Gunung Keriang di Kedah. Ia adalah sebahagian daripada eco-tourism yang ada di Kedah. Taman Rekreasi Gunung Keriang berada di dalam taman geologi yang kaya dengan hasil unik. 

Buat mereka yang tak tahu, Gunung Keriang adalah satu-satunya tempat pelancong di Malaysia (setahu saya) yang membolehkan anda mendapatkan batu kristal terus dari Gunung Keriang itu sendiri.

Taman Rekreasi Gunung Keriang yang Semakin Sepi

Gunung Keriang yang Sepi

Baru-baru ini, saya dan keluarga telah singgah ke Taman Rekreasi Gunung Keriang. Kunjungan kali ini merupakan kunjungan kali ketiga. Sebelum ini, saya pernah datang ke sini dan pada waktu itu, suasana memang meriah dengan kehadiran pelancong luar dan dalam.

Waktu pertama kali saya dan keluarga ke Gunung Keriang, kami memang sangat tertarik dengan batu kristal 'mentah' yang dijual oleh pencari batu kristal Gunung Keriang. Dan nak jadikan cerita, kami telah borong seguni batu kristal yang baru dibawa turun dari Gunung Keriang dengan harga yang cukup murah!

Pernah Terbeli Seguni Batu Kristal Gunung Keriang

Aha ... tak fikir panjang masa tu, kami beli seguni batu kristal yang masih belum dicuci dengan harga RM50 seguni.

Waktu beli tu, sempat jugalah bertanyakan cara untuk mencuci batu kristal yang masih nampak kusam dan bertanah. Malah, saya diberikan sedikit panduan untuk menjaga batu kristal yang telah selesai dibersihkan.



Hmm .. rupanya banyak proses juga untuk membersihkan batu kristal yang masih mentah (raw).

Awal-awal memang berkobar la nak jadikan batu kristal sebagai hiasan dan kemudian dijual kepada mereka yang berminat.

Tapi, hari demi hari .. batu kristal itu akhirnya terbiar begitu sahaja sampaikan jika ada yang minta, kami berikan begitu sahaja secara percuma.

Gunung Keriang Perlu Kembali Menjadi Tarikan Pelancongan

Taman Rekreasi Gunung Keriang, Alor Setar, Kedah

Kunjungan terbaru saya sekeluarga ke Taman Rekreasi Gunung Lang .. menampakkan kawasan ini sudah terbiar sepi tanpa ada kunjungan daripada pelancong. Hurmm .. mungkin kami datang pada waktu luar puncak kot .... 

Tapi itulah, sayang sekali tempat yang telah dibangunkan sebagai salah satu tarikan di negeri Kedah terbiar begitu sahaja. Walhal, ia boleh diperindahkan kembali untuk menarik kunjungan pelancong.

Tarikan Gunung Keriang sebagai Geowarisan Kedah

Tapak Geowarisang Gunung Keriang

Tarikan utama, iaitu Batu Kristal Gunung Keriang perlu menjadi subjek utama agar pengunjung dapat mengetahui selok-belok mengenainya. Paling tidak ia pastinya akan menjadi punca rezeki untuk penduduk setempat terutama sekali pencari batu kristal di sini.

Selain dari batu kristal yang pelbagai warna dan bentuk, tarikan lain ialah kewujudan beberapa gua yang boleh menarik peminat pengembara gua dan sukan ekstrim. Contohnya Gua Terus yang panjangnya sehingga 600 meter dan bertingkat-tingkat.

Menarik di Gunung Keriang, Alor Setar, Kedah

Fakta Menarik Mengenai Gunung Keriang

Jika nak tahu, batu kristal yang telah dibersihkan dengan baik, dan kemudian dijaga atau dibentuk sebagai hiasan indah boleh dijual sehingga ratusan dan ribuan ringgit. Ia sangat digemari oleh pelancong luar negara terutama dari negara China, Korea dan Jepun.

Mengikut kepercayaan orang cina (feng shui), batu kristal dapat membawa tuah, menghalau benda jahat dan memberi kesihatan yang baik kepada persekitaran mereka sekiranya mereka memiliki batu tersebut. 

Sedikit fakta hangat berkenaan Gunung Keriang:

Fakta Menarik Gunung Keriang

  • Gunung Keriang adalah bukit batu kapur dengan ketinggian sekitar 218 meter, dengan keluasan lebih 3 km persegi.
  • Amnya berusia 270 juta tahun - usia gua batu kapur.
  • Lebih 100 jenis batu kristal atau dikenali 'batu bunga' tersimpan di situ.
  • Memiliki keunikan tersendiri seperti kalsit, aneka jenis batuan dan lokasi sumber fosfat.
  • Batu kristal besar seberat 1,300kg dengan corak seakan bunga bernilai lebih RM40,000.
  • Pelbagai corak dan saiz dengan harga serendah RM5 hingga puluhan ribu.
  • Selain perhiasan, kristal ini mempunyai unsur tenaga untuk tujuan kesihatan.
 

Gunung Keriang
 
Sekarang, batu-batu kristal yang telah dibersihkan dan berbentuk unik sudah boleh diperoleh secara online di beberapa laman web shopping online termasuklah Lazada dan juga Shopee. Harganya juga pelbagai, ada yang murah dan mahal.
 
 
Taman Rekreasi Gunung Keriang
 
Semestinya ia merupakan satu produk yang bernilai tinggi untuk dipasarkan, khasnya kepada peminat-peminat batu kristal.

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Info yang menarik!

    Saya berminat nak explore gua kat situ. Kalau dibuka utk org awam masuk sendiri bagus ni.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement