Salah satu juadah yang popular di Hari Raya ialah Nasi Impit atau Ketupat Nasi. Sering menjadi masalah, menu popular ini cepat menjadi basi, berair dan tidak tahan lama. Kadang rasanya juga dah tidak sesedap baru dimasak.

Sebenarnya memang ada petua untuk memastikan nasi impit yang dimasak terus kekal sedap dan tahan lama beberapa hari. Petua dikongsikan ini juga akan membuatkan nasi impit tidak cepat berair dan melekit.

8 Petua Memastikan Nasi Impit Tahan Lama dan Kekal Sedap

Petua Memastikan Nasi Impit Tahan Lama dan Kekal Sedap

Jika anda peminat juadah popular ini, dan ada memasaknya untuk hari raya ... cuba semak petua-petua diberikan di bawah untuk memastikan nasi impit mampu kekal bertahan lama serta sedap.

1. Basuh Beras Sehingga Bersih

Ini adalah petua paling utama untuk pastikan nasi impit tidak mudah basi. Beras yang digunakan perlu dibasuh banyak kali sehingga betul-betul bersih.

Jika anda menggunakan nasi impit instance, anda perlu bersihkan beras sehingga 4-5 kali sehingga air basuhan itu kelihatan jernih.

2. Tambah Garam Masa Merebus

Tambahkan sedikit garam ketika merebus nasi impit. Sedikit je .. jangan pula tabur banyak-banyak, nanti jadi masin pula nasi impit anda.

3. Guna Asam Gelugur


Anda boleh tambahkan sekeping dua asam gelugur atau asam keping semasa merebus nasi impit untuk membolehkan ia kekal sedap dan bertahan lama.

4. Guna Limau Kasturi


Jika tak ada asam gelugur, boleh cuba menggunakan hirisan limau kasturi. Masukkan dua hingga tiga hirisan limau ini ketika merebus nasi impit.

5. Rebus Lama

Masak nasi impit lama

Kebanyakan masakan seperti rendang perlu dimasak dalam tempoh yang lama untuk memastikan ia tidak cepat basi, begitulah juga apabila memasak nasi impit.

Ada yang memasak dan merebus nasi impit ini sehingga 2-3 jam. Apatah lagi jika gunakan jenis nasi impit segera tu ... takut bahagian tengah beras tidak dimasak betul dan boleh menyebabkan ia cepat basi.

[Dah Baca?] Kelebihan Memasak Menggunakan Periuk Tekanan (Pressure Cooker)

6. Tos Sehingga Kering


Setelah nasi impit elok masak, angkat dan toskan airnya sehingga kering. Ia mampu menjamin nasi impit tidak cepat berair yang akan merosakkan rasa nasi impit. Lebihan air ini akan membuat nasi impit mudah basi.

Perasan tak orang tua-tua dahulu akan gantung ketupat dekat tingkap? Agak-agak kenapa mereka berbuat begitu? Aha .. nak bagi ketupat nasi tu benar-benar keringlah ...

[Dah Baca?] Resepi Ketupat Daun Palas atau Ketupat Pulus Enak Cukup Lemak

7. Potong Hanya Nak Makan

Hanya potong nasi impit atau ketupat nasi ketika mahu menikmatinya. Jika ianya dah dipotong, ia terdedah dengan kemungkinan mudah basi. Perasan tak nasi impit yang dah dipotong ini akan cepat berair berbanding yang masih belum dipotong?

Oh ya, ketika memotong, gunakan pisau yang kering serta bersih.


8. Simpan Dalam Sejuk Beku

Zaman dedulu mana ada petiais canggih seperti sekarang. Maka bolehlah gunakan petua mudah ini untuk memastikan nasi impit yang telah dimasak kekal bertahan lama. Simpanlah dalam bekas kedap udara dan letakkan dalam ruangan sejuk-beku.

[ads id='ads2']

Apabila nak menikmatinya, boleh keluarkan dan kukus semula. In Sha Allah, rasanya masih kekal sedap seperti baru dimasak.

Selamat mencuba.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement