Saya memang selalu membeli-belah secara online. Sejak kenal Lazada, dan kemudiannya Shopee, memang makin galak saya mendapatkan produk dan barangan secara online. Ia mudah. Tak perlu keluar rumah.

Paling best, berbelanja secara online ini adalah lebih jimat. Jimat samada dari kos langsung dan tidak langsung. Bila beli-belah secara online, saya tak perlu nak keluarkan kos pengangkutan (petrol) dan saya jimat masa (cari kedai, cari parking, beratur nak bayar).

Cari Peralatan Memancing Harga Murah? Beli Sahaja Secara Online!

Shopping peralatan memancing online

Antara banyak benda yang saya suka beli secara online ialah set peralatan memancing. Setakat ini dah banyak peralatan memancing saya beli, terutama di Lazada Malaysia dan juga Shopee.

Antaranya ialah set kekili atau mesin pancing, joran, tali pancing, mata kail, batu ladung, pelampong dan macam-macam lagi, termasuklah juga rak letak joran, baju memancing dan seluar khas untuk menjejak ikan dalam hutan.

Dikira-kira mau beratus ringgit dah saya habiskan beli peralatan memancing ni secara online.

Ni tengok ni .... banyakkk dah ... huhuhu.....

Shopping peralatan memancing online
Shopping peralatan memancing online
Shopping peralatan memancing online


Saya juga pernah beli khemah untuk dua orang dan juga beg memancing - sebagai kelengkapan nak menjejaki ikan Kelah Merah di Taman Negara dan juga Tasik Kenyir. Semuanya saya beli secara online.

[Dah Baca?] 11 Keperluan Penting Sebelum Masuk Taman Negara Untuk Memancing Kelah

Seperti biasa, kebiasaan sebelum saya beli barang-barang ini secara online, saya akan jenguk dulu peralatan yang sama di kedai pancing. Nak bandingkan harga, dan pastinya kualiti.

Kualiti memang bezalah sedikit terutama kalau terdapat perbezaan harga yang agak besar.

Masalah Beli Online Peralatan Memancing

Ada je masalah bila nak beli peralatan memancing secara online ni, antaranya:

  • Nak tentukan saiz mata kail yang nak dibeli.
  • Berat batu ladung yang sesuai.
  • Saiz baju pancing yang berpadanan.
  • Spesifikasi tepat mesin kekili dan juga joran.
  • Cara nak elak kena tipu seller yang jual produk fake.

Tapi itulah, pengalaman membeli banyak kali ini telah memberikan saya sedikit sebanyak pengetahuan bagaimana cara terbaik nak membeli peralatan memancing secara online.

Ohh pernah je kena tipu dengan seller online ni, terutama sekali di Lazada. Walaupun, dalam keadaan separa sedar, saya tahu bahawa seller yang sedang saya deal tu mungkin akan scam saya, tapi saya macam nak redhakan sahaja.

[Dah Baca?] Cara Betul Nak Berniaga Menjual Barang di Lazada

Dah tertulis rezeki untuk seller tu. :) hehehe .. walhal dalam hati, naik geram juga .. :P

Atas pengalaman, saya dapati beli peralatan memancing secara online ini lebih selamat kalau beli di Shopee. Setakat ini, saya belum pernah lagi kecewa dengan Shopee bila bab mencari peralatan memancing, termasuklah mesin kekili dan joran berjenama terkenal.

Tips dan Panduan Mencari Seller Online Terbaik Untuk Peralatan Memancing

Shopping peralatan memancing online


Shopping peralatan memancing online

Apabila berada di dalam Shopee, saya akan pilih seller atau kedai online yang mempunyai reputasi dan review yang bagus, selain waranti yang diberikan untuk produk, terutama yang berharga mahal dan mempunyai jenama.

Berikut adalah antara panduan yang saya gunakan ketika membeli peralatan memancing di Shopee:
  1. Cari trusted seller (ada banner disediakan Shopee).
  2. Lihat review, lebih banyak review lebih bagus.
  3. Bandingkan harga. Tak boleh pilih yang terlalu murah, ia mungkin barang tiruan atau berkualiti rendah.
  4. Chat dengan seller, kalau responsif dan menjawab pertanyaan dengan baik, tanpa ada benda yang nak disembunyikan, maka itu menjadi antara pilihan saya.

[ads id='ads2']

Saya pernah beli khemah di Shopee, malangnya barangan yang sampai pada saya cuma bertahan selama sehari sahaja. Saya ambil gambar produk yang dah rosak, dan saya chat dengan seller.

Alhamdulillah, saya dapat barang ganti secara percuma tak sampai pun 72 jam!

Jadi, ramai je seller yang bertanggungjawab dan menjaga pelanggan mereka.

Senarai Seller Peralatan Memancing Pilihan di Shopee

Berikut adalah antara seller yang jual peralatan memancing di Shopee, yang menjadi pilihan saya sehingga sekarang:


Anda boleh klik link yang saya sediakan tu untuk beli pelbagai produk memancing yang dijual oleh seller tersebut di Shopee. Anda boleh bandingkan harga antara seller-seller ini. Ada yang dari luar negara (China/Thailand) dan ada dari seller tempatan.

Bisnes Shopee

Jika nak tengok apa yang dah saya beli sebelum ini, gunakan sahaja fungsi 'search' di dalam blog ini untuk mencari ya ... in Sha Allah, anda akan jumpa beberapa review ringkas yang saya buat untuk beberapa produk peralatan memancing terpilih.

Semoga bermanfaat.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement