Saya pernah ada pengalaman seperti ini sebelum ini. Ada dua kes berasingan yang melibatkan penggunaan kad debit/kredit saya tanpa 'my consent'. Meh ikuti beberapa tips tentang cara nak handle kes duit hilang dari akaun ni, terutama melibatkan direct-debit atau autodebit dari akaun CIMB/CIMBClikcks.
Duit Tetiba Hilang dari CIMB/CIMBClicks atau Berlaku Direct Debit Yang Tidak Anda Ketahuan?
Apa yang akan saya kongsikan adalah berdasarkan kepada pengalaman saya sebelum ini ya, jadi ia mungkin akan ada sedikit berbeza dengan kes yang anda alami. Tetapi cara prevention adalah lebih kurang sama, ia adalah untuk elakkan lebih banyak kehilangan dan kerugian wang dari akaun bank CIMB anda.
Baik. Seperti saya beritahu awal tadi, perkara seperti ini pernah berlaku sebanyak dua kali kepada saya.
Kes Pertama - Jadi Mangsa Penipuan Kad Kredit (Scammer)
Pertama, berlaku penolakan dengan jumlah agak besar, lebih RM100 dari kad kredit secara autodebit, ianya berlaku setiap bulan. Daripada siasatan saya sendiri, penolakan dibuat oleh seseorang yang menggunakan maklumat kad kredit saya untuk membuat derma kepada NGO Greenpeace Malaysia.[ads id="ads1"]
Hasil siasatan saya ini, saya panjangkan kepada pihak CIMB dan juga persatuan Greenpeace itu sendiri. Alhamdulillah, ianya settle dengan baik, cumanya duit yang dah didebit tu memang tak dapat baliklah, sebab ia dianggap sebagai transaksi yang sah.
Oh ya, pihak bank juga mengesahkan hasil siasatan saya sendiri nama individu yang telah menggunakan info kad kredit saya tu. Saya tak kenal langsung individu tersebut.
Kesimpulan kes pertama ni, saya telah jadi mangsa penipuan kad kredit. Saya tak pasti bagaimana info mengenai kad kredit saya itu boleh dicuri dan digunakan oleh orang lain. Kes saya diklasifikasi sebagai penipuan kad kredit. Kad kredit saya dibatalkan dan digantikan tanpa sebarang caj.
Batal Segera Sebarang Autodebit Menggunakan Kad Kredit
Pembatalan kad kredit boleh dilakukan secara online, menerusi panggilan telefon dan juga menerusi ATM dan pergi ke mana-mana cawangan CIMB.Oh buat pengetahuan anda juga, JANGAN BUAT PENGGANTIAN KAD sebelum anda BATALKAN DAHULU akaun kad kredit anda! Sebab ia akan terus deduct dari akaun seandainya anda tidak batalkan transaksi autodebit yang dibuat.
Dan saya pula dah halalkan 'derma' yang dibuat secara autodebit dari akaun kad kredit tu. Pihak penerima autodebit tu juga dah dimaklumkan - siap call saya untuk minta maaf mengenai apa yang telah berlaku.
Kes Kedua - Pemotongan Direct Debit menerusi Akaun Kad Debit
Kes kedua, melibatkan deduction duit secara berterusan dalam masa sehari dari akaun CIMB saya. Ia dipotong dalam jumlah yang kecil. Nasib baik ketika pemotongan atau deduction ini berlaku, jumlah duit dalam akaun bank CIMB saya tu ada di bawah RM100.Kes kedua ni sebenarnya berlaku beberapa kali. Cuma sebab ianya berlaku dengan cara yang sama, jadi saya rangkumkan dalam satu kes.
Ia Transaksi Sah
Pihak CIMB akan mengatakan bahawa transaksi yang berlaku adalah sah atau legit. Kerana apa? Kerana saya dikatakan telah atau sudah memberikan kebenaran untuk pemotongan direct debit itu berlaku.Anda kena tahu, bahawa proses untuk minta autodebit dan direct debit memerlukan pengesahan dari pemilik akaun. Ianya akan dihantar pertama kali semasa pendaftaran. Pengesahan akan dihantar menerusi SMS ke nombor telefon kita yang didaftarkan dalam profil akaun CIMBClicks.
Pada pertama kali pengesahan ini dihantar, jika kita tidak semak, ia akan anggap transaksi ini sah dan bukan dibuat tanpa persetujuan.
Tips - Sediakan Nombor Telefon Berbeza Untuk Setiap Bank
Jadi, sangatlah penting untuk memastikan bahawa nombor telefon anda dikemaskini dengan nombor terbaru. Sebab takut SMS tu tidak sampai ke pengetahuan pemilik akaun.Dan sebagai langkah tambahan untuk tujuan keselamatan, jika anda ada dua nombor telefon, kerap tukar antara keduanya sepertimana yang saya amalkan.
Malah, saya buat satu untuk CIMB dan satu untuk Maybank (hanya dua bank ini sahaja yang saya ada). Nombor telefon berbeza untuk setiap satunya.
Ok berbalik pada kes duit hilang dari CIMB ni.
Langkah-Langkah Keselamatan/Pencegahan/Semakan Untuk Mengelakkan Tidak Berlaku Direct Debit/Auto Debit Tidak Sah
Jika anda antara 'mangsa' yang kehilangan duit secara berkala atau secara berterusan dalam masa sehari, contoh macam di bawah, sila buat langkah-langkah yang saya akan tunjukkan.Ok, sebelum tu, biar saya explain skit maksud kod tu, kalau CMD tu .. maksudkan ia adalah transaksi auto debit atau direct debit yang hanya memerlukan pengesahan pertama kali, ia samada dikenakan pada kad debit, akaun kad kredit mahupun direct dari akaun simpanan kita.
Biasanya, anda akan menerima makluman menerusi SMS atau Notifikasi Auto di telefon anda setiap kali transaksi auto debit atau direct debit berlaku. Makanya, anda secara amnya akan menyedari setiap kali transaksi berlaku pada akaun CIMB anda - melainkan jika anda tidak kemaskini nombor telefon anda!
1. Nyahaktidkan Akaun Kad Debit/Kredit
Baik. Apabila anda dapati ada transaksi seperti ini, apatah lagi apabila anda tidak ketahui langsung ia disebabkan apa atau dari mana, ikuti langkah di bawah ini untuk nyahaktifkan.Telefon Nombor CIMB di bawah:
- Consumer Call Centre (24 jam): +603-62047788
- Preferred Call Centre (24 jam): 1-300885300 (tempatan) atau tel:+603-22956888 (luar negara)
Hubungi secara online:
- Borang Pertanyaan - https://www.cimbbank.com.my/en/personal/support/contact-us/enquiries-and-feedback.html
- Hantar mesej selamat menerusi CIMBClicks (anda kena login).
- Email: cru@cimb.com
Minta pihak bank segera untuk nyahatifkan kad debit/kredit anda serta-merta. Kalau boleh, minta mereka nyahaktifkan sebarang auto-debit yang telah dibuat. Untuk info, mana-mana duit yang telah ditolak menerusi auto-debit mahupun direct-debit sebelum ini tidak akan dikembalikan (mengikut pengalaman saya).
Anda mungkin tak boleh dapat balik duit anda sebelum ini, tetapi boleh mengelakkan duit anda terus ditolak menerusi auto-debit atau direct debit tanpa persetujuan anda.
2. Semak Samada Ada Buat Persetujuan Direct-Debit di CIMBClicks
Masuk ke CIMBClicks, dan terus ke bahagian Services seperti ditunjukkan di bawah ini:Klik bahagian 'Direct Debit Authorization'. Semak di bahagian tersebut, klik pada setiap nombor akaun tertera, jika ada sebarang autodebit yang anda buat, ia akan tunjukkan di situ seperti di bawah:
Jika ada, sila cetak (print) untuk semakan anda semasa nak buat aduan atau pertanyaan - terutama ketika membuat panggilan telefon atau bertemu dengan pegawai bank - jika anda mahu batalkan.
3. Nyahaktifkan Kad CIMB Untuk Kegunaan Luar Negara
Ok. Sekarang anda perlu semak samada kad debit atau kad kredit anda diaktifkan untuk pengeluaran atau penggunaan di luar negara. Jadi, pergi ke bahagian 'Overseas Spend and Withdrawal'.Anda akan nampak senarai nombor akaun anda. Ada yang tulis activate dan deactivate, jika ada yang activate dan anda tidak gunakan buat masa ini, klik pada nombor akaun tertera dan buat deactivation. Ia akan hantar secureTAC atau SMS TAC untuk sahkan.
Sahkan segera dengan memansukkan nombor yang diberikan.
Ok, selesai bab akaun dan kad debit/kredit. Sekarang anda perlu setkan jumlah nilai transaksi setiap akaun anda yang ada.
4. Sila Tetapkan Jumlah Transaksi SETIAP Akaun/Kad Debit/Kad Kredit/ATM
Jadi, pergi ke bahagian 'Services' tu, dan lihat bahagian bawah sekali tu 'Limits and Alert's, ada tiga .. iaitu untuk Cimbclicks, untuk ATM dan untuk kad debit CIMB anda. Masuk setiap satu dan setkan limit atau had transaksi.
Contoh macam di bawah ini, saya setkan dari limit RM10,000 menjadi RM1,000 pada kad debit CIMB saya.
Anda kena ingat ya, ini jumlah kumulatif. Anda mungkin berbelanja tak sampai pun RM1000 sehari, tetapi ia akan jumlahkan semua transaksi agar tidak lebih dari had yang anda tetapkan.
Katakan nanti, anda nak tukar tayar kereta, harga RM160. Anda nak bayar guna kad debit, tapi tanpa anda sedar, anda dah berbelanja sehingga RM900 menerusi kad debit anda pada bulan tu, jadi bila nak bayar .. bank akan tolak permohonan secara automatik sebab jumlah nak ditolak dari kad debit adalah lebih daripada jumlah atau had yang telah anda tetapkan sendiri.
RM900 (yang dah dibelanja ikut had) + RM160 (yang nak anda bayar guna kad debit) = RM1060. Transaksi anda tidak lepas sebab telah lebih limit RM1000 secara kumulatif.
5. Buat Semakan Payment Pada Akaun Google Profile Anda
Orait, semua langkah keselamatan anda dah buat pada CIMBClicks ... kali ini semak pula samada anda ada tanpa sedar menggunakan servis secara online yang memotong duit dari akaun bank anda.Salah satu punca duit anda boleh dikenakan direct-debit ini adalah menerusi langganan online, pembelian online tanpa anda sedar. Kadang, anda akan dimaklumkan. Kadang, makluman itu tidak sampai.
Jika anda seorang pengguna Google, atau mempunyai akaun Google, sila pergi ke Google Profile anda seperti ditunjukkan di bawah ini:
Klik bahagian 'Payments & Subscriptions' tu. Nanti akan dipaparkan info mengenai langganan yang telah dibuat menerusi Google Play Store atau apa-apa servis online yang menggunakan Google Pay.
Benda macam ni boleh berlaku tanpa sedar jika, anda berikan telefon anda digunakan oleh pihak lain contohnya anak-anak anda (spt main game online dsb), menjual telefon anda kepada orang lain tanpa padamkan akaun Google dalam phone anda. Anda kehilangan telefon anda dan maklumat di dalam Google Profile diambil dan digunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
Ada banyak kemungkinan.
Orait, kita sambung balik ....
Apabila anda dah masuk ke bahagian 'Payments & Subscriptions' tu, klik pada bahagian 'Manage Payment Methods'. Di situ, maklumat perbankan anda akan dipaparkan (jika ada) seperti di bawah ini. Ia ada 'activity', 'payment methods', 'subscription & services' dan beberapa lagi.
Menerusi panel 'Activity' anda boleh lihat samada berlaku transaksi online menggunakan Google Profile anda. Jadi, anda boleh andaikan samada anda atau orang lain yang ada akses ke akaun Google anda telah melakukan pembelian secara online. Semak betul-betul.
Buat semakan juga dengan akaun CIMB anda, lihat pada tarikh dan jumlah direct debit yang dikenakan. Dari situ anda dah boleh tahu, dari mana dan kenapa duit kena tolak.
Pergi ke panel 'Payment methods'. Anda akan lihat senarai akaun bank dan beberapa cara transaksi online boleh berlaku. Contohnya macam di bawah ini, menerusi akaun Google Profile anda dan juga akaun nombor telefon pun boleh buat pembelian secara online (deduct dari kredit yang ada dalam telco).
Anda boleh buang dengan klik 'remove'. Buang jika anda tidak pasti. Tapi, kalau anda lihat Bank Transfer To ... janganlah buang lak .. tu nak bagi duit, bukan tolak duit. Siapa yang buat duit dengan blog, guna Adsense .. jangan sesekali anda buang Bank transfer to ini .. jenuh nanti nak update balik.
Buang mana yang anda rasa tiada kaitan dengan anda.
Pergi ke panel 'Subscriptions & services' tu pula, lihat samada ada disenaraikan langganan yang anda tidak pernah tahu atau buat. Buang jika perlu.
Okeh.
6. Sentiasa Alert Dengan Setiap SMS, Notifikasi di Smartphone atau Email Berkaitan Sebarang Transaksi
Rasanya cukup lengkap saya dok cerita pasal keselamatan dalam CIMBClicks, kad debit/kredit dan pemotongan autodebit yang boleh berlaku dalam akaun bank CIMB dan juga menerusi akaun Google Play Store.Bank lain saya tidak pengalaman, tapi rasanya pernah juga berlaku pada akaun Maybank. Yang ni ianya berlaku kerana akaun Maybank digunakan dalam Google Play - dalam satu akaun Gmail yang lain. Tak banyak .. cuma beberapa ringgit. Alhamdulillah setel.
Bank-bank lain pun ada ciri keselamatan yang lebih kurang sama je, anda kena pandai godek setiap internet banking yang anda gunakan. Jangan hanya tengok pada ruangan baki duit simpanan dan bahagian nak transfer duit semata ya. Lihat dan aktifkan ciri-ciri keselamatan yang perlu.
Kena Pastikan Anda Tetapkan Ciri-Ciri Keselamatan Perbankan Dalam Talian
Ramai yang terkena duit hilang dari akaun bank secara 'tiba-tiba' ini adalah mereka yang ambil sikap acuh-tak-acuh je soal keselamatan online ni, samalah seperti saya awal-awal dulu.Bila dah terkena duit hilang dari akaun bank, baru kalut semak sana sini. Betul?
Dan apa yang saya kongsikan di atas juga adalah berkait dengan pengalaman saya sebelum ini yang pernah hadapi dua kes kehilangan wang dari akaun bank/kad debit serta transaksi tanpa persetujuan menerusi kad kredit saya.
Jika tak jadi sebelum ini, saya mungkin tak mampu nak bercerita apa yang patut anda buat bila berlaku kehilangan wang dari akaun bank CIMB/CIMBClicks ini.
Seperti kata orang tua dalam pepatah Melayu lama .. "Bila dah terhantuk, baru nak tengadah".
Semoga bermanfaat. Jangan lupa untuk kongsikan pada yang lain ya.
Terima kasih. Sangat bermanfaat
ReplyDeleteSama-sama .. ramai yang nampaknya nak tahu bagaimana duit boleh hilang dari CIMB ni
DeleteItu hari kecoh juga kes dekat twitter,risau saya. Terpaksa la check akaun tiap hari. Huhu mana tahu ada yang terlepas pandang.
ReplyDeletesaya kena skrg ni.. terus ke cimb boleh tak
ReplyDeleteBoleh. Tapi untuk tindakan segera, telefon dulu pihak bank.
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.