Semua habis stok.
Makanan 'ringan' sewaktu sarapan ini agak sukar didapati di kedai-kedai mahupun pasaraya. Ramai yang rasa kecewa, malah ia menjadi sebutan dan viral di media sosial.
"Mana nak dapat roti Gardenia ni .. semua kedai tak ada jual .. semua habis" kata warga yang bergegas ke kedai apabila PKP dilaksana.
Lori Tak Boleh Jalan?
Malah, ada yang menyalahkan perlaksanaan tidak jelas pada peringkat awal perlaksanaan PKP menjadi punca bekalan roti Gardenia sukar diperoleh. Lori roti tak jalan .. kata mereka.Namun, pihak Gardenia segera memberikan respon.
\
Di saat sukar ketika wabak Covid-19 ini telah menghambat puluhan ribu kematian serata dunia, pihak Gardenia tetap dan terus akan berusaha memenuhi bekalan roti. Pun begitu, harus juga difahamkan .. seandainya pengguna membuat pembelian panik dan tidak sepatutnya, ia pasti akan menyebabkan bekalan roti tertangguh atau terganggu.
Salah satu respon daripada pihak Gardenia mengenai keresahan pengguna:
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Terima kasih kerana meluangkan masa menulis kepada kami mengenai situasi kehabisan stok produk Gardenia di kedai-kedai. Kami ingin memaklumkan bahawa buat masa ini pengeluaran roti di kilang-kilang Gardenia telah sampai ke tahap maksima. Oleh yang demikian, kami tidak dapat lagi menambahkan bekalan produk-produk kami di pasaran.
Kami juga ingin mengucapkan terima kasih di atas kefahaman tuan/puan dan segala kesukaran yang timbul amatlah dikesali.
Sekian.
Saya sendiri pun agak sukar nak dapatkan roti Gardenia di kawasan Parit Buntar dan Nibong Tebal ni. Dah beberapa hari dok mencari, akhirnya pada hari ke enam PKP barulah dapat membeli sebuku roti Gardenia, itupun saya terpaksa rentas sempadan negeri untuk mendapatkannya.
Gas Memasak Pun Hadapi Kesukaran Untuk Diperoleh
Ehh ... bukan kerana roti sahaja ya .. saya terpaksa rentas sempadan sebab saya nak ganti tong gas memasak saya yang dah kehabisan. Nasib baik ianya berlaku di awal pagi, kalau petang? Uhh jenuh tu nak mencari.Saya cuba cari di kedai runcit berdekatan, tetapi malangnya menurut Auntie kedai runcit tu, lori gas dah lama tak datang hantar gas. Jadi tabung gas memang tak ada. Hmm adakah kerana masalah PKP?
Alhamdulillah, saya dapat juga gas memasak, itupun saya terpaksa ambil tong gas yang kecil walaupun tong gas asal saya adalah jenis 16kg (besar). Ini disebabkan bekalan tong gas besar dah habis stok.
Hmm saya memang bernasib baik.
Saya berdoa agar wabak Covid-19 ini segera dibendung dan segala masalah rakyat kerana PKP dapat diselesaikan dengan baik oleh kerajaan. Dan pada masa sama juga berdoa agar barisan hadapan negara yang perlu berdepan dengan Covid-19 ini diberikan kekuatan dan keselamatan.
In Sha Allah.
Bersedia dengan dapur elektrik, saya guna IKEA Tillreda.
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.