Umum telah mengetahui bahawa Kerajaan telah membenarkan para penyimpan dan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mengeluarkan wang dari akaun 2 sebagai cara untuk menangani masalah kewangan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Pengeluaran wang akaun 2 KWSP ini dinamakan i-Lestari, dengan had maksima pengeluaran sehingga RM500 sebulan selama 12 bulan. Mana-mana ahli yang mahu menggunakan kemudahan ini, bolehlah membuat permohonan samada secara online atau menggunakan borang pengeluaran i-Lestari yang diedarkan percuma.

Borang Permohonan Daftar i-Akaun KWSP - Hantar Menerusi Email

Borang Permohonan Daftar i-Akaun KWSP

Cara paling mudah untuk membuat permohonan pengeluaran wang KWSP menerusi i-Lestari adalah secara online menggunakan laman web i-Akaun (Ahli) KWSP dan juga menerusi aplikasi i-Akaun yang boleh dimuat-turun secara percuma di Google Play dan Apple AppStore.

Saya ada ceritakan langkah demi langkah cara nak membuat permohonan untuk pengeluaran wang i-Lestari ini sebelum ini menerusi laman web i-Akaun. Proses ini cukup mudah, tidak sampai pun 10 minit. Cuma masalahnya ialah, kadangkala ada masalah capaian apabila terlalu ramai pengguna cuba mengakses.



Satu lagi masalah buat ahli KWSP ialah ramai yang terlupa id login atau id pengguna serta kata laluan untuk mengakses laman web i-Akaun. Apatah lagi untuk membolehkan mereka melakukan pendaftaran pertama kali, yang memerlukan mereka untuk mendapatkan pin menerusi Kiosk KWSP.

Disebabkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan sehingga 14 April 2020, langkah nak dapatkan nombor pin dari Kiosk KWSP mungkin agak sukar.

Jadi, untuk mengelakkan daripada orang ramai keluar mendapatkan pin ini, ahli KWSP sebenarnya boleh mendaftarkan i-Akaun pertama kali menerusi email sahaja.

Apa yang perlu dibuat ialah dengan muat-turun borang permohonan pendaftaran i-Akaun KWSP dan hantar menerusi email. Borang tersebut adalah seperti disediakan di bawah ini. Klik 'save-as' dan cetak.

Perhatian. Sila baca segala arahan dinyatakan dalam borang permohonan pendaftaran i-Akaun KWSP ini.



Anda juga boleh memuat-turun borang permohonan pendaftaran i-Akaun KWSP ini menerusi pautan ini - Borang Mohon Daftar i-Akaun KWSP - Link Asal atau menerusi pautan ini - Borang Mohon Daftar i-Akaun KWSP - Link Alternatif

Sebagai info tambahan, borang hanya boleh dibuka dengan menggunakan perisian Adobe Acrobat Reader versi terkini sahaja. Borang ini hendaklah ditaip dengan lengkap dan betul serta disimpan dengan format nama dokumen seperti ditunjukkan di dalam borang permohonan.

[Dah Baca?] Cara Buat Semakan Bantuan Prihatin Nasional Secara Online

Ikuti segala arahan diberikan dalam borang dengan terperinci. Kegagalan anda mengikuti arahan disediakan akan menyebabkan masalah permohonan anda untuk diproses dengan cepat oleh KWSP.

Jika anda dah siap segala dokumen dan mengisi dengan lengkap butiran di dalam borang permohonan, anda perlu hantarkan semua dokumen dan borang ke alamat e-mel:

iakaundaftar@epf.gov.my dengan menggunakan format subjek e-mel Pendaftaran i-Akaun Ahli <Nama Anda> (Cth : Pendaftaran i-Akaun Ahli Ahmad Bin Muhammad)

Status permohonan akan dimaklumkan melalui e-mel iakaundaftar@epf.gov.my dan anda dinasihatkan agar sentiasa menyemak notifikasi e-mel dari pihak KWSP.

Saluran komunikasi hanya melalui alamat e-mel iakaundaftar@epf.gov.my sahaja. KWSP tidak pernah melantik mana-mana pihak lain untuk urusan pendaftaran ini.

Semoga bermanfaat dan dapat membantu ramai orang bagi mengakses butiran akaun KWSP mereka.

4 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Kalau dah ada i-Akaun lebih mudah nak apply

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang mudah je kalau ada i-akaun ni. Bukan setakat nak uruskan pengeluaran je. Ada banyak lagi capaian lain yang boleh dibuat.

      Delete
  2. saya dah ada i-Akaun.Boleh tahu, kalau nak update no hp secara online macam mana? sebab haritu tengok kena download borang melalui i-Akaun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh login ke akaun, pergi ke bahagian profile, kemudian klik bahagian contact, ... klik pada butang edit yang terdapat di bawah paparan info tersebut.

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement