Aha .. saya tahu. Kemungkinan anda sendiri tidak tahu setting yang betul untuk memasak makanan kesukaan anda. Masalah memang berlaku jika kita tidak tahu setting suhu dan tempoh masa yang betul menggunakan air fryer ini. Menu yang sepatutnya dihidangkan cantik sedap, boleh jadi hitam legam hangus terbakar.
Jadual Tetapan Suhu dan Tempoh Masa Untuk Menu Masakan Menggunakan air fryer
Masalah setting nilai suhu dan tempoh masa pada air fryer bukan masalah yang baharu. Ramai pengguna dan pemilik air fryer terutama yang baharu berjinak-jinak dengan kaedah memasak ini sering buntu bila nak buat setting suhu dan masa.
Anda nak tahu? Isteri saya pernah menggunakan air fryer ini untuk memasak roti canai segera. Malangnya, ia tak menjadi malah hampir menyebabkan kebakaran di dapur!
Pernah Berlaku - Roti Canai Hangus Masak Guna Air Fryer
Dek kerana setting suhu terlalu tinggi dan mengenakan tempoh masa yang lama, roti canai segera yang dimasak menggunakan air fryer habis rentung. Berasaplah air fryer itu sehingga keluar api kerana roti canai yang sudah terbakar hangus.Apabila ianya berlaku, isteri saya telah jadi phobia untuk menggunakan air fryer. Lama juga air fryer jenama Philips jadi barang hiasan di dapur.
Kejadian macam terjadi pada isteri saya, sedikit sebanyak membawa concern terhadap keselamatan menggunakan peralatan ini. Tentulah takut nak guna bila dah nampak api keluar bila buka air fryer kan?
Tapi itulah, mana-mana peralatan elektrik memang berbahaya jika tidak tahu cara menggunakannya dengan betul. Malah, periuk nasi elektrik pun boleh menjadi punca kebakaran jika ianya tidak dijaga dan dibersihkan dengan baik.
Baiklah.
Panduan Setting Suhu dan Masa Menggunakan air fryer
Di dalam post ini, saya nak berkongsi sedikit pengetahuan dan panduan untuk pemilik air fryer mengenai setting suhu dan tempoh masa - mengikut jenis menu resepi yang hendak dimasak menggunakan alat ini.Jenis Menu Masakan | Suhu Ditetapkan (Celcius) | Tempoh Masa (Min) |
Ikan Cencaru Sumbat | 200 | 15 |
Ikan Keli | 200 | 10 + 7 |
Ikan Kembung | 160 | 20 |
Ikan Masak Steam | 160 | 40 |
Ikan Bilis | 160 | 10 |
Salmon Grill | 180 | 20 |
Kek Ikan (Fish Ball) | 180 | 10 |
Sate Ikan Lokcing | 150 | 20 |
Telur Masak Penuh | 160 | 20 |
Telur Dadar (Letak Sedikit Minyak) | 160 | 10 |
Telur Separuh Masak | 160 | 10 |
Telur Rebus | 160 | 14 |
Jagung Bakar Sapu Marjerin | 170 | 20 |
Pisang Karamel | 180 | 10 |
Pisang Goreng Tepung | 200 | 5 |
Keropok Lekor (gaul dengan minyak) | 180 | 15 |
Kerepek Keping | 160 | 5 |
Kerepek Crab Stik | 160 | 15 |
Kerepek Binjai | 160 | 10 |
Papadom | 160 | 15 |
Cendawan Tepung | 160 | 20 + 10 |
Ayam Seekor | 230 | 30 |
Ayam Bakar | 180 | 10 + 10 |
Ayam Panggang | 140 | 45 |
Ayam Goreng Tepung | 160 | 40 |
Daging Hiris Bakar | 180 | 15 + 15 |
Lamb Chop | 180 | 16 |
Sotong Kari Kering | 200 | 10 |
Sotong Kukus | 180 | 25 |
Daging Burger | 180 | 7 +7 |
Nugget + Sosej | 180 | 10 |
Frech Fries | 150 | 10 |
Roti Telur Tak Goyang | 180 | 5 |
Roti Bakar Keju | 180 | 5 |
Brownies | 140 | 50 |
Chocolate Muffin | 160 | 12 |
Donat Segera | 140 | 5 |
Roti Canai Segera | 140 | 5 |
Samosa | 140 | 20 |
Cekodok | 180 | 10 + 10 |
Begedil | 170 | 13 |
Pizza | 160 | 20 |
Tauhu Goreng | 180 | 20 |
Kacang Gajus | 140 | 5 |
Kacang Tanah | 160 | 15 |
Sebelum ini, saya pernah kongsikan menu resepi best menggunakan air fryer ini, anda boleh baca di sini - Resepi Ayam Panggang Madu Menggunakan Air Fryer
Saya harap panduan di atas ini akan banyak membantu anda memasak makanan sedap-sedap menggunakan alat ini. Mana tempoh masa ada + tu, bermaksud anda perlu tarik keluar masakan, dan terbalikkan ia. Sambung masa yang dinyatakan.
Untuk mengetahui lebih banyak rahsia dan cara memasak terbaik serta resepi, boleh rujuk pada panduan ini:
Ok ya.
Selamat memasak dan mencuba.
saya suka guna air fryer kerana ianya mudah untuk digunakan...
BalasPadamsama seperti mesin basuh
Tq for sharing. Bolehlah buat rujukan untuk masak. Saya pun pengguna air fryer juga. Tapi anak-anak paling banyak kali guna.
BalasPadamSenang dan mudah. Jika guna ebook panduan tu, ada video cara nak jaga dan tips lain berkaitan airfryer
PadamAirfryer ni boleh kurangkan kolestrol bagi yang ade masalah berlebihan..lain makanan lain suhunya..kalau banding gunakan minyak
BalasPadamYa betul. Salah satu cara untuk masakan yang lebih sihat. In Sha Allah.
Padamcara yang paling bagus setakat ini untuk memasak menggunakan air fry
BalasPadammenarik guna air fryer ni... tp yg terbaru keluara xiomi x silap.. macam best... apa apa pun kalau yg merokok tu boleh start berhenti merokok ... duit tu boleh simpan beli air fryer hadiahkan pada bini. lagi berbaloi
BalasPadambest memasak guna air fryer
BalasPadamtak pernah lagi guna airfryer.. dalam wishlist nak beli
BalasPadamBaru aje beli air-fryer. Okay nanti boleh rujuk ni
BalasPadamSampai sekarang kena rujuk cheat sheet ni lagi. Terima kasih share di blog
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.