Jika biasa orang akan cakap, Ramadan membolehkan diri mengawal diri dari melakukan perkara-perkara yang dikeji dan dilarang dalam agama, namun alangkah baiknya jika sifat terpuji ini mampu dikekalkan dalam kehidupan.
8 Bahana Jika Gagal Kawal Emosi
Zaman sekarang zaman teknologi. Teknologi agak cepat berubah berbanding dahulu, gara-gara adanya media sosial. Apa sahaja benda baharu, pasti akan cepat tersebar luas .. malahan ia berlaku tanpa tapisan.
Namun, malangnya ialah teknologi ini boleh menyebabkan kita gagal mengawal emosi. Kesabaran boleh tercabar kerana sesuatu yang dikongsi. Memang banyak bahana dan kerosakan boleh berlaku jika jika kita tidak pandai mengawal emosi dan bersabar dengan apa yang berlaku.
Awas, bila menyelurusi internet terutama sekali di media sosial, membaca dan menonton sesuatu, pastikan anda mampu mengawal emosi dan banyakkan bersabar. Tidak perlu cepat melatah, menghakimi sesuatu tanpa periksa, dan paling penting ... sabar dahulu sebelum berkongsi sesuatu.
Anda tidak tahu, kemungkinan perkongsian anda boleh membawa keburukan kepada orang lain. Mari lihat apa bahana dan bahaya tersebut jika kita tidak bersabar dan mengawal emosi diri.
- Tekanan Perasaan - Samada sedar atau tidak, kita boleh mengalami tekanan perasan apabila membaca atau menonton sesuatu yang kurang elok di media sosial dan juga internet. Secara tak langsung ia akan menyebabkan kita membenci orang lain, marah serta geram. Paling buruk ... kita menularkan rasa emosi kita pada orang lain.
Apa yang kita buat sebenarnya merosakan diri dan masyarakat. Keharmonian boleh terjejas, berlaku porak peranda dan kita sudah tidak lagi saling percaya-mempercayai. - Sebabkan Pergaduhan - Perang mulut dan perang komen mungkin berlaku akibat tidak tertanggung emosi, malah boleh menyebabkan pergaduhan fizikal jika tidak dibendung. Anda boleh lihat perkara ini berlaku tanpa kawalan di media sosial. Memang ramai yang gagal mengawal emosi.
- Punah Harapan - Kekecewaan akibat emosi yang terlalu kuat mengharapkan sesuatu, ada kemungkinan boleh menyebabkan 'gila' dan mungkin juga bunuh diri. Pernah berlaku satu kes di mana seorang remaja membunuh diri kerana satu posting yang dibuat di Instagram. Jadi, kawallah emosi sehabis baik.
Ada banyak cara untuk membantu anda mengawal emosi ini. - Janji Tidak Kesampaian - Kadangkala kerana emosi kita yang tidak terbendung, apa yang kita janjikan dalam hidup tidak dapat ditunaikan. Janji kekasih. Janji pada ibubapa.
- Akibatkan Penceraian - Akibat satu post gambar, ada pasangan yang bercerai-berai. Apatah lagi apabila ada pula pihak luar yang menambah perisa pada gambar yang dikongsikan. Walhal, perkara sebenar tidak diketahui. Zaman sekarang, dah banyak bukti menunjukkan, akibat tidak dapat kawal emosi, mengakibatkan ramai ambil keputusan mudah untuk bercerai.
- Anak-Anak Berantakan - Ia kesan yang secara tidak langsung boleh menjejaskan dan beri kesan pada orang lain, terutamanya kepada anak-anak. Tiada lagi kemesraan dalam keluarga, sering bermasam muka dalam rumah, sesama ahli keluarga, anak-anak jadi mangsa dan mereka juga terkena bahana emosi yang tidak terkawal ini. Kawallah emosi, jadilah seorang yang penyabar.
- Badan Terseksa - Jika seorang suami mahupun isteri tidak mampu mengawal emosi, bukan setakat perhubungan suami isteri terjejas, malah boleh berlaku keganasan rumahtangga. Malangnya ialah anak-anak juga turut menjadi mangsa kerana kegagalan ibubapa mereka mengawal emosi dan juga kesabaran. Anak-anak didera dan dipukul.
- Kehidupan Muram - Bersabar dan kawallah emosi. Anda akan hilang nikmat kehidupan yang Allah kurniakan. Nanti, semuanya jadi tak seronok, ada saja perasaan tidak puas hati dalam hidup. Bagaimana nak capai kebahagiaan dunia dan akhirat? Lepas tu, kita jadi penyebar pula emosi yang tidak sihat ini pada orang lain.
Ramadan telah membuka peluang seluas-luasnya untuk kita menjadi seorang yang penyabar di siang hari dan juga di malam hari.
[ads id='ads2']
Ia sepatutnya juga diteruskan dalam kehidupan. Ia bukan sebab Ramadan, tetapi sebab kita mahu diri kita menjadi seseorang yang lebih baik, bukan setakat untuk diri sendiri tetapi untuk keluarga dan juga masyarakat kita.
Masyarakat kita akan jadi 'sakit' jika kita tak mampu untuk mengawal emosi dan menerapkan nilai kesabaran dalam diri. Keluarga kita juga boleh musnah kerana sifat negatif ini. Bagaimanakah kita nak mengharapkan syurga dari Allah andainya kita gagal mengawal diri kita dari membawa mudarat.
Sumber: LPPKN
p:s: Itu sebab mengapa dalam bulan Ramadan tempoh hari saya tidak mengaktifkan akaun facebook saya. Saya tension dengan pelbagai perkongsian orang ramai mengenai pelbagai hal, termasuklah mengenai politik dalam bulan puasa.
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.