Ramai yang telah ambil peluang semasa kerajaan laksanakan Perintah Kawalan Pergerakkan untuk memulakan bisnes secara online. Antara pilihan mudah untuk mereka nak menjual secara online, pastinya di platform seperti Lazada mahupun Shopee.

Tetapi, antara ramai-ramai yang bergelar newbie ini ... hanya segelintir sahaja yang telah menggunakan panduan Shopee mahupun panduan Lazada sebagai langkah pertama mengetahui selok-belok berniaga secara online di platform-platform tersebut.

Tips Untuk Newbie Buat Untung Puluh Ribu Berniaga Secara Online di Shopee/Lazada

Tips Untuk Newbie Buat Untung Puluh Ribu Berniaga Secara Online di Shopee/Lazada

Ramai yang mula berniaga main langgar sahaja, dengan hanya menggunakan panduan asas berniaga secara online yang boleh dicari di internet.

Akibatnya, ramai yang kecewa kerana gagal membuat jualan. Malah, ada yang meninggalkan platform tersebut untuk berniaga secara online. Rugi masa, tenaga dan modal berniaga.

Kenapa nak langgar bila sudah ada panduan khas disediakan dengan lengkap untuk berniaga di platform tersebut?

Bisnes Lazada

Bisnes Shopee 
Saya nak beritahu .. ada je newbie yang baru berniaga di Lazada dan Shopee yang berjaya menjana keuntungan puluhan ribu ringgit sebulan. Bezanya ialah, mereka ada rujukan dan panduan yang boleh diikut langkah demi langkah. Ada group support yang saling membantu untuk membolehkan mereka buat jualan bersama.

Tapi entahlah.

Hmm .. memang ramai yang sebegini, berniaga online tetapi tak ada ilmu. Nak labur pada ilmu, takut dan risau walaupun dah ada testimoni dan review daripada peniaga newbie yang lain.

Hmm okaylah.

Kesilapan besar newbie yang berniaga online di Lazada dan Shopee tetapi tak dapat untung puluh ribu macam yang lain ni ada 3 ...



1. Tidak Melakukan Kajian Produk

Ramai newbie menjual produk benda yang tidak ada permintaan tinggi (ikut situasi semasa). Biasanya mereka jual apa yang mereka ada kerana tidak mahu mengeluarkan modal lain.

Bila tak ada kajian pasal produk, maka memang susahlah nak menjual dan dapat untung. Lama-lama benda yang ada dalam simpanan tu jadi terbiar begitu sahaja.

Mudah je nak buat kajian produk ni, anda hanya perlu masuk dalam platform berniaga tu dan lihat pada jumlah produk tu terjual (sold). Kena rajinlah sedikit. Nampak je terus tulis dalam nota. Senaraikan.

Jika nak kena dengan produk yang ada dalam tangan anda, maka carilah pada niche atau kategori yang sama.

Dapatkan produk yang terjual banyak oleh seller-seller lain. Anda jadikan produk terlaris tersebut sebagai produk utama, kemudian anda offer produk anda yang dalam stok dengan diskaun pada ruangan produk utama, tak pun buat pakej jualan.

Jadi, barulah boleh jual banyak.

Inilah pentingnya buat kajian produk...huhu.

2. Kesilapan Beli Borong Untuk Dijual

Jika mahu buat untung, kenalah keluarkan modal sedikit borong produk yang laris untuk dijual di Lazada atau Shopee. Jangan pula borong produk untuk dijual tetapi produk tu kurang permintaan, itu mencari rugi namanya.

Tak perlu keluarkan modal yang besar. Anda boleh terus borong produk dalam kuantiti sedikit serendah 10 unit untuk dijual. Jangan terlalu fokus berapa anda dapat untuk permulaan.

Simple je, anda borong 10 unit, yang mungkin terjual mungkin 3 - 5 unit. Untung memang tidak berapa banyak, namun boleh minimakan kerugian awal. Tetapi jika berjaya jual sehingga habis bermakna anda boleh menjual lebih lagi.

Hasil jualan yang diperoleh, maka bolehlah beli borong dengan kuantiti yang lebih banyak.

3. Takut Nak Buat atau Sertai Kempen Iklan

Ramai newbie yang tak gunakan kelebihan beriklan di platform online. Anda tidak perlu risau, kerana iklan anda pasti akan dilihat oleh ramai pengguna sedia-ada. Lazada dan Shopee sudah ada database pelanggan, gunakan sahaja tools yang telah disediakan untuk lariskan produk anda.

Disebabkan anda seorang seller baru, anda wajib buat iklan untuk naikkan ranking produk anda. Apabila anda dah dapat jualan dan feedback serta rating yang bagus diberikan oleh pelanggan, barulah anda boleh kurangkan sedikit penggunaan iklan.

Anda harus tahu, contohnya di Shopee; jika kedai online anda menerima banyak review yang bagus dari pembeli yang berpuas hati, Shopee sendiri yang akan suggest produk yang anda jual pada ribuan pelawat Shopee itu sendiri..



Jelas? Faham tak? Semua ini boleh anda peroleh dengan lebih detail lagi dalam Panduan Shopee dan juga Panduan Lazada. Segala-galanya didedahkan untuk bantu peniaga newbie berniaga di platform online.

Nak tahu Rahsia Berniaga di Lazada? KLIK SINI.

Nak tahu Rahsia Berniaga di Shopee? KLIK SINI.

Bukan setakat nak mula berniaga, tetapi tips dan trick untuk mendapat jualan serta keuntungan yang besar.

Kisah Peniaga Dropship Menjadi Peniaga Produk Sendiri

Saya nak kongsi sedikit cerita....

Ada seorang ni, dia baru nak berniaga. Sebelum ini dia berniaga cara dropship, tetapi untung tak berapa banyak sebab tak mampu nak lawan harga dari pesaing.

Yelah, awal berniaga, mana nak ada modal besar. Maka, dia pun buat dropship. Tetapi itulah, lama-kelamaan, dia rasa untung yang diterima tak berapa nak untung... huhu .. faham tak ni?

Akhirnya, dia borong produk dan urus sendiri.

Eh, tak cakap pula dia berniaga apa ekk ..

Newbie ni berniaga dalam niche Vape. 100% menggunakan Shopee. Bukan lagi cara dropship, tetapi beranikan diri untuk memborong produk bagi mendapatkan harga terbaik untuk bersaing dengan seller lain.

Memang masyuklah sampaikan boleh beli kereta dengan harga tunai! Dia tahu yang produk tu tengah viral masa tu.

Newbie ni awalnya bukan ada modal besar pun. Ada family nak sara, bukannya bujang. Ada hutang, ada sewa nak kena bayar.

Tetapi itulah, jika nak dapat untung besar sampai puluh ribu, kena beranikan diri untuk mula memborong produk dan jual di Shopee. Harga jualan boleh tentukan nak untung banyak mana sebab biasanya bila dah memborong ni, pastinya harga borong lebih murah.

Simple je rahsia dia kan?

Borong sendiri, simpan stok sendiri dan jual sendiri seterusnya pos sendiri ke pelanggan. Bermula hanya dari rumah sahaja, menggunakan platform Shopee.

Menggunakan ilmu dari Panduan Shopee, dia berjaya kumpul rating yang bagus di Shopee. Feedback dari pelanggan semua memuaskan, sehinggakan produk dia dapat reach yang tinggi di Shopee .. percuma lak tu.

Nak berjaya, kena ikut jejak langkah mereka yang berjaya. Ikut langkah yang mereka tunjukkan. Fahamkan.

Gunakan panduan di bawah .. 

Panduan Bisnes di Lazada
Panduan Bisnes di Shopee

Okey ya .. dah dapat sedikit ilmu bagaimana nak buat untung berniaga secara online?

Semoga berjaya.

2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. nak berniaga ni kena ada ilmu..klau tak mmg separuh jalan jadinya..nice sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Ada orang cari ilmu dulu sebelum buat kerja .. samalah macam alam pekerjaan, mana boleh terus jadi engineer kalau tak belajar selok belok jadi engineer. :)

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement