Status ibu tunggal - ia bukan diminta. Ramai je wanita muda, cantik dan bekerjaya yang memegang status ibu tunggal ini. Rata-rata di kalangan mereka pandai dalam menguruskan diri. anak-anak dan hal rumahtangga.
Tips dan Panduan Mendekati Ibu Tunggal Sebagai Calon Isteri
Saya sendiri akui kehidupan sebagai seorang ibu tunggal bukan mudah. Banyak rintangan dan ujian terutama datangnya daripada masyarakat sekeliling. Menjadi seorang ibu tunggal memang banyak perkara perlu difikirkan.
Saya nampak benda ni sebab di dalam keluarga saya ada yang bergelar ibu tunggal.
Tak dinafikan memang ada lelaki yang suka untuk jatuh cinta dengan wanita berstatus ibu tunggal atau single mother ini. Ehh bukan kerana ada yang nampak seksi dan memikat, tetapi banyak lagi faktor lain ....
Ibu Tunggal Punyai Personaliti Yang Kuat
Dek kerana personaliti kuat yang ada pada seorang ibu tunggal, memang tidak hairanlah ada lelaki bujang yang mahu mendekati mereka dan menjalinkan hubungan cinta. Bukan setakat lelaki bujang, duda dan yang dah beristeri pun ada yang menaruh hati pada wanita bergelar ibu tunggal ini.
Bagi seorang ibu tunggal, apabila ada individu yang ingin berkenalan, biasanya mereka akan menolak kerana risau memikirkan status diri.
Tetapi itulah, jawapan balasan yang sering diterima oleh ibu tunggal adalah “I tak kisah pun dengan status you. As long you selesa dan happy bersama I”, “Jodoh ‘ini’ bukan kira status, kalau dah ditakdirkan, tetap akan bersama.” Haaa…’dah’ macam sinetron ‘aje’ jawapannya. Namun itulah kenyataannya.
[Dah Baca?] Awek Cantik Ini Berikan Tips Terbaik Hadapi Putus Cinta
Buat lelaki yang mahu menjalinkan hubungan cinta atau mahu memilih ibu tunggal sebagai bakal pasangan hidup, cuba ikuti beberapa tips dan panduan di bawah ini ..
1. Fahami keutamaan
As a single mother, tiada apa yang lebih utama dalam hidup melainkan anak-anak. Anda sebagai lelaki harus menyedari dan memahami tentang perkara ini. Anak itulah yang menjadi keutamaan dan sumber kekuatan buat single mother untuk kembali berdiri setelah ‘jatuh’.
Anda di tempat ke berapa? Well, selagi anda belum bergelar suami, mungkin kedudukan anda adalah di tempat kedua, ketiga atau keempat.
Macamana? Anda boleh terima keadaan ini? Jangan harap si single mother meletakkan anda pada keutamaan, tak kiralah dalam apa jua keadaan. Ok? Jika anda boleh terima perkara ini, maka anda berada dalam kedudukan yang sangat bagus.
Jadi, nak pikat si single mother ini, anda mungkin boleh mengajak si dia dan anak-anak untuk keluar bersama. Orang kata, nak pikat hati emaknya kenalah pikat hati anaknya juga, tak gitu?
2. Kepercayaan
Jika pasangan anda adalah individu yang berpisah kerana penceraian, ketahuilah bahawa isu kepercayaan adalah sangat utama bagi mereka. Sering kali pada permulaan perhubungan, perasaan percaya itu agak sukar untuk anda peroleh.
Namun, jangan pula rasa mudah kecewa atau hampa. Ia juga bukan bermaksud anda diragui, cuma bila hati pernah terluka dan dikecewakan, pastinya si ibu tunggal memerlukan masa untuk mengubati kelukaan lama.
Namun, sekiranya anda ikhlas dan jujur bersama individu bergelar ibu tunggal ini, berusahalah untuk menjadi individu kepercayaan mereka. Tetapi, jangan pula anda buat hal selepas kepercayaan diberikan. It’s a BIG no!
3. Simpati
Jangan memilih untuk bersama si dia atas dasar simpati dan kasihan. Ye lah, anda melihat si dia sendiri tanpa pasangan, maka anda membuat kesimpulan si dia keseorangan. Keseorangan tidak bermakna individu dengan status single mother ini perlukan simpati.Yes, mereka manusia biasa, mempunyai kelemahan dan adakalanya akan menangis apabila terkenangkan apa yang berlaku.
Tetapi percayalah, mana-mana wanita yang bergelar ibu tunggal adalah lebih kuat daripada sangkaan anda kerana mereka mempunyai anak yang sentiasa ada untuk mereka. Sepertimana di dalam drama TV, acapkali kita dengar dialog ibu tunggal .... 'anak adalah sumber kekuatanku'.
4. Jangan Masuk Campur
Pada awal-awal tempoh perhubungan dan ketika masih dalam proses perkenalan, anda mungkin akan kerap mendengar sesi luahan mengenai bekas pasangan si dia. Amat disarankan, anda jadilah pendengar dan pendorong semangat yang setia buat si dia.Namun itu tidak bermakna anda boleh masuk campur urusan antara si dia dengan bekas pasangannya. Usah berlagak hero atau si dia akan berasa anda cuba mengawal kehidupannya. Berikan pandangan anda hanya jika si dia mahukannya.
Dan perkara yang perlu anda ingat, si dia dan bekas pasangannya akan sentiasa berhubung terutama mengenai perihal anak. Jadi, dalam hal ini, anda perlulah banyak bersabar dan elakkan daripada cemburu buta tidak tentu pasal.
[Dah Baca?] Kisah Perkahwinan Blogger Cantik Namee Roslan
5. Bersedia
Memilih single mother bermaksud si dia datang bersama pakej, 1 + 1, 1 + 2, atau 1 +3, lagi ramai anak, lagi besar pakejnya. Jadi tanyakan diri anda, adakah anda bersedia untuk menjadi instant father dan memikul tanggungjawab tersebut?Bukan itu sahaja, anda juga perlu berkongsi kasih si dia dengan anak-anaknya, sanggupkah anda? Jika tidak, usahlah berdegil untuk bersama single mother, kelak anda hanya akan melukai mereka apabila anda tidak dapat menerima kewujudan anak-anak si dia.
6. Kata Hati
Memilih individu bergelar ibu tunggal ini banyak dugaannya. Anda mungkin akan menerima tentangan daripada keluarga anda sendiri. Malahan terlalu banyak stigma mengenai single mother yang mungkin akan membuatkan anda sendiri bakal meragui pilihan yang telah anda buat.Jika hati anda masih bertegas dengan pilihan ini sebagai suri hati anda, perkara yang terbaik adalah untuk berterus-terang.
Kepada siapa?
Sudah tentu kepada keluarga anda. Anda perlu menjelaskan mengapa anda memilih seorang ibu tunggal sebagai pasangan hidup. Anda perlu pastikan penjelasan dan sebab diberikan cukup kuat dan mencerminkan keikhlasan serta keteguhan pendirian anda.
Elak daripada merahsiakan mengenai status si dia yang anda pilih pada keluarga. Bahaya jika status tersebut diketahui daripada sumber luar dan bukan dari mulut anda sendiri. Pastinya ia akan hadir dengan pelbagai cerita lain yang tidak enak.
Malah, perbuatan anda itu kelak bakal menimbulkan isu perbalahan antara anda dengan kedua ibu bapa anda. Perkara ini pasti menyulitkan, dan bakal mematahkan hati serta memberikan kekecewaan pada si dia yang berstatus ibu tunggal.
Kesimpulan
Ibu tunggal juga manusia seperti orang lain yang ada perasaan dan hati. Golongan ibu tunggal memegang tanggungjawab yang besar, terutama apabila mempunyai anak-anak yang pelbagai ragam dan keinginan.
Bukan senang membesarkan anak tanpa pasangan. Itulah, kadangkala ada sahaja ibu tunggal yang berniat mahu mendapatkan pasangan hidup yang baru, namun terbantut kerana memikirkan stigma dan pandangan masyarakat.
Kadangkala status sebagai ibu tunggal ini membuatkan sesetengah masyarakat memadang serong terhadap mereka.
Tiada salahnya memilih wanita bergelar ibu tunggal. Agama Islam sendiri tiada larangan untuk memilih wanita berstatus single mother sebagai isteri. Malah, dalam satu aspek, digalakkan untuk menjadikan mereka isteri bagi meringankan beban yang ditanggung selain menjaga anak-anak yang berstatus yatim.
Apa yang penting adalah niat anda. Setiap niat yang betul dan ikhlas untuk bersama seseorang itu, sudah tentu akan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.
Sekiranya anda serius dengan si dia, jangan terlalu mendesak. Berikan dia ruang dan peluang untuk memikirkan apa yang terbaik buat dirinya dan anak-anak.
Bersabarlah, kalau sudah jodoh takkan ke mana.
Sumber Asal: HelloDoktor
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.