Dengan kelulusan minima SPM, calon yang terpilih akan menjalani beberapa proses pemilihan untuk ke jawatan Pegawai Imigresen gred KP19. Ia melibatkan Peperiksaan Online Kemasukan Perkhidmatan Awam (PSEE), ujian Psikometrik dan juga ujian fizikal serta kecergasan.
Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) Pegawai Imigresen KP19
Tahun ini, mulai Jun dan Julai 2020, pihak SPA telah mula memanggil calon-calon yang memenuhi kriteria asas untuk perjawatan Pegawai Imigresen KP19. Calon dikehendaki untuk menjalani Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE
Peperiksaan online (PSEE) KP19 ini dijadualkan pada 10 Julai 2020. Masa peperiksaan adalah selama 1 jam, 10:00 pagi hingga 11:00 pagi untuk semua calon.
Jika anda pernah memohon jawatan ini menerusi laman web SPA, anda boleh menyemak di pautan di bawah:
Semakan PSEE SPA Pegawai Imigresen KP19 - http://e-semakan.spa.gov.my/pegawai_imigresen_19/
Proses Pengambilan Pegawai Imigresen KP19 - Tahun 2020
Untuk pengambilan tahun 2020, Jabatan Imigresen Malaysia telah menetapkan bahawa calon yang layak dari segi akademik akan disaring menerusi peperiksaan online PSEE. Calon yang lulus peperiksaan ini kemudiannya akan dipanggil untuk Ujian Psikometrik.
Hanya calon-calon yang lulus Ujian Psikometrik sahaja yang akan dipanggil ke peringkat Ujian Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan.
[Baca Juga] 35 Contoh Soalan PSEE Ujian Psikometrik Kerja Kerajaan
Syarat Ujian Fizikal, Pancaindera & Kecergasan Pegawai Imigresen
Untuk pengetahuan anda yang mungkin menjadi antara calon bertuah dipanggil untuk PSEE Pegawai Imigresen KP19, syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera untuk Ujian Fizikal dan Kecergasan KP19 adalah seperti yang berikut:- tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
- berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
- mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
- mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
- lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
- pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
- diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
Daripada info yang saya berikan ini, jelas bahawa pihak Jabatan Imigresen mahukan calon yang benar-benar layak dan memenuhi kriteria untuk jawatan Pegawai Imigresen gred KP19.
Jelas cabaran sebagai salah seorang anggota Imigresen bukannya mudah, malah ia memerlukan ciri-ciri seperti pengetahuan mengenai pelbagai perkara termasuklah undang-undang berkaitan, daya serta kebolehan menyelesaikan masalah dan juga kebolehan untuk berinteraksi dalam Bahasa Inggeris.
Info Am Format Peperiksaan Terbaharu PSEE Pegawai Imigresen Gred KP19
Itulah sebabnya di dalam format terkini PSEE untuk jawatan ini, calon yang terlibat perlu menguasai soalan-soalan berkaitan Daya Penyelesaian Masalah dan juga Kefahaman Bahasa Inggeris.
Ya, berbeza dengan pengambilan sebelum ini, format terkini PSEE Pegawai Imigresen KP19 untuk tahun 2020 melibatkan dua seksyen:
- Daya Menyelesaian Masalah
- Kefahaman Bahasa Inggeris
Format lama peperiksaan online untuk KP19 ada melibatkan seksyen Pengetahuan Am tetapi untuk tahun ini, seksyen ini tidak dijadikan seksyen utama.
Jadi, anda perlu ada pemahaman jelas mengenai format terkini peperiksaan online PSEE terbaharu. Malah, buat calon yang terlibat .. anda perlu ada persediaan yang tepat untuk memastikan anda mampu menjawab soalan PSEE Pegawai Imigresen KP19 format terkini.
Rujukan Khas PSEE Pegawai Imigresen KP19 - Versi 2020
Gunakan rujukan yang menyediakan segala persediaan penting untuk PSEE Pegawai Imigresen gred KP19 dijadualkan Julai ini. Elakkan dari mengggunakan rujukan dan panduan yang menggunakan format lama.
Calon-calon terlibat perlu mendapatkan contoh-contoh soalan terkini PSEE untuk jawatan Pegawai Imigresen KP19, dan tidak lagi menggunakan contoh soalan format lama yang akan menyebabkan calon kerugian masa dan 'sesat' ketika peperiksaan sebenar dijalankan.
Jimatkan masa mencari contoh-contoh soalan terkini PSEE KP19, dan jimatkan masa untuk kenal-pasti kelemahan terutama di dalam PSEE Seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris.
Sebagai salah satu cara membantu calon yang mungkin sedang keliru untuk mendapatkan panduan menjawab PSEE ini dan juga contoh-contoh soalan bagi persediaan rapi sebelum peperiksaan online sebenar, gunakan pakej rujukan KHAS untuk PSEE Pegawai Imigresen sesi Julai 2020 ini:
Pakej rujukan ini menyediakan bukan setakat panduan untuk memahami format terkini peperiksaan, tetapi juga lebih 100 contoh soalan untuk membantu calon terlibat membuat latih-tubi sebelum peperiksaan sebenar.
Amnya, soalan-soalan akan merangkumi:
- Seksyen A - Daya Penyelesaian Masalah
- Melibatkan kemahiran pemikiran logik
- Melibatkan kemampuan calon menginterpretasi data
- Pemahaman konsep-konsep matematik terutama berkaitan tugas Pegawai Imigresen
- Seksyen B - Kefahaman Bahasa Inggeris
- Melibatkan petikan ringkas dan soalan berkaitan petikan tersebut
- Soalan-soalan yang melibatkan vocabulary
- Melibatkan soalan-soalan tatabahasa, penggunaan ayat dan sebagainya
Jika anda mahukan maklumat lebih baik, mahu dapatkan contoh-contoh soalan bagi setiap seksyen terbabit di dalam PSEE Julai ini, gunakan pakej rujukan yang telah disediakan di bawah ini.
Ambil peluang yang ada sekarang untuk melakukan persediaan rapi sebelum peperiksaan. Anda boleh berjaya dan lulus jika anda ambil langkah awal ini. Jangan tunggu hingga saat akhir kerana ramai calon seperti anda telah mula mengatur strategi untuk CEMERLANG di dalam peperiksaan ini nanti.
Saya ucapkan semoga berjaya, dan jangan teragak-agak untuk dapatkan bantuan terbaik menggunakan pakej rujukan khas PSEE Pegawai Imigresen KP19 ini.
p.s: Rujukan ini adalah dalam bentuk ebook dan bukannya buku. Jadi, pembelian akan disahkan dalam tempoh 24 jam, dan anda akan dapat rujukan anda setelah pembelian disahkan. Cepat dapat, cepat study.
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.