Nama Sugu Pavithra makin dikenali kerana channel Youtube berkaitan masakan dan tips dapur yang dikongsikan. Memulakan channel Youtube sekitar awal Januari 2020, Sugu Pavithra boleh tersenyum riang kerana sudah dapat merasai duit USD daripada Google Adsense.

Yang menariknya, hanya berbekalkan smartphone .. Sugu Pavithra bersama suaminya telah merakam banyak cara memasak dan resepi sehingga berjaya menerima ratusan ribu tontonan dan mendapat lebih daripada 400 ribu subscribers!

Sugu Pavithra, Buat Duit USD Menerusi Youtube - Rakam Resepi Guna Smartphone

Sugu Pavithra buat duit USD menerusi Youtube

Apa yang dibuat oleh Sugu Pavithra ini menjadi inspirasi ramai orang untuk mula menjadikan Youtube sebagai sumber menjana pendapatan sampingan tanpa perlu mengeluarkan banyak modal.

Aha .. tahukah anda, anda tidak perlu bayar sesen pun untuk mula menjana pendapatan menerusi Youtube. Pendaftaran untuk mendapatkan akaun Adsense Youtube adalah percuma namun ia tertakluk kepada beberapa syarat ketat.

Bagaimana Sugu Pavithra dapat duit Youtube

Antara syarat tersebut, sebelum boleh monetize channel Youtube adalah:
  1. Memenuhi 4000 jam tontonan bagi keseluruhan kandungan video
  2. Mempunyai 1000 subscribers

Apabila dua syarat utama ini dipenuhi, barulah video-video dimuat-naik di Youtube akan dibenarkan memaparkan iklan dari Google Ads. Menerusi iklan inilah, Youtuber seperti Sugu Pavithra akan menerima duit 'gaji' setiap bulan dari Youtube.

Dan duit USD ini adalah tanpa had. Selagi ada video ditonton, selagi ada iklan dipaparkan, selagi itulah Sugu Pavithra akan terus menerima duit dari Adsense walaupun tiada video baharu dimuat-naik.

Boleh dikatakan, sekali video dimuat-naik, boleh dapat duit dalam USD berkali-kali, tanpa had, secara pasif tanpa susah payah nak suruh beli atau klik iklan yang keluar.

Sedikit berbeza dengan syarat untuk memaparkan Google Adsense di blog atau web, syarat Adsense Youtube lebih straight-forward. Tetapi, sungguhpun begitu, ada beberapa terma lain perlu dipenuhi terutama ketika menghasilkan video.



Jika langgar sahaja terma ini, kemungkinan besar duit USD yang telah terkumpul akan disekat pengeluarannya ke akaun bank - uhh memang menangis tak berlagu.

Kena Ada Panduan Untuk Belajar Buat Duit USD Adsense Youtube

Maka, sangat penting .. jika anda ingin ikut jejak langkah Sugu Pavithra buat duit USD menerusi Youtube ... mendapatkan ilmu dan panduan yang betul sebelum bermula.

Minat nak tahu tak? Boleh terus ke sini - Panduan Adsense + Buat Duit di Youtube

Benda memang mudah, tapi ada aspek teknikal yang anda kena belajar. Kalau tak tahu aspek-aspek penting ini, anda kemungkinan buat channel Youtube sekerat jalan sahaja.

Nak betul-betul berjaya, kena ikuti langkah yang betul. Okeh!

Sukacita nak beritahu, ada je yang muat-naik banyak video ke Youtube bertahun lamanya, tetapi tak berjaya buat duit USD macam si Sugu ni dapat ...

Malah, tahun lepas je .... ada beberapa kes Youtuber luar negara yang gagal keluarkan income USD yang diperoleh kerana beberapa syarat Adsense yang telah dilanggar - setelah beberapa perubahan terma dibuat.

Nampak? Anda perlu ada ilmu dan pengetahuan serta panduan betul sebelum boleh betul-betul berjaya menjana dan dapat duit gaji dari Youtube ni ..


1 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Baru tau syarat ketat..mak cik menulis kerana minat folower sikit ja,,kalau boleh nak jg menjana pendapatan dgn assense

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement