Popia samada basah atau digoreng rangup memang sedap, apatah lagi dijadikan juadah minum petang mahupun menu berbuka puasa. Tradisionalnya, popia akan diletakkan inti seperti timun, sengkuang, taugeh dan juga telur.

Kerana keenakkan popia ini, akhirnya ia dijadikan satu snek sedap. Dengan menjadikan kulit popia sebagai bahan utama, maka terhasillah satu snek yang rangup dan sedap dikenali sebagai Simpul Kasih.

Resepi Popia Simpul Kasih - Snek Rangup Untuk Hari Raya

Resepi Popia Simpul Kasih Serunding Ikan Bilis

Saya percaya ramai yang dah tahu rupanya popia Simpul Kasih ini. Ia satu snek ranggup yang menggunakan kulit popia yang diletakkan inti. Intinya beraneka. Ada yang menyajikan popia Simpul Kasih dengan ini serunding ayam, serunding daging dan juga serunding ikan bilis.

Popia Simpul Kasih biasa dijadikan snek ketika minum petang mahupun juadah di hari raya menggantikan biskut dan kuih raya.

Bentuknya comel. Rangup kerana ianya digoreng dengan minyak yang banyak. Ada pula yang memasaknya menggunakan air fryer untuk snek yang lebih menyihatkan (kerana kurang minyak).

[ads id='ads1']

Salah satu popia Simpul Kasih yang popular adalah berintikan serunding ikan bilis. Ini adalah kerana ikan bilis mudah didapati selain lebih murah berbanding serunding daging atau ayam.

Ok. Jom selusuri cara-cara untuk menyediakan resepi popia Simpul Kasih Serunding Ikan Bilis ini ...

Bahan-Bahan

  • 1 mangkuk ikan bilis - gunakan ikan bilis yang telah dikopek dan dibuang tahi.
  • Sepeket kulit popia
  • 12 - 15 tangkai cili kering yang kemudiannya direbus
  • 1 biji bawang besar yang telah dipotong kecil
  • 5 ulas bawang putih dipotong kecil
  • 5 batang serai dipotong kecil
  • Setengah inci halia yang dipotong kecil
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 2 sudu makan gula
  • 2 sudu makan minyak masak
  • 1 sudu teh garam

Cara-Cara

  1. Cuci ikan bilis sehingga bersih dan kemudian rebus sehingga mendidih.
  2. Toskan dan kisar menggunakan pengisar atau blender. Biar sampai betul-betul lumat.
  3. Kemudian, kisarkan pula bahan-bahan seperti bawang, serai, halia, cili kering serta masukkan santan serta sedikit air.
  4. Panaskan minyak dalam kuali. kemudian masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi.
  5. Kacau bahan-bahan dalam kuali selama 5 minit, kemudian masukkan gula & garam.
  6. Masukkan ikan bilis yang telah dikisar tadi. Kacau sehingga kering. Jangkaan masa dalam 40-45 minit. Serunding siap.
  7. Langkah seterusnya, sediakan kulit popia. Gunting kulit popia kepada 5-8 bahagian - ikut saiz kulit popia. Kalau besar, maka banyaklah sikit guntingannya.
  8. Kemudian letakkan serunding yang telah dimasak kering tadi, sikit-sikit atas kulit popia tadi. Jangan letak serunding terlalu banyak, nanti risau ia terkeluar ketika menggoreng. 
  9. Simpul kemas-kemas tetapi jangan terlalu kuat.
  10. Akhir sekali, goreng sehingga masak atau apabila telah kekuningan.

Kalau nak tahu bagaimana cara nak membuat simpulan kasih tu, boleh tonton video di bawah ini:


Toskan untuk membuang lebihan minyak pada popia tu ya. Bila dah nampak kering, bolehlah dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.

Ok.

Selamat mencuba.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement