Pengurusan kewangan dalam keluarga. Kita tidak dapat menafikan bahawa wang memainkan peranan besar dalam kehidupan dan anak-anak kita terutama di zaman sekarang yang hampir serba-serbi memerlukan wang.

Namun, sistem persekolahan tidak menyediakan pendidikan kewangan untuk anak-anak. Jika ada pun, ianya terlalu asas dan tidak begitu terkesan pada pemikiran anak-anak.

4 Cara Urus Duit Wajib Diajar Pada Anak

Cara urus Duit Wajib Diajar kepada Anak

Tahukah anda, bahawa mengikut kajian yang dijalankan, lebih daripada satu pertiga ibubapa tidak berbincang mengenai kewangan dengan anak-anak dan mereka tidak tahu bagaimana untuk menguruskan wang dengan baik.

Anak-anak hanya tahu berbelanja tetapi tidak pandai menyimpan. Malah, simpanan yang mereka adapun, yang diperoleh dari baki duit sekolah, duit raya dan sebagainya disimpan untuk dibelanja pada perkara yang tidak perlu.

Jadi, bagaimana kita mahu mengajar anak-anak menghargai duit? 

Ambil langkah-langkah di bawah untuk mendidik anak menguruskan wang:

1. Beri Elaun

Cara Didik Anak Untuk Uruskan Wang

Jika anda merupakan ibubapa yang berkemampuan, berilah elaun kepada anak-anak secara tetap, dengan syarat mereka melakukan sesuatu tugasan tetap setiap hari.

Apabila anak diberi elaun tetap hasil daripada tugasan yang mereka buat, mereka menjadi lebih peka akan nilai wang. Beri pada kadar yang mencukupi mengikut tempoh, contohnya RM10 seminggu.

Anak-anak dapat merasai pendapatan sendiri bertambah atau berkurang jika mereka menggunakannya. Pada waktu yang sama, ibubapa juga perlu memberikan galakan supaya anak menyimpan ataupun berbelanja dengan bijak.

2. Ajar Anak Membuat Pilihan Bijak

Jika anak mahu membeli mainan, biarkan mereka membuat pilihan itu. Terangkan berapa nilai wang yang telah disimpan dan berapa bakinya setelah digunakan.

Sekiranya anda rasa pilihan mereka tidak bijak, berikan peluang kepada mereka supaya dapat belajar melalui kesilapan. Ia juga dapat mendidik mereka menjadi pengguna yang lebih bijak.

3. Ajar Anak Melabur

Tips Cara Urus Duit

Dengan permainan SAIDINA atau Monopoly, anak-anak boleh belajar tentang faedah melabur. Biarkan anak membuat urus niaga sendiri dalam permainan itu supaya mereka didedahkan kepada konsep pelaburan sejak awal.

4. Jelaskan Kesan Berhutang

Anak-anak tidak akan memahami konsep faedah bank dengan sepenuhnya, tetapi mereka tidak perlu memahaminya secara mendalam untuk ketahui kesan-kesan negatifnya.

Jelaskan cara mengelak dan menguruskan hutang secara efektif supaya anak-anak mengingati dan tidak terjebak dalam gejala perjudian apabila besar nanti. Berikan ruang untuk mereka meminjam dan berhutang wang saku supaya mereka memahami konsep dan kesan berhutang.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement