Income penulis blog menerusi Adsense jadi slow kerana wabak Covid-19? Ia bukan perkara pelik kerana secara puratanya banyak perniagaan terjejas akibat penularan wabak ini ke serata dunia. Sedikit sebanyak iklan online juga terjejas kerana kurangnya bajet untuk tujuan tersebut - pengiklanan.

Google Adsense merupakan antara platform popular untuk menjana pendapatan online menerusi platform blog, website, youtube dan juga aplikasi. Rata-rata yang memiliki akaun Adsense akan terasa kesan ini sejak penularan wabak Covid-19 ini bermula.

Income dari Google Adsense Terjejas Waktu Covid-19 Melanda?

Income dari Google Adsense Terjejas Waktu Covid-19

Saya sendiri mengakui telah kurang mendapat habuan menerusi platform pengiklanan online seperti Google Adsense (lihat gambar atas). Jika sebelum ini, saya boleh tersenyum kerana setiap bulan ada sahaja duit masuk ke akaun bank dari pengiklanan Adsense, tetapi kini .. nak mencecah USD100 (seperti dihadkan) sebulan pun agak payah.

Apa yang berlaku adalah antara perkara yang perlu dihadap apabila bergantung kepada sumber pengiklanan online seperti Adsense.

[ads id='ads1']

Google Adsense bergantung kepada pengiklan dalam Google Ads untuk membolehkan iklan dipaparkan menerusi pemilik (publisher) platform sedia ada seperti blog, laman web, Youtube mahupun aplikasi.

Walaupun jumlah pengguna online meningkat ketika wabak Covid-19 melanda, tetapi akibat banyak perniagaan yang kini bermasalah untuk meneruskan operasi, maka bajet untuk iklan online agak terbatas.

Jika ada pun, nilai setiap iklan tersebut adalah sangat rendah; jauh bezanya sebelum datangnya wabak Covid-19.

Contohnya jika dari 1000 iklan yang dipaparkan, Adsense cuma mampu membayar sebanyak USD0.05 sahaja atau kos per klik sebanyak USD0.02 sahaja. Pastinya ia memberikan kesan ketara kepada jumlah income yang dapat diperoleh oleh publisher seperti saya.



Salah satu sebab lain pula ialah kata kunci.

Saya dapati ada juga rakan blogger yang berjaya menjana pendapatan yang agak baik walaupun di waktu Covid-19 ini melanda.

Jika blog tersebut sebelum ini bercerita mengenai percutian, sudah pasti sekali income Adsense akan terjejas teruk kerana kebanyakkan destinasi pelancongan tidak dapat diakses dan banyak hotel yang menutup sementara operasinya.

Kata kunci yang digunakan pastilah destinasi percutian, hotel yang bagus untuk bercuti, homestay yang disarankan, diskaun hotel dan pelbagai lagi termasuklah promosi dari sektor penerbangan.

Secara logiknya, memang akan kurang iklan daripada segmen ini kerana wabak Covid-19 menghadkan pergerakan manusia terutama untuk ke destinasi percutian.

Beza dengan blog yang mempunyai beberapa niche lain yang tidak terlibat secara langsung dengan wabak ini.

[Dah Baca?] 5 Sebab Iklan Adsense Tidak Muncul di Blog

Saya tak pasti keyword apa yang berpotensi menaikkan nilai cpc Adsense. Tapi saya pasti ada rakan blogger yang masih tersenyum lebar ketika ini melihatkan jumlah USD yang telah berjaya dipindahkan ke dalam akaun bank.

Sekadar kemungkinan.

Mungkin kata kunci (keyword) mengenai produk kesihatan, mungkin mengenai pelaburan? Mungkin juga mengenai resepi? Mungkin juga peluang untuk menambah pendapatan sewaktu wabak Covid-19 bermula?

Namun, sekali lagi, ia bergantung kepada pengiklan yang ada dalam Google Ads. Jika pihak pengiklan ada bajet untuk pengiklanan online, in Sha Allah, rezeki Allah ini akan sampai kepada publisher yang berjaya rank baik untuk kata kunci dimaksudkan.

Adsense sumber jana income menerusi blog, youtube dan apps

Turun naik income Adsense adalah perkara normal. Ia juga sebahagian daripada perniagaan online. Apabila sebut perniagaan, pastinya impak dari Covid-19 akan ada. Maka, publisher seperti saya kena redha dan terima.

Apatah lagi, sekarang ramai pengiklan dah tahu cara nak minimakan kos iklan di Google Ads (dulunya Adword). Jadi, pastinya pengiklan dah buat setting terbaik untuk pastikan iklan mereka terpapar di blog, web, youtube dan apps popular dengan kos yang menguntungkan mereka.

[Promo] Dapatkan Video Cara Nak Setting Iklan Google Ads (Adwords) Dengan Kos Murah

Harus diingat bahawa rezeki Allah itu Maha Luas. Selagi berusaha, in Sha Allah, pintu rezeki lain akan terbuka.

Buat rakan blogger, dan para pemilik akaun Adsense, usahlah rasa gusar dan kecewa, anggap sahaja ia turun naik dalam mencari rezeki.

[Dah Baca?] Rahsia Menjana Income Sehingga RM40K Sebulan Secara Online

Tak boleh 'pergi' dengan Adsense, cari peluang lain ... asalkan ia tidak langgar undang-undang dan halal.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement