Anda dah cuba ke buat lemang sendiri? Musim Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ni, walaupun ada sektor perniagaan sudah dibuka, tetapi nak mendapatkan lemang untuk Hari Raya memang agak sukar .. tak seperti hari kebiasaan sebelum Covid-19 melanda.

Jadinya, nak tak nak, kerana teringin nak menikmati hidangan lemang, kenalah cari jalan memasaknya sendiri di rumah.

PKPB - Waktu Sesuai Menikmati Lemang Kukus Masak Sendiri di Rumah

Lemang Kukus

Salah satu cara memasak lemang yang mudah ialah dengan memasak dengan menggunakan pengukus. Cara lain ialah memasak lemang menggunakan air fryer. Tapi itulah, air fryer ni bukannya murah jika nak dibandingkan dengan harga pengukus, ye tak?

Baru-baru ini, saya dapatlah merasa makan Lemang yang dimasak menggunakan pengukus, atau dengan kata lain .. lemang dimasak bukan dibakar tetapi dikukus.

[ads id='ads1']

Rasanya lebih lembut dan tidak berkerak seperti lemang yang dibakar. Dan lagi, cara memasak lemang kukus ini tidak memerlukan anda mencari buluh lemang.

Tak perlu sangat menjaga api, dan tak perlu susah payah nak cari kayu bakar. Boleh dibuat di dalam rumah .... huhu.

Tak guna buluh lemang, sebagai ganti, anda perlu menggunakan cawan kertas.

Tak susah pun memasak Lemang Kukus ni. Saya sendiri pernah berkongsi resepi cara nak memasak Lemang Kukus. Anda boleh baca menerusi link di bawah ...

[Baca] Resepi Mudah Masak Lemang Tanpa Gunakan Buluh, Ganti Dengan Cawan Kertas dan Dikukus

Bila dah siap dimasak, ia akan nampak seperti di bawah ini ...

Lemang Kukus - Mudah dimasak di rumah waktu PKPB

Aha ... nampak tak? Tak jauh bezanya pun dengan Lemang yang biasanya kita beli kat tepi jalan tu kan? Tak nampak lain pun perbezaan dengan Lemang guna buluh tu ...

[ads id='ads2']

Sedap pun sedap. Cuma itulah, tak adalah rasa kerak-kerak lemang .. jika itu yang biasanya jadi kesukaan anda kalau menikmati Lemang tradisi.

[Dah Baca?] Rahsia Resepi Rendang Ayam Isteri Saya Sedap Sangat ...

Sebenarnya, cara masak lemang tanpa gunakan buluh ni dah lama ada .. cuma sejak PKPB dan memang dalam bulan Ramadhan .. dekat nak raya pulak, jadi resepi ini telah menjadi viral.

Jika anda nak merasa makan lemang ... cubalah buat. Masak sendiri je kat rumah. Tak perlu keluar rumah melilau mencari orang menjual lemang .. huhu.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement