Tinjauan dalam talian yang dijalankan oleh Vase.ai ke atas seribu lapan puluh tiga (1,083)
rakyat Malaysia di seluruh negara, menunjukkan 10 jenama terkemuka yang menarik
perhatian para pengguna dalam tempoh yang mencabar ini.
Jenama-Jenama Syarikat Yang Berusaha-sama Membantu Rakyat Malaysia Hadapi Covid-19
Dalam satu tinjauan terbuka, seribu lapan puluh tiga (1,083) rakyat Malaysia diminta untuk
menyenaraikan semua jenama yang telah menunjukkan rasa prihatin kepada pengguna
semasa wabak COVID-19.
Laporan ini memperincikan 10 jenama yang kerap disenaraikan oleh responden.
Terdapat 5 jenama lain yang juga mendapat perhatian rakyat Malaysia atas usaha mereka.
Tinjauan ini disertai oleh panel Vase.ai yang direkrut melalui GetVase.Com.
[Dah Baca?] Buat Duit Saku Mudah Dengan Survey Vase Online
Hasil dapatan dari 1,083 rakyat Malaysia terhadap sokongan dan inisiatif jenama
tempatan:
- Jenama yang didapati mengambil initiatif awal pada peringkat awal COVID-19 adalah syarikat telekomunikasi.
- Jenama kategori Kesihatan & Kecantikan membantu menangkis mitos mengenai COVID-19. Jenama ini berkongsi informasi yang berkualiti untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia.
- Jenama hiburan menawarkan pakej-pakej promosi dan kandungan secara percuma semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
- Jenama Barangan Pengguna yang Bergerak Pantas (FMCG) menyumbang dana dalam jutaan ringgit untuk membantu golongan yang memerlukan, serta para petugas barisan hadapan yang menangani wabak COVID-19.
10 Jenama Dikenali Atas Sokongan Mereka Tanggani Covid-19
10 jenama ini dikenali atas sokongan mereka:1. Digi menawarkan data & faedah internet percuma untuk perniagaan.
2. Celcom menawarkan perlanjutan waktu untuk akses internet tanpa had dan tempoh pembayaran pada bil.
3. Maxis melancarkan #KitaSapotKita untuk mendorong rakyat Malaysia untuk menyokong satu sama lain dan perniagaan tempatan pada waktu yang mencabar ini.
4. Dettol menangkis mitos COVID-19 bersama ‘Myth VS Truth Series’.
5. U Mobile turut serta dalam memerangi COVID-19 dengan menyediakan Data Internet Percuma, menaik taraf liputan mereka dan berkolaborasi bersama artis tempatan dan perniagaan.
6. Unifi menyediakan saluran percuma di UnifiTV, melancarkan E-Bazar, Pakej Mobil Pelajar dan Pakej Sokongan Data Internet.
7. Gardenia memperuntukkan RM 1 Juta untuk Bantuan COVID-19.
8. Astro menawarkan tontonan percuma untuk semua rakyat Malaysia.
9. Shopee memulakan Dana Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) COVID-19 untuk membantu petugas kesihatan barisan hadapan Malaysia.
10. Grab membantu petugas barisan hadapan dan memastikan rakan strategik mengambil langkah keselamatan optimum.
Jenama-jenama lain seperti disebutkan di bawah ini juga penting dalam membantu untuk menangani wabak COVID-19, terutama sekali di Malaysia.- Nestlé bekerjasama dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, menyumbang sebanyak RM15 Juta untuk mengatasi wabak COVID-19.
- Watson Malaysia menyumbang produk dan bekalan ke hospital dan petugas kesihatan barisan hadapan.
- Ayam Brand menghantar 9,600 produk sedia makan kepada barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh.
- McDonald Malaysia menyumbang wang tunai sebanyak RM25,000 kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
- Lifebuoy Malaysia berkongsi himpunan soalan lazim berkenaan COVID-19 dan mitos, serta fakta untuk pengetahuan rakyat Malaysia.
- Vase.ai berkongsi maklumat tentang tabiat pengguna yang berubah semasa COVID-19.
Apa yang dicapai oleh kita, sebagai rakyat Malaysia hari ini adalah disebabkan #KitaJagaKita ...
Rakyat Malaysia sebenarnya sangat pemurah dan bersatu padu. Waktu sukar, semua orang dilihat saling bantu-membantu tidak kira fahaman, agama dan budaya. Tahniah Malaysia.
ReplyDeleteTahniah buat rakyat Malaysia termasuklah untuk diri sendiri eh!
ReplyDeleteBersatu teguh bercerai runtuh.
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.