Cari teks khutbah Aidilfitri 1441H (2020M) yang ringkas untuk solat berjemaah Hari Raya di rumah? Ok, anda boleh gunakan teks khutbah raya ringkas disediakan di dalam blog post ini untuk digunakan ketika solat sunat Raya Aidilfitri berjemaah bersama keluarga di rumah.

Teks khutbah ini adalah teks yang ringkas, sesuai untuk dibaca selesai menunaikan solat sunat Aidilfitri di rumah. Untuk pengetahuan, salah satu rukun solat sunat Hari Raya ialah menyampaikan khutbah.

Teks Khutbah Aidilfitri Ringkas untuk Solat Sunat Raya Berjemaah di Rumah

Teks Khutbah Aidilfitri Ringkas untuk Solat Sunat Raya Berjemaah di Rumah

Khutbah Aidilfitri yang ringkas dan khas untuk solat Hari Raya di rumah ini telah disediakan oleh blog AkuIslam sempena perlaksanaan solat sunat Hari Raya Aidilfitri di rumah sempena perlaksanaan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan juga untuk mengekang penularan Covid-19.

Walaupun sesetengah masjid dibuka, namun tidak semua berpeluang menunaikan solat Aidilfitri di sana kerana kekangan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Ini adalah ketetapan Majlis Agama Islam dan juga kerajaan.

Rasa Tak Kena Andai Tiada Solat Sunat Hari Raya

Tapi kalau dah namanya raya, rasa macam tidak kena kalau tiada solat berjemaah sunat Hari Raya. Rasa sesuatu yang hilang kan?

Selalunya, kita akan bangun awal di pagi Syawal. Mandi dan bersiap dengan pakaian yang cantik dan baharu. Kemudian, kita akan menjamah sedikit hidangan dan terus ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Itu momen biasa di waktu negara tidak berdepan dengan wabak Covid-19 serta PKPB.

Namun, kini kita terpaksa melupakan seketika momen itu kerana masih dalam musim PKPB. Ini juga demi menjaga diri masing-masing daripada terdedah dengan ancaman dan penularan wabak Covid-19.

[Baca Sini] Panduan Ringkas Cara Tunaikan Solat Aidilfitri di Rumah

Kita sudah nampak bahawa kes positif Covid-19 semakin menurun. Fakta dikongsikan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ini tidak bermakna kita boleh rasa selamat. Negara masih belum bebas sepenuhnya. Masih ada kluster penyebaran yang berpotensi meningkatkan kes-kes Covid-19.

Jadi, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, kerajaan menerusi agensi penguatkuasa yang ada serta barisan hadapan Covid-19 masih perlu memastikan bahawa keadaan 'selamat' yang kita nikmati sekarang, mampu kekal lama dan seterusnya mengekang terus wabak ini.

Rahsia Sholat Khusyuk  
Hari Raya Aidilfitri kali ini akan menyaksikan sejarah umat Islam di Malaysia mengerjakan solat sunat Aidilfitri di rumah masing-masing. Ini mungkin menjadi detik bersejarah buat kebanyakkan ketua keluarga yang akan membacakan khutbah buat kali pertama dihadapan keluarga masing-masing.

Detik ini mungkin tidak berulang lagi pada masa hadapan. Oleh itu ambillah peluang ini sebaiknya.

Rukun dan Syarat Melaksanakan Khutbah Raya

Menurut mazhab Syafi’ie; rukun-rukun khutbah hari raya sama sepertimana khutbah Jumaat, iaitu;
  1. Memuji Allah (yakni mengucapkan al-Hamdulillah) dengan sebarang bentuk pujian.
  2. Berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dengan sebarang bentuk selawat.
  3. Memberi pesanan dengan takwa
  4. Membaca sepotong ayat dari al-Quran pada salah satu dari dua khutbah.
  5. Membaca doa untuk sekelian kaum muslimin dalam khutbah kedua.

Sunat di mulakan oleh khatib dengan lafaz takbir sebanyak sembilan (9) kali berturut-turut pada khutbah pertama.

Dan tujuh (7) kali berturut-turut pada khutbah kedua.

Syarat Khutbah Hari Raya

  1. Khatib mestilah suci daripada hadas kecil dan besar
  2. Khatib hendaklah menutup aurat dengan sempurna.
  3. Khatib mestilah seorang lelaki.
  4. Khutbah dibaca setelah selesai solat sunat hari raya.
  5. Hendaklah berturut-turut di antara 2 khutbah.
  6. Khatib membaca khutbah dalam keadaan berdiri bagi yang berkemampuan.
  7. Rukun khutbah dibaca dalam bahasa arab.

Teks Khutbah Aidilfitri PKPB/Covid-19

Di bawah ini adalah teks penuh khutbah hari raya yang disediakan dalam tulisan rumi. Ketua keluarga bolehlah menggunakan teks ringkas ini sebaik sahaja selesai menunaikan solat sunat Aidilfitri secara berjemaah di rumah bersama keluarga.


Kesimpulan

Gunakan kesempatan ini untuk kita menunjukkan rasa syukur dan taqwa kita kepada Allah S.W.T. Tunjukkan sebagai ketua keluarga kita mampu menggalas tanggungjawab yang Allah berikan, terutama terhadap isteri dan anak-anak.

Apa yang berlaku adalah cabaran dan juga ujian Allah S.W.T.

Cara Bebaskan Hutang 
Walaupun negara dilanda Covid-19 dan PKPB, kita masih boleh melakukan ibadah berpuasa Ramadan dengan aman dan menyambut Hari Raya Aidilfitri tanpa sebarang gangguan dan ancaman.

Keselamatan dan keamanan yang kita kecapi adalah dari pengorbanan banyak pihak. Jadi seharusnya kita bersyukur dan kekal bertanggungjawab untuk memastikan wabak penyakit ini ditarik oleh Allah S.W.T.

Gunakan kesempatan ini untuk terus berdoa bersama keluarga tersayang agar Allah S.W.T menghapuskan penyakit yang telah sehingga kini mengorbankan jutaan nyawa di seluruh dunia.

Sumber: Blog AkuIslam

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement