Panduan Solat Sunat Hari Raya di Rumah. Amalan menunaikan sholat sunat Hari Raya adalah sunat Muakad mengikut mazhab Imam Syafie yang menjadi teras agama Islam di Nusantara ini. Pun begitu, Nabi Muhammad S.A.W tidak pernah meninggalkan sholat ini sejak ia mula disyariatkan sehinggalah Baginda wafat.

Jadi, menunaikan sholat sunat Hari Raya, samada secara bersendirian mahupun secara berjemaah adalah merupakan amalan yang menjadi sunah Nabi Muhammad S.A.W dan diberikan ganjaran pahala oleh Allah S.W.T.

Panduan Untuk Menunaikan Sholat Sunat Hari Raya Aidilfitri di Rumah

Panduan Untuk Menunaikan Sholat Sunat Hari Raya Aidilfitri di Rumah

Bagi menyampaikan dan sebagai ulangkaji bagaimana untuk melaksanakan sholat sunat Hari Raya ini, bolehlah sama-sama berpandukan kepada ebook atau panduan percuma disediakan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di bawah.

Panduan ringkas sholat sunat Hari Raya Aidilfitri ini disediakan oleh JAIS untuk tahun 1441H/2020M sempena arahan kerajaan yang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membendung wabak Covid-19.

Panduan Cara Mengerjakan Sholat Sunat Aidilfitri di Rumah

Ia mengandungi:
  • Lafaz Takbir Raya
  • Niat untuk menunaikan sholat sunat Aidilfitri
  • Amalan-amalan sunat di malam raya
  • Doa akhir Ramadan




Anda juga boleh muat-turun fail Panduan Ringkas Solat Sunat Aidilfitri 2020 di atas menerusi pautan berikut - Nota dan Panduan Ringkas Solat Sunat Aidilfitri 2020 - JAIS

Bagi mereka yang menunaikan sholat sunat ini secara berjemaah dengan keluarga di rumah, imam iaitu ketua keluarga hendaklah membaca khutbah Hari Raya selepas selesai menunaikan sholat berkenaan.

[ads id='ads2']

Untuk melengkapkan rukun menunaikan sholat sunat Hari Raya secara berjemaah ini, saya sediakan juga teks ringkas untuk khutbah Aidilfitri untuk tahun 1441H/2020M ini di pautan di bawah:



Bagaimanapun, tentang perihal khutbah ini, tertakluk kepada pihak berkuasa agama negeri masing-masing. Teks khutbah juga ada disediakan oleh Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing. Anda boleh rujuk laman web Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing jika ada khutbah khusus disediakan.

Kalau tidak ada, boleh sahaja gunakan teks khutbah yang saya kongsikan di pautan di atas tu.

Sholat Sunat Aidilfitri Sendirian dan Jemaah Wanita Sahaja

Kepada mereka yang solat sunat Aidilfitri bersendirian pula, tidak dituntut untuk berkhutbah disebabkan fungsinya tidak kesampaian. Ini adalah kerana fungsi khutbah itu disampaikan adalah untuk memberikan peringatan kepada jemaah selain pesanan, pujian-pujian kepada Allah dan juga doa.

Meskipun begitu, sekiranya orang perempuan mendirikan solat hari raya secara berjemaah sesama mereka, maka tidak perlu untuk imam mereka berkhutbah (merujuk kepada rukun dan sunat khutbah) dan memadai sekadar tazkirah dan peringatan ringkas sahaja.

Semoga dapat dimanfaatkan bersama.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement