Kapasiti hard disk komputer saya yang saya beli di Shopee dulu dah hampir penuh weihh ... uhh ... tak sangka 1 terabytes HDD yang saya tambah pada 480GB SSD dah mencapai nilai kritikal. Nak tak nak, saya perlu cari alternatif murah untuk kosongkan lebih banyak ruang dalam komputer saya.

Amnya, saya gunakan komputer untuk kerja-kerja berkaitan blog, termasuklah mengedit gambar-gambar yang saya dan isteri ambil apabila pergi bercuti. Juga gambar daripada client isteri saya untuk buat photobook.

Beli Seagate External Hard Disk 2TB Harga Bawah RM100

Seagate External Hard Disk 2TB Murah di Lazada

Walaupun ruang kapasiti komputer semakin terhad, ia bukan disebabkan oleh gambar atau imej yang dipindah daripada telefon atau dari Google Photos, tetapi sebab saya muat-turun pelbagai jenis ebook berkaitan kerjaya, tips blogging dan banyak lagi.

Dan ....

Segala movie yang best-best termasuklah daripada cerita bersiri dari Nexflix, Amazon, CBS dan banyak lagi .. haha. Opppss kantoi ... kah kah. Bayangkan bila dah download cerita Game of Thrones (GOT) dari musim pertama sampai musim terakhir ... uhh banyak bytes tu geng.



Jadi, nak tak nak, saya perlu cari cara untuk pindahkan segala fail yang dah seperti bersawang di dalam hard disk komputer. Yelah, macam movie tu .. sekali dua tonton, takkan nak simpan dalam komputer lagi tak?

Makanya, saya pun gelintarlah dalam Lazada untuk cari external hard disk yang murah, sesuai dengan bajet yang ada.

Kebetulan, Lazada ada buat jualan, terus ternampak satu tawaran menarik yang cukup menangkap perhatian saya.

2 Terabytes (TB) external hard disk, harga di bawah RM100! 

Seagate External Hard Disk 2TB Murah di Lazada
Memang giler murah la. Susah nak dapat harga macam ni untuk 2 TB, apatah lagi untuk kapasiti 1 TB external hard disk. Harga bawah RM100 .... tak masuk akal kan?

Tetapi entah kenapa, saya ringan jari je untuk beli. Memang tak fikir banyak samada saya mungkin kena tipu oleh seller di Lazada. Tapi itulah, sebagai seorang pembeli yang mahukan kepastian, saya buat juga carian lain dan baca review yang ada.

Panduan Bisnes di Shopify

Atas keyakinan yang saya ada, saya pun beli. Produk dihantar dari seller di China. Ambil masa untuk sampai.

Alhamdulillah, barang yang saya pesan sampai dengan selamat.

Apabila dah berada di tangan saya, terus saya buat ujian. Saya buat tiga ujian ini:

 

  1. Ujian kapasiti - nak tahu samada betul atau tidak ianya 2 TB.
  2. Ujian pemindahan fail - samada fail boleh dipindah tanpa masalah, samada dari komputer ke external hard disk dan sebaliknya.
  3. Ujian reliability - samada fail yang telah disimpan tidak rosak.

 

Setakat ini, produk yang saya beli tiada sebarang masalah.

Ramai juga rakan yang menasihati saya, takut-takut external hard disk yang saya beli tu adalah palsu. Saya memang hargai segala input yang mereka berikan, malah saya ambil risiko untuk beli supaya boleh dijadikan panduan kelak untuk orang lain.

Namun, saya tidak boleh terus berpuas-hati. Masih awal.

Harapnya nanti, external hard disk ini dapat kekal lama, dan tak datangkan sebarang masalah kelak. Hatta harganya cuma RM98, tapi tak bermakna saya perlu ambil mudah... tak mahu pembelian saya di Lazada ini menjadi satu lagi pembaziran yang awalnya boleh dielakkan.

Apapun, jika kelak ... hard disk ni bermasalah, in Sha Allah, saya akan kongsikan kepada semua.

1 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. wow...bagus beli ni boleh simpan gmbr2 lama sebelum terhilang. harga pun boleh tahan

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement