Isu lama. Tapi sengaja saya tampilkan kembali agar mereka yang tak faham untuk memahami mengapa perlu membayar servis penulisan dan penerbitan disediakan oleh seorang blogger. Apatah lagi bila mana blogger tersebut merupakan penulis blog sepenuh masa seperti saya.

Baik. Sebenarnya dah ramai rakan blogger yang telah mengetengahkan isu ini baik menerusi blog masing-masing mahupun di media sosial. Pun begitu, masih ada segelintir yang tak faham mengapa bayaran diperlukan untuk mendapatkan khidmat daripada penulis blog.

Blog Adalah Sumber Income

Blogger perlu dibayar

Blog adalah sumber menjana pendapatan bagi kebanyakan penulis blog. Ada yang menjadikan blog sebagai cara mendapatkan pendapatan sampingan, dan ramai juga menjadikan blog sebagai sumber pendapatan utama.

Blog adalah salah satu daripada cara menjana pendapatan menerusi penulisan. Satu bentuk penulisan yang baik mampu memberikan impak dan dari satu sudut boleh mempengaruhi pembaca serta pengunjung blog dalam membuat sesuatu keputusan, contohnya membeli sesuatu produk.

[ads id='ads1']

Blog Antara Medium Penyebaran Online Paling Lama

Blog bukan benda baharu. Malah sejak bertahun-tahun dulu apabila teknologi internet mula sampai ke Malaysia, blog sudah wujud. Malah ia digunakan dengan meluas untuk menyampaikan dan berkongsi sesuatu dari sudut atau perspektif peribadi penulis sesebuah blog.

Blog dijadikan tempat untuk berkongsi pendapat, meluahkan perasaan, berkongsi ilmu malah ia juga dijadikan tempat untuk mempromosi dan menjual sesuatu produk di internet.

Sebelum tibanya Facebook, Instagram, atau Twitter ke Malaysia, blog adalah antara pilihan paling popular bersama dengan MySpace, Friendster mahupun forum online untuk para pengguna internet meluah rasa, berkongsi info dan pelbagai lagi, termasuklah gambar milik mereka.

Jadi, secara amnya, blog mempunyai reputasi cukup lama sebagai medium penyampaian berkesan secara online. Malah, seseorang yang kekal mempunyai blog peribadi mereka sehingga ke saat ini boleh dianggap sebagai seorang penulis blog yang cukup berpengalaman - dengan syarat sentiasa memperkemaskini blog miliknya.

Bukan Mudah Kekalkan Momentum Sesebuah Blog atau Menjadi Penulis Blog

Bukan mudah untuk kekalkan momentum menulis blog ni. Susah sebenarnya.


Sifat serta nilai positif seperti kreatif, konsistensi, kesabaran, bertanggungjawab, telus, ikhlas dan banyak lagi perlu ada dalam diri seorang penulis blog setiap kali menghasilkan konten di dalam blognya.

Terutama sekali untuk memastikan blognya terus mendapat perhatian pengunjung dan pembaca. Malah, buat sebuah blog yang sudah mempunyai puluhan ribu pengikut atau followers, ia boleh dianggap satu tugas yang cukup mencabar.

Jadi, apabila ada pihak cuba mengambil kesempatan atas segala penat lelah seorang penulis blog, pastinya ada ramai blogger yang merasa diri tidak dihargai dan diperguna.

Apa maksudnya di sini?

Google Adsense Membayar Pemilik Blog Kerana Meletakkan Iklan

Ok. Google Adsense, salah satu platform pengiklanan online terkenal seluruh dunia juga 'mengambil kesempatan' atas wujudnya jutaan penulis blog. Ada penulis blog ini menulis mengenai percutian, mengenai kesihatan, mengenai produk kecantikan, mengenai industri permotoran, mengenai perbankan dan hartanah serta banyak lagi.


Bagaimana Google Adsense ambil kesempatan ke atas penulis blog? Mereka memberikan peluang untuk blogger menjana pendapatan menerusi pengiklanan yang disediakan oleh Google Adsense. Ini bermakna, setiap paparan iklan yang keluar di blog seseorang, pemilik blog bakal menerima pendapatan atau komisen tanpa had!

Tetapi, untuk memohon menjadi seorang publisher dalam platform ini, ia bukan semudah membuat sebuah email menggunakan Gmail. Ada beberapa kriteria yang dilihat oleh pihak Google Adsense ini, termasuklah apa yang saya sebutkan tadi mengenai sifat dan nilai positif yang ada pada seorang penulis blog.

[Promo] Belajar Bagaimana Nak Buat Iklan di Internet Google Ads

Adsense hanya membenarkan sebuah blog yang mempunyai ciri-ciri yang mereka tetapkan, dan memenuhi kriteria serta terma yang sedia-ada. Jika semuanya dipenuhi secara tepat, barulah permohonan diterima.

Nampak?

Sebuah blog bukan setakat pengisian konten mengikut citarasa pemiliknya. Ia lebih daripada itu. Ia ada nilai. Dan Google Adsense memperakuinya dengan memberikan peluang kepada pemilik blog menjana pendapatan menerusi iklan-iklan yang pelbagai.

Inilah nilai yang ada pada sebuah blog.



Ada yang tidak faham, mengapa perlu bayar untuk tulis mengenai mereka - samada produk, servis, jenama mahupun sebuah laman web lain.

Ini bermaksud mereka tak faham nilai yang ada pada sesebuah blog.

Mengambil Kesempatan Blogger Yang Tidak Mengetahui Nilai Blognya Sendiri

Ramai yang cuba mengambil kesempatan dengan mendapatkan bantuan secara percuma daripada blogger.

Kenapa ianya berlaku?

Okey, daripada apa yang saya nampak ada beberapa sebab, salah satunya kerana wujudnya segelintir penulis blog yang tidak tahu nilai yang ada pada blog mereka sendiri. Jadi, tak boleh nak dipersalahkan mereka - samada penulis blog itu mahupun pihak yang mahu dapatkan bantuan blogger itu sendiri.

Kerana apa? Kerana untuk mendapatkan nilai itu, perlu juga buat sedikit 'investment' dengan membenarkan berlakunya promosi secara percuma. Cuma, kena pastikan agar ianya tidak berlarutan lama, dan perlunya had serta terma tertentu dibuat.

Tingkatkan Kredibiliti dan Cara Jana Income Blog Menerusi Promosi Percuma


Saya secara peribadi, di waktu awal memperkenalkan blog ini juga melakukan promosi percuma. Ianya dibuat secara tidak langsung, contohnya ...

Saya tulis mengenai percutian saya di Lexis Penang. Saya tidak dibayar pun, dan pihak Lexis tak minta pun saya menulis review mengenai hotel mereka. Saya menulis dengan berkongsi pengalaman saya sekeluarga bercuti di hotel tersebut.

Saya berikan backlink percuma ke website Lexis. Dua tiga kali percutian saya di Lexis Penang, saya kongsikan di blog.

Saya melakukannya beberapa kali, tetapi kemudian ... saya memasukkan link tempahan hotel tersebut menggunakan affiliate Involve Asia dan juga Agoda. Alhamdulillah, dapat juga beberapa komisen menerusi posting atau artikel yang telah saya terbitkan.

Bukan itu sahaja, iklan-iklan berkaitan percutian dan tempahan hotel juga sering dipaparkan menerusi Google Adsense. Jadi, dapatlah sedikit kelebihan dari situ.

[Dah Baca?] Tips dan Panduan Cara Menjana Income Blog Menerusi Adsense

Jadi, sememangnya tidak salah nak buat promosi percuma, lebih-lebih lagi ketika seorang penulis blog cuba mengetengahkan blognya. Awal mungkin perlukan sedikit investment seperti ini. Tapi, in Sha Alllah, lama kelamaan ia akan berbaloi dan berikan lebih kelebihan.

Pastikan semasa melakukan promosi percuma ini, anda menonjolkan corak penulisan anda. Bukan ayat press release yang tanpa nada dan emosi. Anda kena buktikan penulisan anda boleh mempengaruhi pengunjung dan pembaca.

Langkah Menaikkan Kredibiliti dan Nilai Blog

Itulah sebabnya saya buat langkah berikut:
  1. Tulis artikel dengan tujuan melakukan promosi percuma secara tidak langsung (bukan direct promosi sesuatu produk atau servis).
  2. Tulis artikel dengan tujuan sama, tetapi kali ini menempatkan link affiliate dan menjurus kepada keyword tertentu untuk trigger jualan menerusi link affiliate selain iklan-iklan dari Adsense.

Apabila artikel tersebut telah memberikan impak samada dari segi jumlah views, jumlah komen, jumlah komisen yang diterima, jumlah iklan yang keluar dari Adsense; barulah menampakkan adanya kekuatan untuk meletakkan harga pada artikel berbentuk promosi atau pengiklanan.

[Dah Baca?] Rahsia Menjana Income Sehingga RM40K Sebulan Menerusi Program Affiliate

Anda nampak tak? Saya telah membuatkan artikel-artikel di dalam blog mempunyai nilai. Nilai inilah yang akan membantu sesebuah blog mendapatkan bentuk pengiklanan berbayar secara langsung daripada pengiklan.

Nampak dah?

Dapatkan nilai dan kelebihan blog anda, kemudian barulah gunakan ia sebagai bukti kepada syarikat mahupun sesiapa sahaja yang mahu dapatkan khidmat dan servis anda sebagai seorang penulis blog.

Okey.

Mahu Dapatkan Servis Seorang Penulis Blog?

Buat mereka yang nak dapatkan khidmat dan servis seorang blogger, anda juga perlu faham bahawa bukan mudah nak naikkan rating sesebuah blog, bukan mudah nak dapatkan followers, bukan mudah nak naikkan views blog sehingga ribuan hits setiap bulan.

Ada jutaan blog yang wujud. Jika anda nampak sesebuah blog itu lebih menonjol daripada blog-blog yang biasa anda lihat dan baca, pastinya blog tersebut ada kelebihan tersendiri.

Usaha blogger itu ada nilainya. Begitu juga dengan blog yang dibangunkannya.

[Dah Baca?] Buat Duit Secara Online Dengan Involve Asia

Sebagai seorang pengiklan yang mahu dapatkan servis seorang penulis blog, perlu juga faham mengenai kos-kos yang ada untuk menghasilkan sebuah blog yang bermutu dan mempunyai nilai tersendiri.

Lihat infografik di bawah, ia mungkin membantu anda sebagai seorang yang mahu dapatkan servis dan perkhidmatan seorang blogger memahami kenapa sebabnya anda perlu membayar blogger tersebut.

Kenapa bayar pada blogger

Artikel yang saya tulis ini, jika anda baca dari awal mesti dah nampak, ada beberapa perkara yang saya cuba nak tonjolkan.
  • Mengapa blogger perlu dibayar
  • Mengapa ada penulis blog suka memberikan promosi percuma
  • Kenapa pentingnya menaikkan kredibiliti sebagai penulis blog dan memberikan nilai pada blog
  • Mengapa seorang penulis blog perlu belajar cara untuk optimasikan blog agar mampu menjana pendapatan
  • Mengapa ilmu menulis blog penting
  • Blog kena mampu bertahan lama dengan menghasilkan konten bermutu yang memberi nilai pada orang lain

Buat Duit Menulis

Akhir kata, menulis blog yang dulunya lebih kepada minat kini sudah menjadi salah satu lubuk menjana income terutama mereka yang bekerja dari rumah atau secara online. Minat, hobi, kepakaran, ilmu dan pengetahuan yang selama ini dikongsi untuk pengunjung dan pembaca oleh seorang penulis blog sebenarnya mendapat perhatian daripada pengiklan yang melihat dan perakui kelebihan sesebuah blog.

Semoga bermanfaat.

4 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Setuju. Jika ramai faham dan pandai jaga nilai In Sha Allah cerah masa depan

    ReplyDelete
  2. Yaa Tuan, setuju...lagi satu kadang, kita tau nilai blog kita macam mana, tapi sebab sikap rendah diri tu, dan tak yakin, kita malu nak ke depan, then secara automatik kita plak di belakangkan, dan teruslah rasa blog kita memang takde nilai..
    Yang betul tau nilai penulisan kita, maka mereka sendiri akan cari kita..

    ReplyDelete
  3. Banyak ilmu baru saya baca dari blog uncle, terbaik!

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas maklumat yg dikongsi.
    ni penting utk advertiser meminang blog, kan.
    dan bagi saya, at least ada pengetahuan camne nak gred kan blog sendiri.
    terlalu byk utk dipelajari lagi....

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement