Ketahui bagaimana cara nak membayar zakat fitrah secara online menerusi JomPAY. Anda dah semak kadar zakat fitrah terkini untuk tahun ini tak? Jika belum, bolehlah buat semakan di laman web Pusat Zakat Negeri atau Pejabat Agama Negeri masing-masing.

Bayaran zakat terutama zakat fitrah telah dipermudahkan. Jika kebiasaan, kita perlu menerusi amil yang dilantik, namun bagi memastikan semua orang dipermudahkan untuk membayar zakat, kaedah pembayaran zakat secara online telah diperkenalkan.

Tatacara Membayar Zakat Fitrah Menerusi JomPAY

Cara-cara bayar zakat secara online

Cara membayar zakat secara online ini telah lama dibuat. Malah, ia menjadi antara medium paling mudah untuk pembayaran zakat perniagaan, zakat pendapatan, zakat simpanan, zakat emas, zakat harta, zakat tanaman dan lain-lain.

Malah, ada di antara laman web pengurusan zakat yang menyertakan cara untuk pengiraan nilai zakat bagi setiap jenis zakat yang ingin dikeluarkan atau dibayar.

Zakat fitrah juga boleh dibayar secara online. Ada beberapa cara untuk membayar zakat secara online, salah satunya ialah menerusi perbankan internet JomPAY.

Dah banyak Pusat Zakat dan juga Majlis Agama Islam yang menggunakan sistem JomPAY untuk kaedah pembayaran zakat, termasuklah bagi memudahkan umat Islam melaksanakan kewajipan menunaikan zakat fitrah.

Kemudahan pembayaran zakat fitrah secara online menjadi antara kaedah yang terbaik terutama ketika negara sedang berusaha untuk menangani penularan wabak Covid-19, selain mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ok.

Mungkin masih ada di antara anda yang tidak begitu familiar dengan cara pembayaran zakat fitrah secara online ni, untuk itu, saya nak kongsikan cara-caranya ... dan kaedah menunaikan zakat fitrah menggunakan JomPAY ini memang saya gunakan untuk tunaikan kewajipan zakat fitrah tahun ini.

Apa yang saya kongsikan ini adalah cara membayar zakat fitrah untuk negeri Pulau Pinang. sepertimana yang telah saya lakukan baru-baru ini.

Langkah Demi Langkah Bayar Zakat Fitrah Secara Online Menerusi JomPAY

Pertama sekali, dapatkan dahulu nombor REF yang diperlukan untuk pembayaran menggunakan JomPAY.

Anda perlu ke laman web pembayaran zakat fitrah Zakat Pulau Pinang (PZZ) (klik). Paparan seperti di bawah ini akan keluar ..


Isi butiran yang diminta, seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat rumah, nombor telefon serta email. Kemudian pilih tahun dan harga beras seperti yang telah ditetapkan.

Untuk negeri Pulau Pinang, kadar zakat fitrah untuk 2020 adalah sebanyak RM7 atau RM16 untuk seorang atau satu tanggungan.

Pilih juga bilangan tanggungan. Ia akan paparkan jumlah perlu bayar automatik di ruangan tersedia.

Kemudian, klik butang 'Daftar'. Paparan seperti di bawah akan keluar....

Paparan mengandungi butiran mengenai diri anda seperti yang telah diisikan. Kemudian, ada paparan menunjukkan Biller Code: 1453 dan juga nombor Ref-1. Dua nombor ini adalah penting untuk proses seterusnya.

Anda perlu simpan dan catatkan dua nombor ini sebagai rujukan untuk pembayaran zakat fitrah secara online menerusi perbankan internet JomPAY.

Selepas mendapatkan Biller Code dan Ref-1 JomPAY, anda bolehlah login ke laman web perbankan internet atau menerusi aplikasi perbankan yang anda ada.

Pilih menu pembayaran, dan klik JomPAY atau masukkan Biller Code.

Masukkan kadar bayaran zakat fitrah, dan juga nombor Ref-1 yang telah anda peroleh dari laman web PZZ di ruangan disediakan. Klik bayar.

Selesai.

Simpan resit pembayaran sebagai rujukan.


Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement