Filem Jaran Goyang adalah filem produksi Intercept Film Craft. Ia merupakan sebuah filem genre seram mistik ditayangkan di pawagam Indonesia pada sekitar Julai 2018. Filem ini mendapat perhatian kerana judulnya diambil dari sebuah lagu dangdut popular iaitu Jaran Goyang, yang dipopularkan oleh beberapa penyanyi termasuklah Trio Macan, Nella Kharisma dan Vita Alvia.

Pun begitu, menurut produksi Intercept Film Craft, filem ini sebenarnya dihasilkan daripada kisah benar yang berlaku di dalam kalangan masyarakat Jawa di Indonesia, dan ianya penuh dengan kisah mistik.

Tonton Online Filem Jaran Goyang (2018) Lakonan Cut Meyriska dan Ajun Perwira

Tonton Secara Online (Full film) - Filem Jaran Goyang 2018

Jaran Goyang ini terkenal di kalangan masyarakat Jawa di Indonesia, terutama di bahagian Jawa Timur. Ini adalah kerana ianya berkaitan dengan ilmu pengasih (ilmu pelet). Jaran goyang dijadikan cara untuk memikat orang lain dengan cara bacaan mantra tertentu.

Menurut pengarah filem ini, pembikinan filem ini telah dibuat dengan berhati-hati agar tidak menyinggung perasaan masyarakat Jawa di Indonesia, selain memastikan ianya tidak disalah-erti dan disalah-tafsir.

Ketika pembikinan filem ini, turut berlaku beberapa kejadian mistik. Ianya berlaku pada salah satu ahli tarian kuda kepang, namun berjaya pulih dengan penyembuhan daripada ketua kumpulan (ahli).

Dalam filem ini, memang ada beberapa adegan yang menampilkan tarian kuda kepang yang berhubung-kait dengan ilmu pengasih Jaran Goyang.

Kenapa kuda kepang?

Tonton Secara Online (Full film) - Filem Jaran Goyang 2018

Jaran goyang termasuk dalam ilmu merah atau sihir (santet), cabang daripada beberapa ilmu mistik masyarakat Jawa di Jawa Timur. Ilmu sihir atau santet ini bagaimanapun bukanlah untuk menyakitkan orang, tetapi ia adalah singkatan dari mesisan gantet.

Mesisan gantet ini adalah bahasa Jawa bermaksud 'bersatu dan bersatu'; atau juga penyatuan.

Dalam bahasa Jawa, istilah jaran bermaksud 'kuda'. Maka, secara harfiahnya, jaran goyang dapat difahami sebagai 'kuda goyang'.

Mantera Jaran Goyang dikatakan dapat menyatukan dua orang untuk berkahwin. Atau dapat berfungsi untuk memisahkan dua orang yang saling mencintai, sehingga mereka dapat menikahi pasangan yang diinginkan.

Ok, berbalik pada filem Jaran Goyang ini...

Pelakon Filem Jaran Goyang 2018

Filem ini menampilkan bintang-bintang terkenal Indonesia antaranya Cut Meyriska, Ajun Perwira dan Cris de Lima. Dan filem ini adalah filem seram pertama di kaca layar perak dilakonkan oleh pelakon cantik Cut Meyriska.

Sinopsis Filem Jaran Goyang (2018)

Ianya mengenai kisah seorang tukang kebun bernama Dirga (Ajun Perwira) yang telah jatuh cinta kepada seorang penyanyi dangdut bernama Elena (Cut Meyriska). Namun cintanya ditolak oleh Elena yang sudah memiliki kekasih iaitu Robert (Cris de Lima).

Kerana mahukan Elena, Dirga telah membunuh Robert. Dirga telah meminta ilmu hitam Jaran Goyang daripada makciknya, Bu Srinthil (Nova Eliza), untuk membolehkan Elena tunduk kasih kepadanya dan melupakan Robert.

Dengan menggunakan ilmu pengasih tersebut, Dirga akhirnya berjaya mendapatkan Elena. Malah, dia juga berusaha mendapatkan cinta daripada adik Elena iaitu Tania (Laura Theux).

Filem ini cukup mendebarkan dengan beberapa adegan mistik dan seram. Ia juga membuatkan anda lebih faham mengenai adat dan budaya masyarakat Jawa terutama di Jawa Timur, Indonesia.

Dalam filem ini, lagu dangdut Jaran Goyang turut ditampilkan, dibawakan oleh Trio Macan.

Untuk tontonan penuh (full movie), boleh tonton di bawah ini secara percuma.



5 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. la... filem tahun 2018 rupanya. Ingatkan filem baru. Tak pernah dengar dan tak pernah tengok sebab bukan peminat filem seram.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. Thanks for sharing, this is awesome. Would love to see more of these.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement