Biskut Gajus memang sedap. Ia antara biskut raya kegemaran saya waktu kecil-kecil dulu. Waktu emak saya masih berkemampuan, memang beliau biasa buat Biskut Gajus ni, tetapi usia dah semakin ke peringkat 'emas' ni, biasanya kami beli sahaja daripada kawan-kawan.
Resepi Biskut Raya Rangup - Biskut Gajus
Ada pelbagai variasi menyediakan biskut raya, Biskut Gajus atau Cashew Biscuits ni. Tetapi, amnya bahan-bahan asas yang penting adalah mentega, telur, gula dan tentulah buah gajus. Kalau tak ada kacang gajus atau Cashew Nuts .. maka bukan namanya Biskut Gajus lah .. hehe.
Ok, dah sedia nak menyediakan biskut raya yang rangup dengan gajus ini? Jommm ...
Bahan-Bahan
- 200 gram mentega
- 100 gram gula ising
- 1 biji telur
- Esen vanilla
- 50 gram tepung jagung
- 100 gram tepung gandum
- 5 gram garam
- 10 gram gajus (cashew nut)
Cara-Cara Membuat
- Pukul mentega dan gula ising sehingga naik kembang dan kelihatan gebu.
- Masukkan telur dan sedikit esen vanilla serta sedikit garam.
- Kemudian campurkan pula tepung gandum dan tepung jagung.
- Uli bahan tersebut hingga sebati sehingga menjadi doh.
- Bentukkan doh seperti bentuk buah gajus. Kemudian, hiaskan dengan sebiji kacang gajus di atas adunan.
- Pecahkan telur, dan kacau. Sapukan telur ini ke atas adunan doh biskut tersebut. Barulah nampak warna keemasan yang cantik.
- Bakar dalam oven atau ketuhar pada suhu 180 darjah celcius selama 15 minit.
- Boleh keluarkan bila dah nampak kuning keemasan.
Siap untuk dihidangkan kepada tetamu atau dimasukkan ke dalam balang bekas kuih atau biskut. Pastikan biskut dah sejuk dulu ya ..
Biskut Gajus ini memang sedap kerana ia rangup, lepas tu ada kacang gajus. Bentuknya juga menarik perhatian.
Jika nak lagi rangup, anda boleh sahaja kisar kacang gajus dan masukkan ke dalam adunan doh tadi. Ummpphhh .. pasti akan lebih sedap, cuma kerja nak menyediakan bertambah sedikitlah sebab anda kena kisar dulu.
Bila dah tambah kacang dalam adunan doh, anda kena bakar lama sedikit sehingga 20 minit.
[Baca] 7 Cara Elak Biskut Hari Raya Yang Disimpan Jadi Lemau
Oh ya, kerana kacang gajus ni mahal nak dijadikan bahan dalam adunan, leh je ganti dengan kacang tanah .. hehe .. tapi kena pastikan kat bahagian luar biskut ini ... paling tidak kena ada kacang gajus - biarpun separuh. :)
Sedikit tips. Kalau adunan tu nampak kering, boleh tambahkan mentega, terutama kalau anda campurkan sekali kacang gajus dalam adunan doh. Okeh.
Selamat mencuba.
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.