Dah terima RM50 kredit e-Penjana tak? Alhamdulillah, saya baru sahaja terima menerusi aplikasi e-dompet Touch n Go. Jika anda belum terima, anda boleh memohon mendapatkan kredit bernilai RM50 ini menerusi tiga e-dompet iaitu Boost dan GrabPay selain dari Touch n Go.

Orang ramai akan menerima kredit bernilai RM50 ini mulai 1 Ogos 2020, dengan syarat orang ramai perlu memohon menerusi salah satu aplikasi e-dompet selain memuat-turun dan menggunakan aplikasi percuma MySejahtera.

Cara-Cara Nak Dapatkan RM50 ePenjana Menerusi Touch n Go

Cara-Cara Nak Dapatkan RM50 ePenjana Menerusi Touch n Go

Jika saya, permohonan dibuat menerusi e-dompet Touch n Go. Caranya sangat mudah dan mengambil masa kurang daripada 10 saat, saya dah terima kredit RM50 yang dijanjikan.

Jika anda pengguna Touch n Go dan telah memuat-turun serta menggunakan aplikasi MySejahtera di telefon pintar anda, maka bolehlah ikuti langkah-langkah berikut:

Cara-Cara Nak Dapatkan RM50 ePenjana Menerusi Touch n Go

1. Login ke aplikasi Touch n Go anda di smartphone. Anda akan terlihat banner e-Penjana seperti ditunjukkan di gambar (1). Klik banner tersebut dan paparan seperti di gambar (2) akan muncul.

2. Sila tanda bahagian terma, kemudian klik butang 'Claim Now!'. Anda kemudian diminta untuk menyemak butiran diri anda, iaitu nama dan juga nombor kad pengenalan yang dipaparkan menerusi aplikasi Touch n Go anda. Sahkan maklumat yang diberikan.

Cara-Cara Nak Dapatkan RM50 ePenjana Menerusi Touch n Go

3. Permohonan anda akan diproses. Sekiranya anda telah pun menggunakan MySejahtera dan butiran diri anda adalah sama dengan apa yang ada di dalam Touch n Go dan MySejahtera, proses ini cuma memakan masa kurang daripada 1 minit!

4. Satu mesej pemberitahuan akan dihantar setelah permohonan kredit RM50 telah diluluskan. Anda juga boleh melihat maklumat pengesahan tersebut di dalam aplikasi Touch n Go anda.

Selesai.

Mudah je bukan?

Malah, jika anda memohon menerusi aplikasi Touch n Go, anda juga akan menerima ganjaran lain yang disediakan.


Tempoh Membuat Permohonan

Tempoh memohon RM50 kredit ini adalah dari 31 Julai hingga 24 September 2020 manakala tarikh akhir penggunaannya pada 30 September 2020. Jadi, anda perlu sedia maklum bahawa anda perlu berbelanja dengan nilai kredit yang diberikan tersebut sebelum tarikh akhir dinyatakan.

Jika menerusi Touch n Go, anda boleh menggunakan e-dompet ini untuk pembayaran runcit, termasuklah untuk membayar bil-bil seperti bil air, bil elektrik (tertentu) dan bil Unifi.

Semuanya ada di dalam aplikasi Touch n Go. Gunakan sahaja sebaiknya.

Buat yang tidak tahu, program ini adalah antara inisiatif kerajaan di bawah Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (Penjana) yang diumumkan oleh Perdana Menteri. Ia dilaksanakan bagi merancakkan ekonomi setelah terkesan dengan wabak pandemik Covid-19.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement