Ni segala gara-gara promosi daripada Lazada. Aha .. jadi tak keruan saya apabila dapat tahu ada tawaran menarik daripada AEON Lazada Mall yang offer monitor komputer serendah RM499 untuk Acer FHD 27 inci.
Rezeki Menulis Blog - Upgrade PC dengan Monitor Acer FHD 27 Inci
Ini semua gara-gara nafsu membeli-belah sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksana kerajaan... haha.
Gatal sangat masuk dalam Lazada, lalu saya ternampaklah tawaran menarik dalam tu yang tawarkan harga menarik untuk sebuah monitor komputer 27 inci Full-HD. Uhhh memang tertawanlah bila dah survey harga ..
Saya akhirnya beli monitor komputer ACER 27" dari Lazada dengan harga RM499! Sekali dengan kabel HDMI percuma.
Beli Monitor ACER 27 Inci Harga Murah di Lazada
Mana nak dapat harga skrin komputer 27 inci bawah RM500 ni. Apatah lagi yang baharu. Paling murah yang pernah saya lihat adalah RM599 juga di Lazada. Di Shopee, saya cari .. harga paling murah semuanya RM600 ke atas.Jika ada yang jual murah pun untuk skrin 27 inci bawah RM500 biasanya yang refurbished.
Jenama Acer adalah antara jenama monitor komputer yang saya suka guna. Sejak zaman di IPT lagi, saya memang gemarkan jenama Acer untuk monitor komputer. Jarang bermasalah. Dan kalau ada problem pun, mudah nak diservis di kedai komputer kerana banyak alat ganti.
Spesifikasi monitor saya beli:
- Model: ACER ED272A
- Size: 27 inch
- Response Time: 4MS
- Refresh Rate : 75HZ
- Display Type : IPS Panel
- Support AMD FREESYNC
- Resolution : 1920 x 1080 Full HD
Kenapa saya pilih? Ada dua sebab, selain saiz monitor, saya beli monitor baharu untuk komputer saya ialah kerana refresh rate 75HZ. Monitor komputer sebelum ini cuma boleh 65HZ. Jadi, paparan adalah lebih smooth ...
[Dah Baca?] 12 Tips Membeli Komputer Peribadi
Memang puas mata memandang la bila dah gunakan monitor yang bersaiz lebih besar ini.
Saya rasa, ini mungkin pembelian monitor yang terakhir. Dah cukup besar ni .. tak rela rasanya nak pakai monitor lebih besar - 32 inci memandangkan specs komputer yang ada sekarang sekadar biasa-biasa.
Saya beli ni ikut kemampuan, rezeki menulis blog. Kalau tak ada lebihan daripada pendapatan, mungkin saya takat pendamkan sahaja hasrat nak beli. Alhamdulillah.
Jika nak cari perkakasan untuk komputer, saya biasanya akan cari dalam Lazada. Setakat ini, alhamdulillah, saya selalu membeli daripada seller yang dipercayai dalam Lazada, dan juga Shopee.
Anda boleh cuba cari ... ni saya dapati dari Lazada ...
Murah dah tu..Rezeki
ReplyDeleteYa memang murah. Tu sebab saya beli tanpa was-was .. lagi dari seller yang elok .. hehe
DeleteYa elok. Kalau setakat nak guna untuk kerja sekolah, cari yang murah refurbished pun ok.
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.