Masih ada lagi rasa kemeriahan Hari Raya walaupun keadaan sudah tidak seperti dahulu - sebelum kedatangan pandemik Covid-19. Kita mampu memeriahkan kehadiran Syawal dengan cara baharu. Paling penting, kita memanfaatkan teknologi dengan cara paling baik, iaitu mengeratkan silaturrahim.
Bercakap pasal Hari Raya, antara yang sering menjadi topik bualan ialah kuih dan biskut raya. Walaupun kita dah tak dapat menerima kedatangan tetamu di Hari Raya, menerusi teknologi kita masih boleh berkongsi gambar kuih dan biskut raya yang disediakan di rumah.
Resepi Popia Nestum Sedap dan Mudah
Antara biskut yang sedap dan mudah nak dibuat adalah Biskut Popia Nestum. Ada yang buat resepi Biskut Popia Nestum ni tak?
Bahan-Bahan
- 1 bungkus kulit popia (50 helai).
- 1 1/2 cawan Nestum.
- 1/2 cawan susu tepung.
- 1/2 cawan gula.
- Tepung gandum.
- Minyak untuk menggoreng.
- Sedikit garam.
Cara Membuat
- Gulung kecil-kecil sekeping kulit Popia. Boleh menggunakan chopstick untuk memudahkan cara mengguling kulit Popia tu. Ada yang menggunakan straw dan juga lidi. Ikut mana boleh, asalkan kulit tu dapat digulung kecil.
- Apabila kulit Popia berjaya digulung, gamkan hujung gulungan dengan bancuhan tepung gandum. Tepung gandum itu dibancuh dengan sedikit air.
- Selesai menggulung, bolehlah gunting gulungan Popia tersebut kecil-kecil.
- Goreng gulungan Popia kecil-kecil tersebut sehingga kekuningan.
- Sementara itu, kisar Nestum bersama susu, gula dan juga sedikit garam. Ia akan menaikkan rasa lemak pada biskut tu nanti. Kisar bahan-bahan ini sehingga halus dan nampak gebu.
- Akhir sekali, gaullah dengan gulungan Popia yang telah siap digoreng tadi.
Dah siap biskut Popia Nestum. Boleh terus hidangkan atau simpan dalam bekas kedap udara.
Tips Untuk Membuat Biskut Popia Nestum
Berikut ada beberapa tips untuk menjadikan Biskut Nestum Popia ini lebih sedap.
- Sebelum anda gaul kulit Popia dengan Nestum, pastikan ia sejuk dahulu.
- Elakkan kulit Popia dari terkena angin kipas angin. Kulit Popia ini akan menjadi cepat kering dan keras bila terkena angin.
- Kulit Popia yang dah jadi keras akan menyukarkan proses menggulung.
- Keluarkan kulit popia sikit demi sedikit. Hanya ambil kepingan kulit Popia dalam bilangan yang kecil. Baki simpan di dalam petiais.
- Goreng gutingan kulit Popia dengan minyak yang betul-betul panas.
- Goreng dalam tempoh masa lebih kurang 5 minit. Jangan terlalu lama takut nanti ia jadi gelap, tak cantik warnanya nanti. Kulit Popia nipis dan akan cepat menjadi rangup bila digoreng.
- Gunting gulungan kulit Popia ini secara menyerong. Selain menjadikan ia lebih nampak menarik, ia juga membantu agar serbuk Nestum tersebut boleh sebati dengan rata.
[ads id='ads2']
Ok? Boleh mencuba Resepi Popia Nestum ini di rumah, dengan syarat-syarat bahan-bahan semuanya sudah tersedia.
[Baca Juga] Resepi Popia Simpul Kasih Inti Serunding Ikan Bilis
[Baca Juga] Resepi Cruncheese Sedap - Hanya Guna Kulit Popia
Biskut ini memang sedap sebagai biskut raya. Malah, boleh dijadikan sebagai kudapan harian.
Sumber: beadbroochgadiskampung.blo
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.