Paparan dwi mode ini beserta beberapa kelebihan lain dah mula sampai ke pengguna Facebook sejak awal April 2020. Saya sendiri sudah mencuba paparan baharu Facebook ini.
Facebook Dengan Paparan Baharu - Dark atau Light Mode Sebagai Pilihan
Paparan dwi mode - 'Light' dan 'Dark' ini boleh ditukar-tukar mengikut kehendak anda dengan mudah. Malah, buat masa ini, jika paparan baharu ini tidak menepati citarasa anda, anda boleh sahaja kembali ke paparan lama atau dikenali paparan klasik.
Paparan dwi mode ini juga menampilkan dua jenis 'density' samada jenis 'compact' atau jenis 'standard'.
Anda boleh ubah penampilan Facebook ini menerusi menu atas paling penjuru. Ada menu 'display preferences' yang menampilkan light, dark, standard dan compact tadi.
Buat masa ini, apa yang saya tahu dan ketika saya menulis post ini, paparan dwi mode ini hanya boleh digunapakai pada desktop pc dan belum lagi boleh digunakan di smartphone atau facebook mobile.
Jika anda tak berapa pasti bagaimana rupanya Facebook baharu ni .... saya tunjukkan di bawah ini secara ringkas...
Facebook Light Mode
Facebook Dark Mode
Amnya, apa yang boleh saya katakan, paparannya memang mementingkan kejelasan. Maksudnya di sini, paparan nampak jelas dengan tulisan kelihatan agak besar dari jenis klasik.
Saya suka dengan paparan baharu ini.
Ok. Jika anda masih belum dapat merasai paparan baharu Facebook ini, cuba lihat pada bahagian penjuru atas dan klik pada 'Switch to new Facebook' seperti saya tunjukkan di bawah ini.
Cubalah guna, dan nanti pihak Facebook akan tanya terus pada anda, pendapat dan pengalaman anda mencuba menggunakan Facebook baharu ini.
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.