Nissan Almera edisi 2020 serba baharu dengan enjin turbo. Dah tengok Nissan Almera baharu yang kini sudah mula mendapat perhatian ramai rakyat Malaysia? Memang cantik weihh ... dan paling menarik, Nissan Almera 2020 didatangkan dengan enjin turbo untuk semua tiga varian yang disediakan.

Nissan Almera 2020 1L Turbo yang dikategorikan sebagai sedan segmen B ini akan dipasarkan di Malaysia dengan harga permulaan RM8X,XXX. Ia mempunyai tiga varian iaitu Nissan Almera 1Liter/CVT Turbo VL, Nissan Almera 1Liter/CVT Turbo VLP; dan Nissan Almera 1L/CVT Turbo VLT (RM9X,XXX).

Nissan Almera 1 Liter Turbo/CVT 2020 Memukau

Nissan Almera Baharu 2020 Turbo

Baru-baru ini, semasa saya membuat pemeriksaan dan servis berkala untuk kereta Nissan Serena Highway Star S-Hybrid, saya telah didekati oleh sales person yang mahu mempromosikan kereta-kereta Nissan terbaru tanpa mengetahui saya cuma datang untuk membuat servis kereta.

Dalam dok sembang-sembang santai mengenai kereta Nissan, sempat juga saya bertanyakan model baharu Nissan yang akan dikeluarkan untuk tahun 2020.

Yeah .. pastinya yang disebut-sebut adalah mengenai Nissan Almera serba baharu edisi 2020 yang didatangkan dengan enjin 1.0 liter Turbo/CVT.

Spesifikasi Umum Nissan Almera 2020

Nissan Almera Baharu 2020 Turbo



Model terbaru Nissan Almera dengan enjin 1.0 liter turbo ini juga datang sekali dengan ciri Electronic Wastegate (yang memperbaiki tekanan turbo) serta Mirror Bore Coating Technology (diwarisi dari Nissan GT-R) yang bertujuan untuk mengurangkan geseran antara permukaan gelang omboh dengan dinding silinder dalam enjin.

Enjin Turbo 1 Liter Nissan Almera 2020

Bila bercakap pasal enjin turbo, pastinya ia akan menghasilkan kuasa yang besar... apatah lagi untuk sebuah kereta sedan.

Saya difahamkan juga, Almera versi 2020 adalah lebih besar daripada versi sebelumnya. Malah, ia lebih rendah dan tampak lebih bergaya untuk kegunaan generasi muda.

Menurut Paultan.org, model Nissan Almera serba baharu 2020 ini dihadirkan dengan bahagian dalaman yang moden dan ringkas. Papan pemuka model terbaru ini mempunyai dua tona warna lengkap dengan paparan skrin sentuh 8-inci dengan sokongan Apple CarPlay serta tiga slot USB.

Kluster instrumen “Gliding Wing” hadir dengan kemasan krom, serta paparan meter digital berwarna untuk pemandu pula bersaiz tujuh-inci, memberikan kejelasan penglihatan kepada pemandu.

Ruang Dalaman Nissan Almera 2020

Gambar Ruang Dalaman Nissan Almera 2020 Turbo

Ruang dalaman Nissan Almera 2020 agak luas dan kelihatan selesa, disertakan dengan tempat duduk semi-bucket Zero Gravity. Bahagian bonet pula lebih luas sehingga 428 liter dengan lantai lebih rendah berbanding sebelumnya bertujuan memudahkan pemilik kereta ini memasukkan bagasi.

Gambar Ruang Dalaman Nissan Almera 2020 Turbo

Selain itu, Almera terbaru ini juga dilengkapi lampu belakang dan lampu kabus LED bagi semua varian. Bagi lampu depan, VL datang dengan lampu halogen (On/Off automatik).

Bagi VLT dan VLP, lampu depan jenis LED (bagi semua lampu utama, DRL dan lampu kabus). Ia turut membawakan rekaan wajah depan yang seiras dengan model-model jenama ini yang terbaru melalui gril V-Motion khusus daripada Nissan.

Sepertimana model-model terbaru kereta Nissan yang lain, Almera turut dilengkapi dengan Nissan Safety Shield 360.

Almera baru ini juga dilengkapi dengan ciri seperti kawalan kestabilan kenderaan (VDC), kawalan cengkaman, ABS, EBD, bantuan brek, bantuan mula mendaki serta dua Isofix sebagai ciri standard bagi semua varian.

Gambar Nissan Almera 2020 Serba Baharu

Jom lihat beberapa gambar Nissan Almera 2020 baharu ini, yang dikongsikan oleh Paultan.org..

Gambar Nissan Almera VL 1 Liter Turbo 2020



Gambar Nissan Almera VL 1 Liter Turbo 2020
Gambar Nissan Almera VL 1 Liter Turbo 2020
Gambar Nissan Almera VL 1 Liter Turbo 2020
Gambar Nissan Almera VL 1 Liter Turbo 2020
Gambar Nissan Almera VL 1 Liter Turbo 2020


Gambar Nissan Almera VL 1 Liter Turbo 2020
Gambar Ruang Dalaman Nissan Almera 2020 Turbo
Ruang Dalaman Nissan Almera Turbo 2020 Baharu
Ruang Dalaman Nissan Almera Turbo 2020 Baharu
Ruang Dalaman Nissan Almera Turbo 2020 Baharu
Ruang Dalaman Nissan Almera Turbo 2020 Baharu
Ruang Dalaman Nissan Almera Turbo 2020 Baharu

Gambar Bahagian Penumpang Nissan Almera 2020

Gambar Bahagian Dalaman Belakang Nissan Almera 2020 Turbo
Gambar Bahagian Dalaman Belakang Nissan Almera 2020 Turbo
Gambar Bahagian Dalaman Belakang Nissan Almera 2020 Turbo


Gambar di atas merupakan gambar Nissan Almera varian asas iaitu VL yang dijual pada harga RM8X,XXX.

[Dah Baca?] Senarai Harga Kereta Baharu Tanpa Cukai Jualan - Inisiatif Penjana

Untuk ketahui lebih lanjut dan lebih banyak gambar mengenai varian penuh Almera Turbo 2020 ini, boleh baca selengkapnya di Paultan.org.

Anda juga boleh melihat lebih dekat Nissan Almera 2020 baharu ini di cawangan Nissan berdekatan anda.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement