Anda sebenarnya tidak perlu berbelanja besar untuk mencari pasu bagi tanaman dalam rumah ini. Anda boleh je guna pasu murah dari jenis plastik atau dapatkan pasu-pasu reject yang dijual di kedai menjual pokok (nursery) di tempat anda.
Tanam Pokok Hiasan Dalam Rumah, Tak Salah Guna Pasu Reject dan Pasu Murah Jenis Plastik
Saya dan isteri juga tidak terkecuali terjebak dalam fenomena menanam dan menghias ruang dalaman rumah dengan pokok-pokok viral seperti Pokok Spider, Pokok Daun Lidah Jin atau Pokok Lidah Mak Mertua, Pokok Lily Paris, pokok dari jenis Dracaena dan banyak lagi.
[ads id='ads1']
Pokok Lidah Jin menjadi pilihan untuk hiasan dalaman rumah kerana bentuknya yang tumbuh tegak, selain mudah untuk dijaga. Kerana bentuknya ini, ia tidak memerlukan ruang yang luas. Ia juga tidak memerlukan air yang banyak, jadi sesuailah buat saya yang duduk di rumah ini yang selalu lupa menyiram pokok .. hehehe.
Pokok Hiasan Dalaman Rumah Biasanya Tak Gunakan Banyak Air
Samalah dengan jenis pokok Dracaena. Ia antara pokok hiasan dalam rumah yang tidak memerlukan air yang banyak.
Ia memang sesuai untuk diletakkan di dalam rumah, terutama bagi mengelakkan kucing masuk ke dalam rumah. Aha .. kalau anda tidak suka kucing, boleh tanam pokok ini samada di dalam rumah mahupun di luar rumah.
Kucing dan anjing tak suka pokok jenis Dracaena ini sebab ia bertoksik kepada haiwan-haiwan ini.
[Dah Baca?] Cara Tut Pokok Tin dan Tips Untuk Tanam Dalam Pasu di Rumah
Ok.
Saya bukan nak cerita sangat pasal pokok ini, cuma saya nak beritahu ... dan mungkin sebagai tips dan panduan untuk penggemar pokok hiasan dalam rumah, anda sebenarnya tidak perlulah berbelanja lebih semata untuk menghidupkan pokok seperti Pokok Daun Lidah Mak Mertua atau pokok Dracaena ini.
Contohnya macam saya ...
Pokok ini memang dah ada di laman rumah saya yang sekangkang kera. Saya cuma perlu gantikan pasu dan asingkan anak pokok ini untuk ditanam dan diletakkan di dalam rumah.
Hanya Guna Pasu Reject atau Pasu Plastik Untuk Hias Dalaman Rumah Dengan Pokok Hijau
Jadi, apa yang saya buat ialah, hanya beli dan gunakan pasu reject.Pasu reject ialah pasu yang ada sedikit kecacatan seperti sumbing di bahagian tepi, ada rekahan dan sebagainya. Ia sangat sesuai digunakan bagi menanam pokok jenis yang tidak memerlukan air yang banyak.
Jika pokok yang gunakan banyak air, saya tak syorkan guna pasu yang dah merekah, takut nanti pasu itu akan mudah terbelah dan juga mengelakkan air yang disiram pada pokok hilang macam tu je sebab rekahan.
Di tempat saya (Parit Buntar), pasu reject ini boleh dibeli pada harga serendah RM9 untuk saiz yang besar, dan serendah RM4-5 sepasu untuk bersaiz kecil. Manakala saiz sederhana, ianya dijual pada harga serendah RM7-8 ikut saiz dan corak.
Apapun, ia memang jauh lebih murah daripada pasu yang nampak tak ada kecacatan. Dua kali lebih murah!
Jadi, setakat nak tanam pokok hiasan dalaman rumah, seperti Daun Lidah Mak Mertua ni, saya fikir cukup memadai dengan menggunakan pasu reject sahaja. Apatah lagi lokasinya pada sudut penjuru sesuatu ruang yang membolehkan anda 'menutup' kecacatan pasu tersebut.
Jika nak pasu yang murah, boleh juga menggunakan pasu plastik.
Saya sendiri membeli dua tiga pasu besar jenis plastik untuk tanam pokok Daun Lidah Mak Mertua dan juga pokok Dracaena di dalam rumah. Harganya cuma Rm6.50 sahaja.
[ads id='ads2']
Tak ada masalah pun menggunakan pasu reject mahupun pasu plastik ini.
Apa yang penting, kita tanam pokok ini di dalam rumah kerana mahukan kelebihan yang diberikan oleh pokok-pokok berdaun hijau yang mampu menyejukkan suasana selain memberikan oksigen yang banyak di dalam rumah.
[Dah Baca?] Tips Tanam dan Jaga Pokok Kaktus Hias Dalam Rumah
Pokok seperti Daun Lidah Mak Mertua atau Lidah Jin ini bersifat sejuk, berkhasiat antibiotik dan masam rasanya. Ini kerana daunnya yang kaya dengan abamagenin, kardenolin, saponin dan polifenol.
Menurut Jabatan Pertanian, pokok ini juga mampu membuang toksik seperti formaldehid, xilen dan toluene dari udara. Bagaimana? Itu saya kurang pasti sedikit ..huhu..
Tak kisahlah anda gunakan pasu yang macamana, tetapi kena pastikan ianya pasu yang sesuai. Tak salah pun nak guna pasu reject atau pasu murah yang diperbuat daripada plastik.
Betul tak? Yang penting adalah ia mampu hidup dalam rumah dengan segar dan memberikan kelebihan kepada pemilik rumah.
hi..cantik blog.. bw here d\\\
ReplyDeletepastikan bekas reject atau plastik tu sesuai ... murah belanja
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.