Suami yang bersifat romantis dengan isterinya akan diberikan ganjaran pahala. Menyantuni isteri adalah antara perkara wajib bagi seorang suami untuk memastikan keharmonian dalam keluarga kekal berpanjangan. Bersifat romantis atau romantik adalah salah satu cara menyantuni isteri oleh seorang suami.

Tanyalah mana-mana wanita, kebanyakkannya menyukai seorang lelaki yang romantis. Jika tanya pada wanita yang mencari pasangan, pasti ciri romantik berada di dalam senarai pemilihan calon suami.

Jadilah Suami Romantis, Kerana Ia Perbuatan Peroleh Pahala

Suami Romantis Dapat Pahala

Ada yang kata, lelaki Malaysia kurang romantik berbanding lelaki warga asing. Itu sebab banyak kes memperlihatkan wanita-wanita cantik Malaysia diperisterikan oleh lelaki-lelaki warga asing.

Yang tak tahan tu, ada lelaki-lelaki ini tidaklah sekacak mana, tetapi mampu memikat hati si gadis cantik rupawan. Apa rahsianya? Malah, ada wanita yang sangat setia pada suaminya yang berbangsa asing ini sehingga sanggup meninggalkan keluarga di Malaysia untuk mengikut suami ke negara asalnya.

Aha .. itulah penangan sifat romantik.

Cara Nabi Menjadi Suami Romantik

Muslim Romantic Couple

Suami perlu dan jangan takut-takut untuk bersikap romantis dengan isteri. Caranya?

Boleh sahaja ikut sunnah Nabi Muhammad S.A.W sebagai model terbaik menjadi seorang suami yang romantis.

Menurut riwayat, Rasulullah S.A.W sering mengucup isteri baginda dengan penuh rasa kasih sayang. Rasulullah S.A.W pernah mencium isterinya sebelum pergi menunaikan solat di masjid.

Aisyah r.a berkata yang bermaksud: "Rasulullah pernah mencium salah seorang isteri baginda, lalu berangkat menunaikan solat tanpa memperbaharui wuduk" - (H.R Abu Daud)

Haaa, sunnah Nabi tu! Apabila dah menjadi salah satu perbuatan yang pernah dibuat oleh Nabi, dan kita mengamalkannya, in Sha Allah akan dapat ganjaran pahala. Menjadi suami romantis seperti apa yang dibuat oleh Nabi... dapat pahala!

Jadi, kenapa tidak dibuat?

Tips menjadi suami romantik



Jauhkan pemahaman bahawa sifat romantis itu adalah dari barat. Walhal, dalam banyak keadaan, Nabi Muhammad S.A.W telah menunjukkan sifat-sifat ini kepada isteri baginda.

Baginda Nabi Muhammad sering memanggil isterinya dengan panggilan yang indah dan disukai oleh isterinya. Contohnya, baginda memanggil Aisyah r.a dengan gelaran Humaira' yang bermaksud putih kemerah-merahan, bertujuan memuji kecantikannya.

Malah, baginda juga memanggil Aisyah dengan nama yang digemarinya iaitu Aisyah.

Nabi juga sering berkongsi makan dengan isterinya. Malah, baginda juga pernah mendukung dan pernah mandi berdua bersama isteri baginda. Itulah sifat-sifat romantis yang ada pada Nabi, in Sha Allah, jika diamalkan oleh para suami akan diberikan ganjaran pahala.

Tips Suami Unggul 

Sebenarnya ada banyak cara untuk menunjukkan sifat romantik pada isteri. Kadangkala, ia hanya satu perkara kecil sahaja, tetapi memberikan makna cukup besar pada isteri.

Pernah seorang sahabat saya menasihati, apa guna menjadi seorang suami yang berjaya dalam hidup (kaya, berharta, perniagaan berjaya) tetapi rumahtangga porak-peranda.

Jika rasa marah atau mahu marah pada isteri, cepat-cepat peluk isteri kerana inilah yang dibuat oleh Nabi apabila marah pada Aisyah r.a sambil menyuruhnya menutup muka.

Tips dan Panduan Untuk Menjadi Seorang Suami Romantis

How to be a good husband

Sedikit ringkasan atau kesimpulan untuk menjadikan diri seorang suami yang romantik:

  • Panggil isteri dengan panggilan yang baik serta yang disukainya.
  • Cakap dan sentiasa berkomunikasi dengan suara yang lemah lembut.
  • Cium dan peluk isteri sentiasa, terutama ketika hendak keluar rumah atau keluar mencari nafkah.
  • Sentiasa memegang tangan isteri ketika berjalan bersiar-siar di luar rumah.
  • Berbisik sesuatu yang indah setiap kali ingin tidur dan bangun dari tidur - seperti ucapan selamat.
  • Membantu menguruskan kerja-kerja di rumah.
  • Hadiahkan sesuatu pada tarikh-tarikh penting - tidak perlu hadiah mahal.
  • Mandi dan makan bersama. Amalkan makan bersuap termasuk sesama anak.
  • Sesekali lafazkan kata-kata cinta, sayang, kasih pada isteri.

"Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya di antara mereka. Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap istri-istrinya." - (H.R Ahmad)

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement