Siapa sini adalah pengguna air fryer? Aha, dah lama ke anda gunakan air fryer untuk memasak? Selalu gunakan ke atau cuma kadangkala sahaja? Kenapa anda jarang gunakan walhal air fryer boleh memasak pelbagai menu resepi yang sedap-sedap?

Aha .. saya tahu. Kemungkinan anda sendiri tidak tahu setting yang betul untuk memasak makanan kesukaan anda. Masalah memang berlaku jika kita tidak tahu setting suhu dan tempoh masa yang betul menggunakan air fryer ini. Menu yang sepatutnya dihidangkan cantik sedap, boleh jadi hitam legam hangus terbakar.

Jadual Tetapan Suhu dan Tempoh Masa Untuk Menu Masakan Menggunakan air fryer

Jadual Tetapan Suhu dan Tempoh Masa Untuk Menu Masakan Menggunakan <i><i>air fryer</i></i>

Masalah setting nilai suhu dan tempoh masa pada air fryer bukan masalah yang baharu. Ramai pengguna dan pemilik air fryer terutama yang baharu berjinak-jinak dengan kaedah memasak ini sering buntu bila nak buat setting suhu dan masa.

Anda nak tahu? Isteri saya pernah menggunakan air fryer ini untuk memasak roti canai segera. Malangnya, ia tak menjadi malah hampir menyebabkan kebakaran di dapur!

Pernah Berlaku - Roti Canai Hangus Masak Guna Air Fryer

Dek kerana setting suhu terlalu tinggi dan mengenakan tempoh masa yang lama, roti canai segera yang dimasak menggunakan air fryer habis rentung. Berasaplah air fryer itu sehingga keluar api kerana roti canai yang sudah terbakar hangus.


Apabila ianya berlaku, isteri saya telah jadi phobia untuk menggunakan air fryer. Lama juga air fryer jenama Philips jadi barang hiasan di dapur.

Kejadian macam terjadi pada isteri saya, sedikit sebanyak membawa concern terhadap keselamatan menggunakan peralatan ini. Tentulah takut nak guna bila dah nampak api keluar bila buka air fryer kan?

Tapi itulah, mana-mana peralatan elektrik memang berbahaya jika tidak tahu cara menggunakannya dengan betul. Malah, periuk nasi elektrik pun boleh menjadi punca kebakaran jika ianya tidak dijaga dan dibersihkan dengan baik.

Baiklah.

Panduan Setting Suhu dan Masa Menggunakan air fryer

Di dalam post ini, saya nak berkongsi sedikit pengetahuan dan panduan untuk pemilik air fryer mengenai setting suhu dan tempoh masa - mengikut jenis menu resepi yang hendak dimasak menggunakan alat ini.

Panduan memasak gunakan <i><i>air fryer</i></i>


Jenis Menu Masakan Suhu Ditetapkan (Celcius) Tempoh Masa (Min)
Ikan Cencaru Sumbat 200 15
Ikan Keli 200 10 + 7
Ikan Kembung 160 20
Ikan Masak Steam 160 40
Ikan Bilis 160 10
Salmon Grill 180 20
Kek Ikan (Fish Ball) 180 10
Sate Ikan Lokcing 150 20
Telur Masak Penuh 160 20
Telur Dadar (Letak Sedikit Minyak) 160 10
Telur Separuh Masak 160 10
Telur Rebus 160 14
Jagung Bakar Sapu Marjerin 170 20
Pisang Karamel 180 10
Pisang Goreng Tepung 200 5
Keropok Lekor (gaul dengan minyak) 180 15
Kerepek Keping 160 5
Kerepek Crab Stik 160 15
Kerepek Binjai 160 10
Papadom 160 15
Cendawan Tepung 160 20 + 10
Ayam Seekor 230 30
Ayam Bakar 180 10 + 10
Ayam Panggang 140 45
Ayam Goreng Tepung 160 40
Daging Hiris Bakar 180 15 + 15
Lamb Chop 180 16
Sotong Kari Kering 200 10
Sotong Kukus 180 25
Daging Burger 180 7 +7
Nugget + Sosej 180 10
Frech Fries 150 10
Roti Telur Tak Goyang 180 5
Roti Bakar Keju 180 5
Brownies 140 50
Chocolate Muffin 160 12
Donat Segera 140 5
Roti Canai Segera 140 5
Samosa 140 20
Cekodok 180 10 + 10
Begedil 170 13
Pizza 160 20
Tauhu Goreng 180 20
Kacang Gajus 140 5
Kacang Tanah 160 15

Sebelum ini, saya pernah kongsikan menu resepi best menggunakan air fryer ini, anda boleh baca di sini - Resepi Ayam Panggang Madu Menggunakan Air Fryer

Saya harap panduan di atas ini akan banyak membantu anda memasak makanan sedap-sedap menggunakan alat ini. Mana tempoh masa ada + tu, bermaksud anda perlu tarik keluar masakan, dan terbalikkan ia. Sambung masa yang dinyatakan.

Untuk mengetahui lebih banyak rahsia dan cara memasak terbaik serta resepi, boleh rujuk pada panduan ini:

Ebook Resepi dan Tips Guna Air Fryer


Ok ya.

Selamat memasak dan mencuba.


11 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. saya suka guna air fryer kerana ianya mudah untuk digunakan...

    sama seperti mesin basuh

    BalasPadam
  2. Tq for sharing. Bolehlah buat rujukan untuk masak. Saya pun pengguna air fryer juga. Tapi anak-anak paling banyak kali guna.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Senang dan mudah. Jika guna ebook panduan tu, ada video cara nak jaga dan tips lain berkaitan airfryer

      Padam
  3. Airfryer ni boleh kurangkan kolestrol bagi yang ade masalah berlebihan..lain makanan lain suhunya..kalau banding gunakan minyak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul. Salah satu cara untuk masakan yang lebih sihat. In Sha Allah.

      Padam
  4. cara yang paling bagus setakat ini untuk memasak menggunakan air fry

    BalasPadam
  5. menarik guna air fryer ni... tp yg terbaru keluara xiomi x silap.. macam best... apa apa pun kalau yg merokok tu boleh start berhenti merokok ... duit tu boleh simpan beli air fryer hadiahkan pada bini. lagi berbaloi

    BalasPadam
  6. tak pernah lagi guna airfryer.. dalam wishlist nak beli

    BalasPadam
  7. Baru aje beli air-fryer. Okay nanti boleh rujuk ni

    BalasPadam
  8. Sampai sekarang kena rujuk cheat sheet ni lagi. Terima kasih share di blog

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement