Saya fikir siapa yang telah mendaftar untuk mendapatkan free digital decoder MyTV, pasti dah selamat terima menerusi pos. Alhamdulillah, set yang saya pohon untuk kegunaan emak saya di kampung dah selamat terima beberapa minggu selepas membuat permohonan.

Jika anda ada membuat permohonan untuk mendapatkan set dekoder digital MyTV percuma menerusi skim B40 dan Bantuan Sara Hidup (BSH), anda boleh menyemak samada penghantaran telah dibuat menerusi link berikut - https://status.mytvbroadcasting.my

Apa Perlu Buat Bila Dah Terima Set Percuma MyTV?

Apa Perlu Buat Bila Terima Set Dekoder MyTV

Saya telah menerima set dekoder percuma ini pada 1 Ogos 2020 yang lalu. Semasa pendaftaran, saya telah menggunakan kad pengenalan emak saya yang merupakan penerima BSH.

Set dekoder yang saya pohon untuk emak saya adalah bagi kegunaan set tv di kampung, yang mana sudah beberapa bulan tidak dapat menerima siaran kerana perlaksanaan siaran digital seluruh Malaysia.

Saya terpaksa menggunakan alamat rumah saya bagi memastikan penghantaran set dekoder tidak menghadapi masalah, apatah lagi ketika permohonan, negara kita sedang berada di dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Alhamdulillah, proses penghantaran set dekoder MyTV percuma ini lancar. Penghantaran set dekoder dibuat oleh Parcel-to-Post.

Ok.

Pasti ramai tertanya apa perlu buat setelah menerima set dekoder percuma MyTV ini?

Baik. Selepas anda menerima set dekoder ini, langkah seterusnya ialah dengan memasangnya pada TV anda.



Langkah Penting Untuk Pasang Dekoder MyTV

Sebelum anda mula memasang atau menyambungkan set dekoder digital MyTV ini pada set TV anda, pastikan:

 

  1. Anda sudah memiliki aerial UHF.
  2. Ada kabel AV atau lebih baik kabel HDMI.
 

Untuk makluman, aerial UHF adalah berbeza dengan aerial biasa yang digunakan sebelum ini. Kabel adalah lebih besar, dan lebih menyerupai kabel yang digunakan untuk pemasangan siaran berbayar Astro.

Pemasangan tidaklah sesukar mana. Setelah aerial dipasang, sambungkan sahaja pada dekoder, dan kemudian sambungkan dekoder ke set TV.

Anda boleh memulakan penalaan mencari siaran menerusi sistem yang telah tersedia di dalam dekoder. Untuk memastikan anda mendapat siaran tv digital percuma yang berkualiti, aerial UHF perlu ditala pada sudut dan arah yang betul.

Pencarian siaran secara automatik sudah mencukupi, asalkan aerial ditala pada pemancar berdekatan dengan tepat.

Gunakan Aerial UHF Luaran Untuk Penerimaan Terbaik Siaran Digital MyTV

Berikut adalah beberapa contoh aerial UHF untuk mendapatkan siaran tv digital MyTV yang boleh didapati di pasaran, malah banyak dijual secara online di Shopee mahupun Lazada.

Aerial UHF untuk siaran digital MyTV
Aerial UHF untuk siaran digital MyTV
Aerial UHF untuk siaran digital MyTV

Anda boleh sahaja pasang sendiri. Jika ada aerial lama, gantikan sahaja dengan aerial UHF yang baharu. Tala pada pemancar berdekatan. Nak lagi mudah, lihat sahaja aerial jiran lain yang telah memasang MyTV ini.

Namun, jika anda mahu cara yang lebih mudah untuk mendapatkan siaran tv digital ini, anda boleh minta servis ini semasa membeli aerial UHF di kedai elektrik di tempat anda. Caj antara RM50 - RM80 mengikut kawasan.

Harga untuk aerial UHF pula antara RM80 hingga RM150 mengikut jenama atau jenis. Belilah jenis luaran kerana penerimaan adalah lebih baik.

Nak Beli Secara Online? Boleh KLIK SINI.

Elakkan Guna Booster Aerial

Jangan sesekali menggunakan booster! Andai ada peniaga kedai elektrik syorkan anda gunakan untuk gunakan booster, katakan anda tidak perlukan. Penggunaan booster ini akan menyebabkan gangguan pada penerimaan siaran MyTV ini.

Jika ingin menggunakan aerial digital jenis dalaman, pastikan rumah anda tidak ada halangan seperti hutan, bukit, gunung atau bangunan tinggi.

Ok. Selamat menikmati siaran digital menerusi dekoder percuma MyTV yang telah anda terima ya ...

Semoga bermanfaat.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement