Ada air fryer? Tetapi tidak digunakan sepenuhnya untuk memasak dan menghasilkan menu-menu sedap dan berkhasiat? Aha, apakata anda muat-turun atau download ebook 27 resepi istimewa menggunakan air fryer yang disediakan oleh Puan Salmy Saznira.

Jangan membazir. Dah beli air fryer mahal-mahal tetapi tidak digunakan sepenuhnya. Walhal alatan memasak ini boleh menyediakan pelbagai makanan yang sedap-sedap. Apatah lagi, memasak menggunakan air fryer tidak menggunakan sebarang minyak.

Muat-Turun Ebook 27 Resepi Air Fryer Istimewa Puan Salmy

Muat-Turun Ebook 27 Resepi Air Fryer Istimewa Pun Salmy

Biasanya ramai yang menggunakan air fryer untuk memanggang ayam dan membakar ikan. Paling popular ialah menggoreng kentang (french fries) tak pun sosej dan daging burger.

Air fryer boleh je digunakan untuk menghasilkan pelbagai resepi menarik, malah boleh digunakan untuk menghasilkan kek dan biskut. Cuma, nak kena tahu setting yang betul pada tetapan suhu dan masa agar makanan dimasak sempurna dan cantik kejadiannya ..hehe.

Ilmu menggunakan air fryer tak ramai yang mahir.

[ads id='ads1']

Saya berani cakap, ramai yang tak tahu nak menjaga air fryer dengan betul. Tahu guna je .. kan kan?

Ehh .. macam cakap kat diri sendiri lak .. hahahahaa.

Kalau guna pun, hanya gunakan satu dua teknik je sedangkan ada beberapa lagi teknik memasak menggunakan air fryer yang masih ramai lagi tak pernah mencuba.

Serius, saya pun terkejut bila dapat tahu ada beberapa kaedah lain menggunakan air fryer untuk memasak. Apatah lagi, bila tahu air fryer ini ada aksesori tambahan lain yang boleh digunakan untuk pelbagaikan teknik memasak.

Pelbagai Video Berkaitan Air Fryer

Jadi, itulah sebabnya Puan Salmy menyediakan sebuah ebook resepi menggunakan air fryer ini, malah ianya dilengkapkan dengan bonus berikut:

  1. Video - Teknik masak ayam goreng ala KFC
  2. Video - Tips memasak muffin / kek
  3. Video - 5 trik memasak menggunakan air fryer
  4. Video - Cara mudah mencuci bakul air fyer
  5. Video - Cara betul mencuci coil pemanas air fryer
  6. Video - Tips memilih aksesori air fryer
  7. Video - Tips elakkan makanan melekat pada bakul air fyer
  8. Video - Tips menjaga air fryer supaya tahan lama
  9. Panduan suhu dan masa air fryer berasaskan resepi

Nampak menarik tak?

Bagus ada ebook panduan macam ni yang disediakan dalam satu pakej. Tak perlu lagi tercari-cari sana sini. Selain dapat tahu 27 resepi menu masakan yang sedap-sedap dari Puan Salmy menggunakan air fryer ini, dapat pula bonus khas berkaitan tips menggunakan air fryer.

Gajet canggih untuk memasak memang mengiurkan untuk berada di dalam dapur. Tetapi ramai orang terutama surirumah yang takut nak explore cara nak gunakan gajet atau alat dapur yang canggih macam air fryer ini.

Bukan apa, takut nanti masakan yang nak dibuat tak menjadi. Tentu kecewa ye tak? Penat buat, dari sepatutnya jadi makaroni cheese bakar ... jadi makaroni cheese hangus !! huhuhu...

Ebook Resepi dan Panduan Gunakan Air Fryer

Rujukan Resepi Istimewa Menggunakan Air Fryer

Itu sebab saya tak teragak-agak nak kongsikan ebook panduan ini. Jika anda tak mahu air fryer tu jadi tunggul dalam dapur dan hanya digunakan sekali sekala .. maka silalah download ebook 27 Resepi Air Fryer Istimewa ini.


Oh ya, anda juga akan dijemput oleh Puan Salmy ke dalam group khas untuk berkongsi tips serta resepi lainnya menggunakan air fryer ini. Group ni tak terbuka untuk semua ya .. hanya mereka yang dah download ebook tu sahaja akan dapat akses.

Hmm .. best kan? Ada group khas untuk kongsi tips dan resepi air fryer .. barulah nanti dapur meriah dengan aneka resepi sedap istimewa ... hanya menggunakan air fryer. Uhh pasti mak, ayah, ibu mertua, suami .. anak-anak tak pun sedara-mara kagum dengan menu masakan air fryer anda.



Nah .. saya belanja sikit hasil menggunakan air fryer untuk membuat Basque Burnt Cheesecake yang super sedap ini ....

Basque Burnt Cheesecake

Elok je weihh kejadiannya ... alhamdulillah, tak sia-sia dan tidak merugikan membeli set air fryer ni. Macam-macam boleh masak, tak percaya? Apalagi, muat-turun sekarang resepi yang dah disediakan tu .. huhu...

Semoga bermanfaat .. dan .. mencuba pelbagai resepi istimewa menggunakan air fryer! Barulah berbaloi rasa beli .. ye dak?

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement