Kerjaya di dalam sektor atau perkhidmatan awam adalah merupakan kerjaya yang terjamin kerana ia memberikan banyak kelebihan selain peluang untuk peningkatan kerjaya. Malah, selepas tamat perkhidmatan juga akan diberikan beberapa manfaat lain seperti pencen dan wang hadiah perkhidmatan.
Untuk memasuki kerjaya di dalam perkhidmatan awam, seseorang itu perlulah membuat permohonan menerusi laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, iaitu SPAi8. Tempoh sah laku permohonan adalah selama 1 tahun.
Tips Temuduga Kerjaya Dalam Perkhidmatan Awam
Pemohon yang membuat permohonan jawatan boleh mengisi sehingga 15 jawatan yang disenaraikan di dalam senarai perjawatan SPA.
Pemohon yang dikenalpasti atau memenuhi kriteria minima sesuatu jawatan yang dipohon kemudiannya akan dipanggil untuk sesi Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam atau PSEE. Bergantung jawatan yang dipohon, pemohon juga dikehendaki untuk mengambil dan lulus di dalam Ujian Psikometrik.
Pemohon yang berjaya lulus di dalam PSEE atau Ujian Psikometrik kemudiannya akan dipanggil untuk sesi temuduga. Sesi temuduga ini akan dilakukan di pusat-pusat temuduga yang dipilih oleh calon semasa pendaftaran/permohonan.
Mulai 1 Oktober 2015, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) tidak lagi mengeluarkan surat panggilan temuduga secara pos bagi calon-calon yang beralamat di Semenanjung Malaysia, Sarawak (bagi calon di Kuching, Sibu & Miri sahaja), Sabah (bagi calon di Kota Kinabalu, Kudat, Sandakan & Tawau sahaja) dan juga di Wilayah Persekutuan Labuan
Notis panggilan temu duga hanya akan dikeluarkan melalui e-mel dan semakan di laman web SPA. Sehubungan itu, pemohon diingatkan agar sentiasa mengemaskini e-mel dan nombor telefon masing-masing.
[Dah Baca?] 18 Sebab Calon Boleh Gagal Dalam Temuduga
Temuduga adalah proses terakhir sebelum pemohon diterima ke jawatan perkhidmatan awam yang dipohon.
Ini bermakna, peringkat ini adalah peringkat paling penting untuk pemohon sebelum ditawarkan jawatan kerja kerajaan. Pemohon perlu LULUS. Jika tidak, segala perjalanan pemohon bermula dari pengisian borang permohonan, PSEE, atau Ujian Psikometrik akan menjadi satu pengalaman berharga tanpa hasil.
Ramai calon yang gagal di peringkat temuduga kerana kurangnya persediaan selain tidak melakukan kajian sebelum temuduga sebenar.
[Baca] Tonton Video Tips Temuduga dari Pengarah SPA
Contoh-Contoh Soalan Temuduga Untuk Memasuki Perkhidmatan Awam Malaysia
Untuk membantu pemohon yang bertuah dipanggil untuk temuduga kerjaya kemasukan ke perkhidmatan awam Malaysia, saya kongsikan contoh-contoh soalan temuduga berdasarkan kategori popular yang biasanya ditanya dalam temuduga SPA.
Soalan Temuduga SPA Berkaitan Personaliti dan Kelayakan
Soalan Temuduga SPA Berkaitan Jawatan Yang Dipohon
Soalan Temuduga SPA Berkaitan Isu Semasa
Soalan-soalan temuduga akan berubah mengikut keperluan dan kehendak jawatan/jabatan/kementerian. Namun, asasnya soalan-soalan temuduga memasuki perkhidmatan awam akan melibatkan soalan berkaitan personaliti pemohon/calon, soalan berkaitan perjawatan dan juga soalan berkaitan isu semasa.
Melihatkan kepada contoh soalan diberikan, calon boleh persiapkan diri dengan melengkapkan pengetahuan am terutama berkaitan jawatan, organisasi, kementerian, selain peka kepada keadaan politik, isu semasa termasuklah perkembangan teknologi terkini, pentadbiran, kewangan dan seumpamanya.
Seandainya anda calon yang berminat untuk mengetahui lebih banyak tips dan persediaan perlu bagi menghadapi temuduga kerja kerajaan ini, saya syorkan untuk menggunakan rujukan atau panduan khusus Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan.
Rujukan ini adalah merupakan rujukan terbaik yang telah digunakan ramai calon pemohon memasuki kerjaya dalam perkhidmatan awam sehingga berjaya lulus dan mendapat kerjaya impian yang dipohon.
Ia adalah pakej terlengkap yang boleh mempersiapkan calon dengan pelbagai bentuk soalan temuduga yang bakal ditanya. Jika tanpa persediaan rapi, sukar untuk berhadapan dengan penemuduga yang sememangnya mencari calon perjawatan yang benar-benar layak.
Nak pastikan tidak terkapai-kapai waktu temuduga SPA nanti? Klik butang di bawah.
Saya Nak Rujukan Lulus Temuduga SPA
Sumber Infografik - Blog MauKerja
Semoga dipermudahkan urusan pencari kerja sekalian! :)
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.