Alahai anak. Ni resepi anak saya la ni, si Najmi yang kini berusia 3 tahun lebih. Habis sebekas penuh kicap dijadikan bahan untuk nasi dia.

Anak saya ni memang sukakan kicap, malahan seluruh ahli keluarga saya suka makan kicap. Biasanya jenama kicap yang menjadi pilihan kami adalah Kicap Lemak Manis Kipas Udang tak pun Kicap Lemak Manis Jalen.

Najmi Buat Resepi Sendiri - Nasi Kicap!

Resepi Nasi Kicap dari Najmi

Kejadian Najmi menghasilkan resepi Nasi Kicap ni tidak disedari oleh sesiapa pun. Saya memang tak sedar sebab pada ketika kejadian, saya sedang berehat dan tidur di dalam bilik di tingkat dua rumah saya.

Abang dan kakak si Najmi pada waktu kejadian, saya syak mungkin sedang sibuk bermain PUBG Mobile atau Mobile Legend di ruang tamu, membiarkan Najmi berseorangan makan nasi di dapur.

Nasi Dengan Kicap - Menu Kesukaan Najmi

Najmi umur 3 tahun

Biasanya, memang Najmi akan makan nasi sorang-sorang disebabkan bulan puasa. Dia pun tak suka orang lain kacau dia makan. Dan abang serta kakak akan pantau dia dari jauh.

Makan siap dengan air masak atau air teh. Najmi tak minum ais dan tidak suka minuman berperisa lain termasuklah air bergas.

Najmi, jika lapar memang akan minta nasi atau ambik nasi sendiri yang memang tersedia untuk dia di bulan puasa ni. Lauk jarang disediakan sebab Najmi hanya akan makan lauk kalau emaknya atau isteri saya yang suapkan.

Jadi, disediakan nasi dan juga kicap.

Tak sangka pula si Najmi ni pi tuang habis sebekas kicap Jalen ke dalam nasi. Bukan nasi di pinggan, tetapi nasi di dalam mangkuk. Uhhh habis semangkuk nasi yang memang disimpan untuk makanan dia di siang hari.


Resepi Nasi Kicap dari Najmi
Resepi Nasi Kicap dari Najmi

Memang tak mampu nak marahlah. Anak sekecil tu bukannya tahu apa-apa.

Dah biasa makan nasi dengan kicap, tak tahu pula si Najmi nak tuangkan habis sebekas kicap ke dalam nasi.

Uhh nasib baiklah, sebelum PKPB saya dah beli sebotol besar kicap Jalen ni untuk simpanan. Biasanya botol sederhana ... yang saya beli akan habis dalam tempoh dua bulan. Yang ni botol besar .. silap-silap akan habis juga dalam tempoh yang sama.

Kicap Jalen botol besar dan botol sederhana

Hmm begitulah ragam anak ketika PKPB ini. Biasanya di siang hari, saya akan hantar ke rumah pengasuh yang tak jauh dari rumah. Tapi disebabkan risaukan wabak Covid-19 ni .. memang Najmi duduk di rumah bersama abang-abang dan kakaknya yang dah lebih sebulan tak bersekolah.

Sebenarnya ada banyak kejadian menarik yang tidak pernah berlaku telah berlaku sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan dalam bulan Ramadhan ini. In Sha Allah, saya akan kongsikan cerita-cerita tu nanti.

Oh ya, jika nak tahu, sebelum wabak Covid-19 melanda Malaysia dan sebelum PKP dilaksanakan, saya dan keluarga telah pergi bercuti ke luar negara dan menginap di hotel mewah...

Jadi, nak tahu cerita, jangan lupa follow blog ini atau langgan sahaja secara percuma di ruangan disediakan ya. :)

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement