Waktu kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB), ramai antara kita telah memilih untuk mendapatkan barang keperluan termasuklah makanan dan minuman segera di laman web shopping online.

Saya dan isteri antara yang memilih cara ini untuk mendapatkan lebih penjimatan selain mematuhi arahan kerajaan untuk sentiasa duduk di rumah. Antara laman web shopping online yang menjadi pilihan kami ialah Shopee.

Terima Produk Dah Expired? Bagaimana Cara Nak Refund ke Shopee?

Panduan Cara Untuk Refund ke Shopee

Kami memang gemar untuk bershopping barang keperluan secara online, apatah lagi menerusi Shopee. Dah bertahun juga kami menggunakan Shopee ini. Boleh dikatakan, hampir setiap bulan ada sahaja kurier yang singgah untuk menghantar barang, hatta di waktu kami tiada di rumah.

Macam-macam barang dah kami beli, antaranya barangan elektrik, barangan elektronik, pakaian, permainan kanak-kanak, perabot, barangan perhiasan termasuklah juga produk makanan/minuman.

Biasanya kami akan membeli produk berasaskan makanan daripada seller yang dipercayai, contohnya daripada Nestle, MyDin, Mr. DIY atau dari Shopee Mall.

[Promo] Klik Sini untuk Dapatkan Harga Promosi Menarik Shopee Mall - Jaminan Pulangan 15 Hari

Ini sangat penting terutama jika didapati produk makanan yang kami terima sudah melepasi tarikh luput penggunaan (expired date).

Kenapa penting?

Ini adalah kerana hanya menerusi seller yang dipercayai atau menerusi pembelian di Shopee Mall sahaja, produk yang dibeli jika telah expired boleh dikembalikan menerusi program 'pulangan 15 hari' secara percuma.

Bagaimana nak tahu samada produk itu boleh dikembalikan menerusi program 'pulangan 15 hari' atau refund percuma?



Mudah sahaja.

Anda cuma lihat pada info produk yang dijual seperti ditunjukkan di bawah ini:

Panduan Cara Untuk Refund ke Shopee

Jika anda membeli produk seperti Milo, Maggie, Mamee, teh, Old Town White Coffee, sos, kicap, makanan dalam tin dan produk makanan yang lain yang ada info seperti ditunjukkan di atas, maka anda akan menerima produk tersebut yang disertakan dengan waybill (resit penghantaran) untuk pemulangan atau refund secara percuma.

Bagaimana nak tahu?

Lihat pada paparan di bawah, itulah waybill yang saya maksudkan tu - bagi membolehkan anda refund apa-apa produk yang samada rosak, telah expired atau bukan seperti diiklankan oleh seller di Shopee.

Panduan Cara Untuk Refund ke Shopee

Anda hanya perlu bungkus kembali produk yang ingin dikembalikan, dan sertakan waybill di luar bungkusan. Ianya telah siap dengan alamat anda dan alamat untuk dapatkan refund. Anda tidak perlu isi apa-apa borang dan tiada sebarang bayaran pengeposan akan dicaj kepada anda.

Setelah membungkus produk dengan baik, anda cuma perlu hantar kepada kurier yang menguruskan penghantaran produk tersebut kepada anda, misalnya seperti contoh di atas - Poslaju.

Pihak Shopee akan memproses pemulangan kembali ini. Dan anda akan menerima wang anda dalam ShopeePay.

Selalunya, produk yang boleh mendapatkan manfaat daripada servis percuma Shopee ini adalah barangan yang akan anda terima disertakan dengan butiran cara membuat penghantaran semula (refund) seperti ditunjukkan di bawah.




Segala langkah untuk penghantaran semula dijelaskan. Anda hanya perlu ikuti langkah yang dinyatakan sahaja. Mudah.

Dan sebagai peringatan, hanya produk yang ada 'pulangan 15 hari' sahaja yang boleh dipulangkan dengan cara ini. Jika produk tersebut tiada sebarang info mengenai pemulangan semula, jadi anda tidak tertakluk untuk menggunakan servis ini.

Sebagai langkah extra selamat, anda boleh chat dengan seller untuk mengetahui mengenai refund jika produk rosak, atau mendapatkan sebarang jaminan mengenai produk yang anda beli, terutama produk makanan.

Kadangkala, ada produk ini yang tidak menunjukkan dengan jelas tarikh luput penggunaan. Jadi, hati-hatilah sebelum membeli. Semak dahulu info disertakan dan rajinlah untuk chat dengan seller.

Dengan kata lain, membeli-belahlah secara online dengan bijak dan selamat. Jangan teruja sangat dengan promosi dan iklan disertakan. Kadangkala, ada promosi yang nampak tidak masuk akal boleh menjerat diri kita dengan kerugian.

Aha .. saya dah terkena. Jadi, harapnya artikel ini sedikit sebanyak membantu anda untuk mengetahui produk mana yang boleh anda dapatkan refund Shopee anda.

Semoga bermanfaat.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement