Nama Ebit Liew tetiba menjadi nama yang kontroversi di laman sosial terutama di Facebook dan Twitter. Macam-macam cerita dipunggah, diselongkar dan didedahkan orang yang saya percaya sebahagian besar mereka ini tidak kenal pun secara peribadi siapa Ebit Liew yang sebenar.

Jujurnya, pada saya, nama Ebit Liew ini dikenali ramai sebagai ustaz yang banyak membantu mereka yang kesusahan dan daif serta anak-anak berpeleseran, menerusi video-video yang tular di media sosial. Beliau juga dikenali kerana beberapa program kerohanian yang dianjurkan seperti Prokids dan Transformasi Jiwa.

Siapa Sebenarnya Ustaz Ebit Liew?

Siapa Sebenarnya Ustaz Ebit Liew

Saya secara peribadi, mengenali nama Ustaz Ebit Liew menerusi video yang muncul di YouTube berkaitan anak-anak dan remaja yang berpeleseran di jalanan. Video tersebut muncul pada perhatian saya ketika berlakunya kes atau isu sekumpulan remaja berbasikal dirempuh oleh seorang wanita di Johor.

Sedang mencari bahan untuk blog saya, video yang menunjukkan Ustaz Ebit Liew mendekati golongan ini dengan pendekatan yang cukup lembut dan penuh kasih sayang membuatkan saya tertarik untuk terus mengenali siapa sebenarnya Ustaz Ebit Liew.

Dek kerana itu, video-video yang menyebut mengenai Ustaz Ebit Liew terus muncul di laman Facebook saya.

Saya mengaku, setiap kali saya tonton setiap video mengenai kerja ibadah yang dibuat oleh beliau, saya pasti akan rasa sebak dan banyak kali juga mengalirkan air mata. Kisah kasih sayang beliau pada ibunya, melekat dalam hati saya.

Dari namanya, kita dah tahu bahawa beliau berketurunan Cina dan bukan lahir sebagai seorang Muslim.

Ustaz Ebit Liew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau menerima Islam sepenuhnya pada usia 12 tahun.

Beliau lahir pada tanggal 21 Disember 1984, berasal dari Muadzam Shah, Pahang. Beliau merupakan anak ke-10 daripada 12 orang adik beradik, enam orang beragama Buddha, manakala enam lagi beragama Islam.

Ayahnya pernah bernikah dengan seorang wanita Cina dan mempunyai 6 orang anak hasil perkongsian hidup dengan isteri pertama. Kemudian ibu bapa Ustaz Ebit Liew bercerai. Seterusnya, ayahnya bertemu jodoh dengan seorang wanita beragama Islam dari Jakarta, lalu menukar agamanya kepada Islam.

Namun begitu, kehidupan mereka sekeluarga jauh dari Islam, tidak mengamalkan ajaran Islam seperti yang sepatutnya. Malah, mereka sekeluarga tidak pernah bersholat.

Hidayah milik Allah.

Ustaz Ebit Liew menerima hidayah dari Allah pada usianya mencecah 12 tahun. Ianya bermula pada satu hari apabila guru matematik beliau berkata soal meninggalkan sholat sehingga membuatkan beliau menangis dan insaf.

Ini nasihat guru matematik tersebut yang telah menjentik hati Ustaz Ebit Liew:

"Satu orang tinggalkan 1 solat dia akan duduk dalam neraka selama 1 hukuf. 1 hukuf bermakna 80 tahun, 1 tahun akhirat 1000 tahun dunia."

Sejak dari itu, asbab kejadian itu, budak 12 tahun yang awalnya seorang budak sekolah yang sangat nakal di sekolah itu telah berubah 360 darjah sehingga berjaya merubah kehidupan keluarganya mendekati dan mengamalkan ajaran Islam dengan betul dan benar.

Ustaz Ebit Liew mendapat pendidikan daripada beberapa sekolah, ada di Pahang dan ada di Johor. Beliau merupakan bekas graduan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Jika anda perhatikan gaya penyampaian dakwah dan ceramah beliau samada secara online atau secara bersemuka, anda akan perasan bahawa gaya beliau adalah sama dengan gaya penyampaian penceramah motivasi terkenal Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah.

Ini adalah kerana Ustaz Ebit Liew pernah mendapat bimbingan daripada tokoh tersebut selain daripada bimbingan Profesor Hanim Tahir selama 4 tahun di Excel Training.

Beliau sering mengisi slot dakwah dan usrah di corong radio IKIM.fm dan juga SINAR.fm. Buat pendengar stesen-stesen radio ini, dan sering mendengar Usrah Nurani, Islam Agamaku, Islam itu Indah ... cara penyampaian dakwah Ustaz Ebit Liew bukanlah satu yang asing.

Beliau juga merupakan penulis buku berunsur motivasi, kekeluargaan Islam dan banyak lagi. Beliau juga adalah penerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1437H/2015M.

Sejak bermulanya wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di Malaysia untuk tangani penularan wabak ini, nama Ustaz Ebit Liew menjadi bualan hangat malah terpalit kontroversi yang pada saya tidak patut dan tidak perlu berlaku pun.

Tapi itulah, hati manusia kita tidak tahu. Memang sifat manusia saling mencemburui. Apatah lagi dalam adanya sifat tidak baik itu, terselit pula bisikan iblis dan syaitan yang sering nak menyesatkan umat Nabi Muhammad S.A.W.

Iblis memang suka saling Muslim berbalah atas sesuatu perkara yang baik.

Antara perkara yang menjadi persoalan setiap kali Ustaz Ebit Liew melakukan dakwah dan kebaikan adalah dari mana sumber 'kekayaan' yang diperoleh sehingga boleh bantu berikan hadiah berupa peralatan elektrik dan macam-macam lagi.

Baik.

Saya tak mampu nak jawab sebab saya jauh dari mengenali siapa sebenarnya Ustaz Ebit Liew ini. Apa yang saya tahu, ayah beliau adalah daripada kalangan orang yang senang, tidaklah susah mana, itu sebab ayahnya boleh berkahwin dengan seorang wanita dari Jakarta, Indonesia.

Dan walaupun begitu, Ustaz Ebit Liew tidak pernah bergantung dengan kekayaan dan kesenangan dari ayahnya. Beliau telah berusaha sendiri termasuklah mempelajari agama Islam, sehingga ke Pakistan.

Segmen 'Islan Agamaku - Ebit Liew' Radio IKIM.FM


Jom baca perkongsian di bawah pula, yang sedikit sebanyak menyingkap siapa sebenarnya Ustaz Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew ini.

Pendedahan Siapa Sebenar Ustaz Ebit Liew daripada Puan Lisa Sara (usahawanita)

Dari Fb: Nazib Hashim
Oleh: Lisa Sara

Siapa yang tertanya-tanya Ustaz Ebit tu kenapa dia kaya siap bawak Vellfire tu ni yang KakLis nak share apa yang KakLis tau.

Ustaz Ebit buat dakwah ni bukan benda baru. Dah bertahun-tahun dulu. Dia buat benda yang orang tak sanggup buat. Berpenat lelah, menahan muka mengadap orang. Kena hina, maki, cemuh, kena halau.

Dakwah gelandangan, masuk lorong, dakwah kat kelab, dakwah maknyah, budak punk, orang kat penjara, budak-budak rosak akhlak, dakwah suami isteri yang nak bercerai, dakwah orang masuk islam berapa ramai.

Banyakk. Sangat banyak kerja dakwah dia. Dia bukan setakat ceramah kat masjid dan tv tapi dia turun padang sekali.

Tentang kekayaan Ustaz Ebit.

Benda pertama orang nampak dia kaya sebab dia bawa Vellfire kan? Bukan sebab dia tayang beli handbag ribu, melancong sana sini kat luar negara.

Masa PKP ni baru orang nampak betapa banyaknya duit dia sebab dia buat sumbangan bertan-tan lori pada orang tak kira kaum dan agama.

Sumbangan tu datang dari NGO ustaz iaitu Pertubuhan Kasih Umat Malaysia. Kita juga tak tahu banyak mana duit sendiri yang Ustaz Ebit guna.

Ustaz Ebit selalu ulang. Mungkin sekali ini je peluang dia ada untuk dia buat baik tolong orang sebanyak-banyaknya. Ustaz Ebit nampak Covid19 adalah ladang dia untuk buat pahala.

Macam mana dia kaya?

Ustaz Ebit ni dia berniaga. Dia ada:

1. Restoran Paramount Coffe House - 3 biji restoran

2. Butik baju Elew Design - 1 kedai

3. Menulis 9 buah buku. Banyak buku Ustaz ni Bestseller dah bertahun-tahun kat kedai buku. Boleh bayang duit masuk non stop?

4. Dia ada syarikat motivasi Transform Jiwa sendiri. Program yang paling terkenal ialah Keluarga Sunnah. Beribu-ribu dah orang join. Program ni dah selamatkan banyak keluarga.

Suami isteri yang nak bercerai tak jadi bercerai. Keluarga kacau bilau dapat balik hidayah dekat semula pada Allah asbab Ustaz Ebit. Ada ramai yang masuk islam.

Siapa yang kata program takat bagi orang nangis tu meh sini nak tanya, kau boleh buat orang nangis ingat kat Allah ke? Kau boleh bantu orang berubah taubat ke? Kau dah islamkan berapa ramai orang? Kau dah selamatkan berapa banyak keluarga?

Ada?

Program motivasi lain pun banyak. Prokids, program-program dakwah dan motivasi ke agensi-agensi kerajaan dan swasta. Program masuk tv lagi.

5. (Tambahan lupa nak tulis) Video dakwah di You Tube. Ini juga jadi sumber pendapatan pasif untuk Ustaz. Ini juga antara sebab Ustaz selalu ambil video dan gambar. Bahan yang sama digunakan untuk sebarkan dakwah.

Fikir logik. Kalau dah macam ni memangla Ustaz Ebit kaya. Setakat bawak Vellfire memang dia sangatlah mampu nak banding dengan berapa pendapatan Ustaz.

KakLis pun bisnes. KakLis tau orang bisnes kat rumah pun ada yang mampu beli Vellfire inikan kalau macam Ustaz ni bisnes macam-macam. Lagilah terlebih mampu.

Jika ada yang tak puas hati dengan Ustaz, sebaiknya tanyalah Ustaz sendiri. Daripada tulis status nampaklah tak elok bila ditulis orang yang berpendidikan agama. Sedih.

KakLis ni bukan orang baik. Ustaz Ebit buka mata yang orang islam mesti kaya untuk boleh bantu orang. Orang kaya ada kemampuan besar untuk bantu lebih ramai orang. Sedekah yang ditunjukkan boleh galakkan orang lain turut nak bersedekah.

Lepas banyak tengok Ustaz Ebit buat sedekah, buat baik dan bantu orang tak kira bangsa dan agama baru terbuka hati, terbuka mata nak ikut buat benda yang sama ikut kemampuan.

Kawan,

Kalau kita tak mampu sedekah banyak macam Ustaz cukuplah sekadar sedekah ikut kemampuan, jaga mulut, jaga tangan dan jaga hati dari buat dosa.

Ustaz Ebit selalu bawa mesej untuk ikut akhlak Nabi SAW. Benda ni susah nak dibuat. Kita banyak dengar ceramah tapi kita tak nampak banyak cara nak buat.

Ustaz Ebit dia tunjuk dengan perbuatan. Cakap pun lembut je takde bahasa kasar. Muka pun bersih je. Dengan mak ayah, isteri dan anak-anak penuh dengan kasih sayang.

Harap posting KakLis ni dapat menjawab persoalan orang-orang yang banyak tertanya-tanya tentang kekayaan Ustaz.

- Lisa Sara~


Sumber: Pelbagai

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement