Isteri saya memang tak tahu nak memilih smartphone apa yang sesuai dengan bajet yang dia ada. Selama-selama ni pun, sayalah yang tukang pilih dan belikan smartphone untuk isteri saya tu.
Baru Beberapa Minggu, Baru Sedar Wujud Masalah Guna Samsung A51
Saya cari beberapa review termasuk di YouTube untuk ketahui mengenai spesifikasi smartphone Samsung A51 ni. Tak susah pun nak dapatkan info, memang berlambak!
Selepas dah baca dan tonton, kemudiannya saya buat perbandingan dengan beberapa jenama dan model smartphone lain, saya rasakan (ketika itu), model Samsung A51 adalah yang paling sesuai dengan bajet di bawah RM1300.
Kriteria penting untuk pilih ialah smartphone mesti ada kamera yang baik dalam bajet harga di bawah RM1300.
[Dah Tonton?] SERINGGIT - Video Iklan Raya dari Samsung
Kenapa nak kamera yang bagus? Sebab isteri saya suka ambil gambar setiap kali kami sekeluarga pergi bercuti atau nak rakamkan saat-saat indah dengan anak-anak. Kalau ada event apa-apa ke, sure banyak gambar yang isteri saya akan ambil.
Tapi peliknya, saya ada kamera DSLR, tak minat pula dia nak gunakan .. huhu.
Isteri saya rajin buat Photobook. Jadi, semua gambar yang diambil dengan smartphone, akan dipindah dan dicetak menjadi album gambar samada menerusi Photobook atau Pixajoy.
[Dah Baca?] Jangan Simpan Gambar dalam Smartphone, Elok Dipindah dan Cetak di Photobook
Sekarang ni memang makin rajinlah sebab dah mula dapat banyak tempahan dari kawan-kawan yang sama-sama nak buat Photobook. Apatah lagi, sekarang saya dah ada komputer yang memang cukup power nak handle kerja-kerja melibatkan grafik dan gambar ni .. huhuhu.
Uhh ... melalut pulak ke benda lain .. orait .. orait.. berbalik kepada masalah menggunakan Samsung Galaxy A51.
Sebenarnya ini bukan pertama kali smartphone jenama terkenal ini membawa masalah. Saya pernah cerita dah sebelum ini mengenai masalah smartphone ini yang kerap berlaku pada charge-port.
Setelah beberapa tahun tidak menggunakan smartphone Samsung, akhirnya tahun 2020 melihatkan saya sendiri beli smartphone Samsung Galaxy A51 untuk isteri saya.
Tetapi itulah... huhu...
Masalah Timbul Selepas Guna A51 Selama Seminggu
Setelah isteri saya menggunakan Samsung A51 selama seminggu, dah nampak kekurangan yang ada pada smartphone ini, terutama apabila dibandingkan dengan jenama telefon yang lain seperti Oppo, Vivo dan Realme.Saya dapati jenama Oppo, Vivo dan Realme kurang memberikan masalah selama saya pernah menggunakannya, jika nak dibandingkan dengan jenama Samsung yang lebih tersohor dan telah diyakini kebanyakkan pengguna.
Ohh .. ini bersandarkan juga kepada range harga ditawarkan ya .. huhu.
Antara masalah yang dilalui semasa menggunakan smartphone Samsung A51 ini ialah:
- Pengecasan pantas yang disebut tidak sepantas mana, malah sangat perlahan dibandingkan dengan smartphone Oppo F11 Pro yang digunakan isteri saya sebelum ini.
- Kualiti gambar setelah diambil sangat mengecewakan. Tak cantik langsung apabila ditukar menjadi album Photobook.
- Smartphone suka restart sendiri tanpa sebab.
Ini apa yang dimaklumkan oleh isteri saya.
Dan saya dah semak dan lihat sendiri .. memang benar apa yang dikatakan oleh isteri saya yang boleh dianggap noob dalam hal benda-benda teknologi smartphone atau gajet ni.
[Dah Baca?] Realme 5 Pro Boleh Beli Online di Shopee
Hmmm .. kalau isteri saya yang merupakan pengguna biasa dah merungut dan tak berapa suka dengan Samsung A51, apatah lagi saya yang merupakan pengguna yang mementingkan spesifikasi padu macam RAM, ROM, jenis skrin, pemproses dan sebagainya.
Oh ya....
Sebab utama saya pilih Samsung A51 ini adalah disebabkan smartphone ini ada pengecasan pantas dan juga skrin Super Amoled. Dah lama kot saya tak lihat smartphone yang menggunakan skrin begini beroperasi dalam rumah kecil kami .. huhu.
Spesifikasi Samsung galaxy A51
Ni adalah spesifikasi rasmi Samsung Galaxy A51 ..Atas kertas memang nampak cam best je. Tengok review di web, blog dan di Youtube pun nampak macam best. Tetapi itulah ....
Mungkin sebab saya dah terbiasa menggunakan jenama smartphone yang harga murah-murah ni .. kecewa sikitlah bila Samsung Galaxy A51 ini tidak memenuhi apa yang diharapkan. Lagi-lagi saya dah merasa kehebatan jenama Oppo, Vivo dan Realme.
[ads id='ads2']
Yang rasa makin tak best, bila complaint ni datang dari isteri saya yang baru rasa nak seronok menggunakan Samsung Galaxy A51, setelah beberapa minggu menggunakan Oppo F11 Pro.
Kecewalah.
Yelah, tengah seronok guna telefon, tetiba je telefon restart. Ambil gambar dalam pelbagai aksi tetapi hasilnya di Photobook tidak seperti diinginkan.
Apa nak buat, gunalah sementara smartphone ini sahaja ada di tangan. Smartphone lelama semua dah diserah hak pada anak-anak. :)
Anda pengguna Samsung Galaxy A51 tak? Jika ya, boleh kongsikan tak apa-apa masalah telefon ini yang lain - yang mungkin ada.
OPPO F11 Pro apa jadi ek?
ReplyDeleteBagi kat anak no 2 (angah).
DeleteAlhamdulilah, yang Suami pakai A50s ookay pulak, takde masaalah seperti yang di atas..bab gambar tu sebab Suami kurang ebrgambar, kalau amik pun gambar kerja sahaja...
ReplyDeleteNi yang versi latest A5 ... A51 ni dikatakan lebih baik, mungkin sebab guna cip lain kot.
DeleteDah lam bertukar dari Samsung. Yang dulu mungkin versi lain tapi tak sangka pula versi yang latest pun ada isu juga.
ReplyDeleteKena beli Samsung premium macam Note baru rasa okey .. huhu
DeleteTengok review kat YouTube nampak macam best, tak sangka pulak macam ni. Bila tengok tu, teringin jugak sebab pikir dah lama tak guna Samsung. Nasib baik tak beli lagi huhuhu kalau tak hmmm. Sebab nak cari smartphone dengan camera yang best, boleh tangkap gambar cantik-cantik untuk blog.
ReplyDeleteSaya rasa Oppo - Realme dengan Vivo lagi best ambil gambar untuk blog. Tgk post saya yang mana pasal cuti tu, saya guna Realme 2 Pro. Cantik tak gambar?
Deletedah lama x minat samsung sbb dgn harganya boleh beli jenama Vivo yg canggih. we pay for brand name.
ReplyDeletedh setahun pakai Samsung A51 ni dh 2x charger port tu rosak...alahaiiii...
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.