Apa yang boleh anda lakukan untuk jana pendapatan ketika arahan Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasa? Ramai antara kita yang keputusan sumber kewangan dan pendapatan akibat arahan kerajaan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Apatah lagi ianya telah dilanjutkan ke Fasa 2 sehingga 14 April 2020.

Saya menyedari ramai di kalangan anda, yang mencari cara untuk mendapatkan pendapatan ketika PKP walaupun terdapat bantuan kewangan menerusi program PRIHATIN dan banyak lagi. Atas sebab ingin membantu, saya akan kongsikan beberapa idea yang boleh anda buat untuk dapatkan sumber pendapatan ini ketika PKP dilaksana.

Cara Nak Jana Pendapatan Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Dilaksanakan

Cara Nak Jana Pendapatan Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Dilaksanakan
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, kita nampak banyak golongan yang terkesan. Antaranya peniaga jalanan, peniaga pasar malam, makcik Kiah jual Pisang Goreng, pekerja kilang, pemilik restoran, peniaga bundle, pekerja sektor swasta dan ramai lagi.

PKP Fasa 2 telah mula dilaksanakan mulai 1 April. Di dalam fasa kedua ini, banyak aspek dalam perlaksanaan telah diperketatkan oleh kerajaan. Ia satu tindakan yang perlu dibuat oleh kerajaan, bukan saja-saja nak buat untuk menyusahkan rakyat.



Kerajaan Bantu Semua Rakyat

Kita dah lihat bagaimana Perdana Menteri sendiri berdoa pada Tuhan agar kita semua dilindungi dan musibah ini diangkat oleh Tuhan. Secara live pula di media. Tak pernah berlaku pun sebelum ini. Nampak betapa seriusnya wabak Covid-19 ini.

Pihak kerajaan menerusi pelbagai agensi cuba membantu rakyat yang menghadapi kesukaran di saat wabak Covid-19 masih berleluasa. Walaupun PKP dilaksana untuk lanjutan masa sehingga 14 April, pada masa sama kerajaan juga umumkan pelbagai bantuan dan pakej untuk meringankan beban.

Harapan kerajaan dan pihak berkuasa adalah agar rakyat kekal mematuhi arahan untuk duduk di rumah dan tidak keluar serta berhimpun. Keluar jika perlu sahaja.

Menerusi PRIHATIN, kerajaan sedia memberikan bantuan wang tunai sebanyak RM1600 kepada setiap ketua keluarga - Bantuan Prihatin Nasional dan banyak lagi termasuklah memanjangkan bantuan ini kepada golongan M40.

Bantuan PRIHATIN NASIONAL



Pun begitu, ia bukanlah satu penyelesaian total. Bantuan secara one-off  ini adalah sekadar memberikan sedikit kelegaan dari segi kewangan dan juga masa.

Rakyat masih ada punyai hutang-piutang yang perlu dijelaskan. Masih ada sewa rumah tunggakan yang perlu dibayar. Hutang rumah, hutang kereta, hutang kad kredit, hutang pada kawan-kawan, kerabat dan sebagainya. Belanja keperluan harian masih perlu dicari.


Buat yang berniaga, masih lagi perlu memikirkan mengenai gaji pekerja, sewaan kedai, cukai perniagaan, bayaran lesen termasuklah memikirkan cara bagaimana nak habiskan stok berniaga yang masih lagi banyak tak terjual.

Memang serabut nak memikirkan.

Rakyat Ada Duit Untuk Lakukan Sesuatu Bagi Jana Pendapatan

Alhamdulillah, kerajaan umumkan moratarium yang membolehkan semua hutang dengan pihak bank boleh ditangguhkan bayarannya selama 6 bulan.. maka, ianya memberikan sedikit kelegaan dan menghilangkan sedikit "keserabutan" di dalam kepala.

Segala yang berlaku ini adalah satu ujian dari Tuhan. Dalam kesukaran itu ada nikmat yang Tuhan sediakan. Ada peluang-peluang yang Tuhan tunjukkan untuk kita sentiasa melakukan yang terbaik tanpa perlu melanggar undang-undang atau arahan dari pihak pemerintah.

Kita cuma perlu peka & tajamkan sedikit pemerhatian kita untuk mencari dan melihat peluang-peluang tersebut.

Lihat keratan akhbar di bawah ini ...

Cara Nak Jana Pendapatan Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Dilaksanakan
Nampak peluang untuk mendapatkan pendapatan ketika PKP dilaksana? Apa yang anda nampak adalah peningkatan dari segi jual-beli secara online, ini termasuklah juga cabang pendapatan yang secara langsung terkesan daripada peningkatan ini, iaitu penghantaran barang.

Baik. Tak perlu pening,  biar saya bantu listkan peluang-peluang untuk anda menjana pendapatan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sekarang.

1. Bina Kedai Online di Shopee

Anda ada produk yang tak terjual di kedai fizikal anda? Gunakan kesempatan ini untuk bina sebuah kedai online anda di Shopee. Tiada sebarang yuran dikenakan kepada anda untuk mula berniaga di Shopee. Apa yang diperlukan adalah pengetahuan dan cara nak mula berniaga di Shopee.

Untuk itu, anda boleh gunakan panduan ini sebagai bantu mula - Panduan Berniaga di Shopee (klik untuk info).

2. Berniaga Online Menerusi Lazada

 
Pihak Lazada sendiri menyatakan, jualan online kini meningkat secara mendadak, bukan sahaja bagi barangan dapur, face mask atau hand sanitizier, tetapi barangan lain seperti makanan, barangan penjagaan diri serta aksesori komputer juga meningkat naik kerana ramai yang mahu naik taraf komputer mereka untuk memudahkan urusan bekerja dari rumah.

Anda boleh mulakan sekarang, malah pihak Lazada juga sering mengeluarkan iklan di media sosial untuk anda mula menjual barang di Lazada. Jika tak pasti bagaimana nak mula, saya syorkan anda dapatkan ebook ini sebagai panduan - Cara Bisnes di Lazada (klik untuk info)

3. Jadi Penghantar Barang atau Makanan

Kerja Kosong Penghantar Barang atau Makanan
Khidmat penghantaran makanan seperti FoodPanda dan GrabFood juga mendapat permintaan yang sangat tinggi! Pihak FoodPanda kini juga sedang giat merekrut lebih banyak budak-budak penghantar.

Bagi anda yang mungkin ada anak-anak bujang yang kini terpaksa lepak duduk di rumah sahaja tanpa buat apa-apa, mungkin boleh sarankan mereka bekerja dan menjadi budak penghantar ini. Syaratnya mudah sahaja, hanya perlu ada phone dan juga motorsikal. Upahnya juga boleh tahan, sekitar RM10 sejam. Kalau kerja 8 jam sehari.. dalam masa 2 minggu dah boleh dapat seribu lebih... lebih banyak dari bantuan yang diberikan oleh kerajaan sebanyak RM800 untuk orang bujang.

Berminat? Boleh apply menerusi pautan ini




Ada banyak lagi peluang seperti ini, malah anda boleh bekerjasama di dalam komuniti anda untuk menjadi rider penghantar barang bagi produk serta makanan yang ditempah secara online.

4. Jual Kuih-Muih atau Roti Dari Rumah

Peluang untuk surirumah bagi mendapatkan pendapatan di waktu PKP dilaksanakan. Permintaan menjadi tinggi disebabkan ada sesetengah tempat hadapi kesukaran untuk dapatkan bekalan roti dan kuih-muih serta biskut.

Ada kawan saya yang menerima tempahan tinggi untuk roti ni.

Tak tahu bagaimana nak buat roti atau biskut? Bagaimana nak menjualnya? Boleh dapatkan tips di sini - Panduan Bisnes Bakeri

5. Jual Tudung Secara Online

Bagaimana nak jual tudung secara online
Ada banyak stok tudung tak terjual di kedai? Jangan biarkan ia menjadi lusuh begitu sahaja. Belajar cara bagaimana nak menjualnya secara atas talian. Tak tahu cara, ada founder yang akan bantu anda untuk mula melakukannya, baca di sini - Bisnes Tudung Online

Malah, ada peluang untuk surirumah mula dapatkan income tambahan dengan menjual produk ini yang sentiasa ada permintaan walaupun ketika PKP dilaksanakan. Gunakan panduan yang disediakan tu ya ...

6. Jual Produk dari China

Banyak produk yang dijual secara online datangnya dari China. Harga lebih murah daripada harga tempatan. Ini salah satu cara untuk peroleh bekalan dan buat untung ketika banyak kedai tutup, dengan berniaga secara online.

Jual Produk dari China
Dapatkan produk dari China dan jual samada di Shopee atau Lazada ataupun laman sosial anda. Belajar bagaimana nak dapatkan produk dari China ini hanya menerusi laman web. Belajar bagaimana menguruskan penghantarannya dari China. Ada diceritakan menerusi Panduan Taobao (klik untuk info).

7. Buat Topeng Muka

Rakan-rakan yang ada kedai jahit pula, walaupun tempahan baju raya untuk tahun ini berkurangan, tetapi, tempahan untuk membuat dan menjahit topeng muka meningkat secara mendadak. Jadi, bolehlah dapatkan tempahan ini dan mula berniaga jual topeng muka D.I.Y.

8. Ceburi Bidang Jual-Beli Saham

Jual-Beli Saham Ketika PKP
Kerajaan sediakan bantuan kewangan untuk setiap keluarga. Ada pelbagai sumber untuk mendapatkan bantuan kewangan ini, termasuklah dari KWSP, Bantuan Prihatin Nasional, BSH, malah banyak keluarga yang ada duit lebihan disebabkan moratorium dari bank.

Anda boleh gunakan sebahagian daripada duit 'lebihan' ini untuk melabur dalam pasaran saham.



Samada anda sedar atau tidak, sejak wabak Covid-19 ini menular ke serata dunia, banyak kaunter-kaunter saham yang merudum jatuh. Bagi yang bijak dan berkemampuan - terutama mereka yang ada duit lebihan hasil moratorium, inilah masanya untuk memborong saham-saham murah.

Dan pastikan juga lihat kaunter-kaunter saham yang naik dan boleh buat untung cepat terutama di sektor seperti pembuatan sarung tangan, kesihatan, perkapalan, industri makanan seperti Nestle.

Buka akaun jual-beli saham, anda hanya dikenakan RM10 sahaja (Jika RHB).

Nak tahu bagaimana nak mula jual-beli saham ini, saya syorkan dapatkan ebook panduan ini - Sistem Saham

[Dah Baca?] Bagaimana Nak Manfaatkan Pengeluaran Wang KWSP i-Lestari?

Jangan Jadikan Kekangan Sekarang Untuk Anda Cari Peluang Jana Pendapatan

Macamana? Nampak tak peluang untuk anda dapatkan income semasa PKP ini? Apa yang saya kongsikan adalah beberapa peluang yang memang dah ada, cuma di waktu ini .. saya fikir ia mampu meringankan beban ramai orang.

Di waktu serba mencabar dengan pelbagai kekangan, masih ada pintu rezeki yang kita belum ketuk dan buka.

Waktu ini juga, Tuhan memberikan kita kesempatan untuk lebih muhasabah diri. Terdapat pelbagai perkara-perkara positif yang boleh dilakukan semasa PKP dilaksanakan, antaranya ialah memperbaiki amalan bersedekah kita, memperbaiki bacaan Al-Quran dan sholat kita, mendalami ilmu agama dan banyak lagi.

PKP sebenarnya memberikan masa untuk kita bertenang sebentar dari melakukan perkara yang biasanya kita buat sebelum ini. Jika dulu kita banyak berhibur dan menghabiskan masa terluang di luar, sekarang kita boleh rapatkan hubungan antara anak dan isteri. Lebih banyak melakukan amal soleh di rumah.

Apa-apa pun situasi anda, saya mengharapkan anda berada dalam keadaan baik-baik sahaja dan semoga wabak Covid-19 ini, hilang dan berlalu pergi dengan cepatnya.

Kita bantu kerajaan dan barisan depan negara yang 24 jam cuba mengawal wabak Covid-19 ini. Kita mesti patuh pada arahan KKM dan PDRM serta ATM dan pihak berkuasa. Jangan engkar sepanjang KPK dilaksana.

Semoga bermanfaat.

1 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement