Masakan menu rendang memang menjadi antara juadah utama di Hari Raya. Agak kurang meriah, jika tidak ada juadah tradisional seperti rendang, serunding, ketupat dan juga lemang, selain kuih dan biskut raya tradisional.

Ada pelbagai jenis rendang. Ada Rendang Pedas, Rendang Tok, Rendang Minang, Rendang Padang dan juga Rendang Kuning. Sedap memang sedap, masakan yang berlemak menggunakan santan ini boleh senang basi kalau tak kena bahan atau cara memasak.

Petua & Tips Memastikan Rendang Kekal Tahan Lama, Elak Mudah Basi

Rendang memang sedap dimakan bersama ketupat dan lemang. Malah, ada yang suka makan rendang bersama dengan nasi panas.

Petua Memastikan Rendang Kekal Tahan Lama, Elak Mudah Basi

Pernah tak terjadi, anda masak lemang pada malamnya, siangnya tu dah terasa dan berbau basi? Kecewa kan? Ingatkan dah panaskan beberapa kali, dapatlah bertahan lama ... paling tidak sehari semalam, tapi .. uhhh ...

[ads id='ads1']

Tapi kan, ada je orang yang masak rendang ni mampu bertahan lama. Kenapa? Walhal resepi masak rendang tu lebih kurang sama je. Jadi, apa rahsia dan petua untuk memastikan rendang tahan lama untuk elakkan daripada mudah basi?

Meh baca perkongsian ini untuk elak rendang cepat basi dan mampu bertahan lebih lama untuk dinikmati.

1. Penggunaan Santan

Gunakan santan segar

Kebanyakan masakan Melayu menggunakan santan, termasuklah rendang. Apatah lagi ada yang menggunakan kerisik sebagai tambahan bahan untuk menambah rasa lemak pada masakan rendang.

Santan inilah antara penyebab masakan seperti rendang mudah dan cepat basi. Jadi, untuk mengelakkan rendang cepat basi, kena pilih santan yang segar.

Orang dedulu biasanya akan pilih kelapa tua yang terbaik untuk dapatkan santan segar yang berkualiti kalau nak masak rendang. Itu sebab rendang zaman dedulu tahan lama walaupun tidak disimpan di dalam peti sejuk.

Dengan memilih santan segar, rasa rendang juga lebih sedap selain mampu bertahan lebih lama.

2. Masak Sehingga Pecah Minyak

Masak pecah minyak

Apabila memasak rendang atau apa-apa masakan menggunakan santan, kena pastikan bahan tumisan pecah minyak betul-betul sebelum dimasukkan bahan lain terutama ayam atau daging.

Malah, sesetengah cara memasak rendang, anda perlu pastikan pecah minyak ini berlaku dua kali, iaitu pertama ketika tumisan pertama bahan kisaran, dan keduanya sebelum memasukkan santan.

Bagaimana nak kenal pecah minyak ini?

Tumisan akan pecah minyak bila hasil tumisan dah jadi garing dan warna sedikit gelap. Keduanya, bila minyak tumisan tu dah merecik dan kelihatan 'terapung' pada masakan.


3. Masak Sampai Kering Air

Masak rendang hingga kering

Salah satu sebab kenapa rendang tradisi negeri Perak iaitu Rendang Tok mampu bertahan berhari-hari kerana ia dimasak sehingga kering air.

Masaklah rendang anda agak lama dengan api yang kecil untuk menyahkan lebihan air yang biasanya terdapat pada ayam dan daging. Masak sehingga kering tapi awas, jangan pula sampai hangus.

Tipsnya ialah anda kena selalu kacau rendang anda supaya proses nak mengeringkan atau membuang lebihan air menjadi lebih cepat dengan api kecil. Jika anda mahukan rendang anda berkuah, hanya lebihkan bahan-bahan kisaran ketika menumis.

4. Ganti Santan Dengan Susu Cair

Anda boleh sahaja gantikan santan dengan susu cair. Masakan anda akan tetap berasa lemak, kerana kebiasaannya bila memasak rendang menggunakan susu, anda wajib meletakkan kerisik ke dalam masakan.

Masakan anda juga akan lebih sihat menggunakan susu seperti saranan kebanyakan pakar diet makanan.

Jika masih nak gunakan santan, kurangkan sedikit kuantitinya, tetapi lebihkan pada kerisik. Kerisik pula pastikan yang elok dan tidak berbau masam. Kerisik yang elok juga antara petua untuk memastikan rendang lebih tahan lama.

5. Memasak Dalam Tempoh Lama

Masak rendang dalam tempoh lama

Nak pastikan rendang anda mampu bertahan lama, ialah memasak dengan api kecil untuk tempoh yang lama. Elakkan memasak dengan api besar, kerana ia akan menjadikan rendang berbau hangit dan kurang enak.

Tempoh memasak yang lama sambil mengacau juga akan membuatkan isi daging dan ayam lebih empuk, selain menyahkan lebihan air yang menjadi antara penyebab rendang cepat basi.

6. Gunakan Perkakasan Yang Kering

Lap perkakasan anda sehingga kering sebelum digunakan untuk menyimpan rendang anda. Malah, setelah rendang anda masak, nak menceduk dan menghidangkannya pun perlu menggunakan perkakasan yang kering.

Jika nak panaskan rendang pun, kena pastikan kuali tersebut dipanaskan dahulu agar kering.

[ads id='ads2']

Penat-penat kita masak sampai kering nak nyahkan air ... dah tertambah air tak diinginkan kerana gunakan perkakasan yang basah .. huhu.

7. Jangan Tutup Masakan Ketika Masih Panas

Apabila kita tutup masakan rendang yang dah masak ketika masih panas, wap air akan terbentuk pada permukaan penutup dan menyebabkan air itu jatuh semula ke dalam masakan.

Jika nak tutup, jangan tutup penuh .. tapi biarkan sedikit terbuka untuk membolehkan wap air keluar. Air ini akan menyebabkan rendang kita cepat basi ..

8. Jangan Sesekali Ceduk atau Cuit Rendang Dengan Tangan

Petua Agar Rendang Tahan Lama Elak Basi

Haaa... ini antara pantang larang keras orang tua-tua. Jangan sesekali nak main cuit-cuit rendang dengan tangan. Ia akan menyebabkan rendang cepat basi.

Jika nak ambil rendang, gunakan senduk yang kering dan elakkan dari campurkan senduk rendang tersebut dengan makanan lain.

[Dah Baca?] Resepi & Cara Membuat Ketupat Palas Sedap Berlemak

9. Goreng atau Rebus (Toskan Airnya) Dahulu

Salah satu cara nak pastikan daging empuk untuk direndang adalah dengan merebusnya sehingga empuk. Jika gunakan cara ini, pastikan anda toskan daging anda.

Ada juga yang suka menggoreng ayam atau daging sehingga separuh masak sebelum merendang.

Boleh juga masak ayam atau daging dalam kuali tanpa minyak. Tujuannya ialah untuk singkirkan lebihan air.

10. Sejuk Beku

Simpan dalam sejuk beku

Rendang yang sedap boleh sahaja disimpan dalam tempat sejuk beku untuk memastikan ia tahan lama. Jika nak simpan dalam petiais sejuk beku ini, pastikan benda-benda berikut diikuti:
  • Gunakan bekas yang kering.
  • Gunakan bekas-bekas kecil mengikut portion untuk hidangan. Ini adalah untuk mengelakkan anda keluar-masuk bekas rendang yang sama untuk menikmatinya. Ia akan menjejaskan rasa rendang selain menyebabkan lebihan air mudah terhasil yang boleh buatkan rendang anda cepat basi.
  • Simpan ke dalam bekas ketika rendang anda sudah sejuk. Jangan simpan ketika panas ke dalam petiais.

[Dah Baca?] Resepi dan Cara Masak Lemang Kukus - Tak Perlu Buluh Lemang

Semua petua dan tips yang saya kongsikan di atas adalah daripada pengalaman-pengalaman lama, dan juga petua dari emak saya. In Sha Allah, jika ikuti dengan betul, masakan rendang kita akan kekal lama, kekal sedap dan susah nak jadi basi.

Selamat mencuba. Jika ada nak tambah petua di atas, sudikan tinggalkan ia dalam ruangan komen disediakan di bawah ini .. :)

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement