Saya rasa ramai peniaga online yang tak tahu akan kewujudan Pinduoduo ini. Kalau anda Google mengenainya pun, ia akan bawa anda ke aplikasi online Pinduoduo atau info dari Wikipedia mengenai kewujudan platform e-dagang ini.

Pinduoduo hanya wujud menerusi aplikasi e-dagang mereka sendiri. Anda tidak akan jumpa aplikasi Pinduoduo di Google Play Store mahupun di Apple App Store. Kalau ada pun hanyalah aplikasi yang cuba nak tiru atau sekadar mimikan Pinduoduo sahaja.

Aplikasi Pinduoduo - Lubuk Baharu Untuk Dapatkan Barang Murah dari China

Pin Duo Duo online ecommerce apps from China

Menurut laporan kebanyakan laman web berkaitan kewangan dan perniagaan, Pinduoduo telah berjaya menjadi antara syarikat China yang paling cepat berkembang. Ia antara syarikat pesaing Alibaba yang memperkenalkan satu ciri unik yang mampu mengatasi pesaingnya.

Tahu apa kelebihan yang ada pada Pinduoduo?

Syarikat platform e-dagang (e-commerce) ini membolehkan pengguna untuk membuat pembelian secara kumpulan. Selagi ia bukan group-buy, selagi itulah harga barangan atau produk tidak akan diambil-kira. Ini syarat utama kalau nak membeli barangan menggunakan Pinduoduo.

[ads id='ads1']

Konsep membeli secara group-order ini membolehkan kita mendapatkan produk pada harga yang jauh lebih murah, malah 3 kali ganda lebih murah dengan mana-mana pesaing Pinduoduo.

 
Hmm .... jika dah 3 kali lebih murah, pastinya buat seorang penjual akan membolehkannya meraih keuntungan berlipat-kali ganda - hatta dijual di laman web Shopee atau Lazada di Malaysia sekalipun.

Buat peniaga, pastinya satu kelebihan jika dapat menggunakan kelebihan disediakan oleh aplikasi Pinduoduo ini.

Pinduoduo - Lubuk Baharu Untuk Dapatkan Barang Murah dari China

Syarikat ini masih baharu, iaitu ditubuhkan pada September 2015. Ia telah menapakkan kedudukan yang kukuh dalam industri e-dagang di China sehingga mendapatkan pelaburan dari beberapa syarikat terkenal seperti Tencent. Menjelang 2018, sudah ada lebih 200 juta pengguna menggunakan Pinduoduo untuk mendapatkan pelbagai produk dan barangan murah dari China.

Syarikat ini telah mengharungi saat sukar sehingga gagal menjana keuntungan malah kerugian yang agak besar kerana promosi berlebihan menerusi pemberian kupon dan diskaun.

Tetapi, sejak penularan Covid-19 serata dunia, Pinduoduo mula memfokuskan pembekalan produk berkaitan perlindungan kesihatan dan juga barangan keperluan harian dengan harga mampu milik.

Malah, menyedari hakikat bahawa permintaan produk seperti ini semakin bertambah, harga ditawarkan oleh Pinduoduo membolehkan ramai orang mendapatkan keperluan yang dikehendaki jauh lebih murah dari mana-mana platform borong produk dari China.

Inilah antara sebab ada di kalangan pemborong di Malaysia sangat sukakan Pinduoduo ini kerana ia menyediakan produk seperti face mask, bahan-bahan untuk face shield dan keperluan kesihatan lain pada harga yang boleh memberikan keuntungan buat peniaga dan penjual runcit.

Kekurangan atau Masalah Pinduoduo

Pinduoduo e-commerce apps

Cuma masalahnya ialah ... Pinduoduo tidak mesra pengguna selain daripada pengguna warga China atau orang yang memahami bahasa Cina.

  1. Aplikasi Pinduoduo adalah dalam bahasa Cina dan susah nak translate walaupun mnggunakan Google Translate
  2. Aplikasi platform e-dagang ini tidak terdapat di Google Play Store dan juga Apple App Store.
  3. Pinduoduo juga tidak terdapat dalam bentuk website. Hanya ada aplikasi sahaja.
  4. Tidak boleh buat OEM.
  5. Transfer duit kena guna WeChat Pay. Dan malangnya pula WeChat Malaysia tidak dapat penuhi keperluan untuk tranfer duit ke luar negara.

Produk dan barangan yang dijual dalam aplikasi Pinduoduo memang pelbagai. Ada car seat, ada cadar, ada hiasan dinding, ada karpet, mainan kanak-kanak malah set sofa pun ada djual dengan harga terlampau murah di dalam Pinduoduo.

Pinduoduo - Lubuk Baharu Untuk Dapatkan Barang Murah dari China

Nak tahu apa lagi dijual dalam Pinduoduo ini? Boleh terus ke website ini - LMC

Ok. Sekarang persoalannya ialah, bagaimana nak ambil kelebihan yang disediakan oleh Pinduoduo ini bagi menjana keuntungan, terutama sekali jika anda seorang peniaga dan penjual online di Malaysia?

Jom Belajar Cara Nak Gunakan Aplikasi Pinduoduo - Dapatkan Produk Harga Murah Giler ...

Syor saya ialah gunakan panduan yang telah disediakan oleh mereka yang telah mempunyai pengalaman menggunakan aplikasi Pinduoduo. Mereka yang saya maksudkan ialah team yang telah memperkenalkan China Method sebelum ini.

Team ni memang proaktif mencari lubuk barang murah dari China. Biasanya menerusi platform online macam Taobao, 1688, dan juga Alibaba. Jadi, mereka ada kredibiliti jelas terutama meneroka lubuk-lubuk peniaga ini.

Pinduoduo adalah satu lagi lubuk yang berjaya diterokai oleh team ini. Sejak beberapa bulan ini, team ini sudah kenal-pasti kaedah terbaik bagaimana nak berurusan menerusi Pinduoduo.



Semua masalah yang asalnya wujud seperti cara nak gunakan aplikasi Pinduoduo, cara nak transfer duit pada penjual di Pinduoduo dan beberapa lagi; semua telah dapat diselesaikan. Malah, ianya diajar secara langkah demi langkah menerusi panduan dalam bentuk ebook yang diterbitkan oleh team ini.


Dan paling menariknya, anda juga akan diberikan bantuan group support dalam Telegram dan Facebook Group. Syaratnya mudah sahaja, anda perlu mendapatkan panduan disediakan oleh mereka terlebih dahulu, kena faham dan belajar fundamental bagaimana nak gunakan Pinduoduo.


Jika anda berminat, boleh dapatkan panduan ini dengan harga promosi disediakan oleh mereka. Jadi, pastikan anda tidak terlewat sebelum kuota tempahan habis. Ianya terhad, kerana pastinya team ini akan lebih menumpu kepada group support disediakan mereka.

Berminat nak tahu kelebihan dan cara mendapatkan lubuk murah China menerusi Pinduoduo tak? Klik butang disediakan di bawah ini:


Perlu diingatkan, panduan ini hanya disediakan dalam tempoh terhad sama seperti ebook panduan mereka yang lain sebelum ini. Cukup kuota, dah tak boleh lagi nak dapatkan. Kalau ada pun, harga tempahan akan naik daripada harga sebelumnya.

Ok.

Peluang ni untuk mereka yang mahu mendapatkan barang dan produk murah dari China untuk dijual atau untuk diri sendiri, selain menggunakan platform yang sedia ada macam Taobao, 1688, AliBaba.com mahupun menerusi Shopee atau Lazada.

Pinduoduo - Lubuk Baharu Untuk Dapatkan Barang Murah dari China

Pinduoduo adalah lubuk baharu bagi mendapatkan barang murah dari China, hanya dengan menggunakan aplikasi dalam smartphone. Grab sebelum dah tak boleh nak grab .. eh.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement