Dan ia jatuh haram sekiranya berhutang untuk tujuan yang diharamkan seperti berjudi, minum arak dan seumpamanya.
Hutang - Hukum Berhutang dan Kesannya Pada Amalan dan Kehidupan
Berhutang bukanlah satu amalan yang baik dalam kehidupan. Ia sebenarnya satu bebanan dan boleh mendatangkan mudarat bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga kepada orang lain, terutama keluarga terdekat.
Ada dua sebab yang biasanya menyebabkan seseorang itu berhutang, iaitu:
- Seseorang yang terpaksa berhutang demi memenuhi keperluan kehidupan seperti mendapatkan makanan, tempat tinggal, pakaian, pelajaran dan seumpamanya.
- Seseorang yang sengaja berhutang demi memenuhi tuntutan nafsu semata-mata seperti hiburan dan perhiasan, tambahan pula apabila peluang untuk melakukan pinjaman menjadi mudah.
Di dalam Islam, umatnya sangat dituntut untuk mengamalkan sikap tolong menolong antara satu sama lain termasuk memberikan bantuan sama ada melalui sedekah ataupun pinjaman bagi meringankan bebanan dan memenuhi keperluan yang ditanggung.
Amnya, tidak menjadi kesalahan untuk berhutang jika diperlukan seperti dinyatakan di atas.
Hutang Wajib Dibayar, Kesannya Besar Jika Tidak Dilunaskan
Namun, harus tahu bahawa hutang adalah wajib untuk dilunaskan walaupun bernilai serendah RM1 atau sekeping roti.Islam memandang berat soal melunas atau melangsaikan hutang ini. Mudaratnya sangat berat dan tidak boleh sesekali diambil ringan.
[Dah Baca?] Jalan Untuk Bebas dari Hutang
Terdapat banyak hadith yang menceritakan mengenai bahaya serta kesan tidak baik bagi mereka yang enggan membayar hutang antaranya:
1. Tidak akan terangkat amalannya
Sabda Rasulullah: Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya sehinggalah dia menjelaskan hutangnya. - [H.R tarmizi]2. Dosa hutang tidak akan diampunkan
Sabda Rasulullah SAW: Akan diampunkan segala dosa orang yang mati syahid kecuali orang yang berhutang. - [H.R muslim]3. Bagi mereka yang mampu tetapi enggan membayar ia adalah zalim
Sabda Rasulullah SAW: Penundaan orang yang mampu (untuk membayar hutang), adalah perbuatan zalim. - [H.R Al-Bukhari]4. Solat Rasulullah ke atas mereka tidak dapat memberi manfaat bagi mereka yang ada hutang
Anas bin Malik berkata: "Kami pernah bersama Rasulullah S.A.W, lalu baginda mendatangi seseorang yang sedang disolatkan. Baginda pun bertanya; "Apakah sahabat kalian ada memiliki hutang?" Mereka menjawab, "Ya."Lalu baginda bersabda: "Lalu apa manfaatnya bagi kalian jika aku mensolatkan orang yang rohnya pun tidak naik ke langit? Jika ada orang yang menjamin hutangnya, aku akan mengerjakan solat untuknya kerana sesungguhnya solatku akan bermanfaat baginya.” - [H.D At-Tabrani]
[Dah Baca?] Kerja Bergaji Tetap, Tetapi Hidup Tertekan Kerana Hutang
Kesan Hutang Dalam Kehidupan
Kesan hutang ini bukan sahaja dari sudut agama, tetapi dalam kehidupan juga akan terkesan.
Apabila hutang banyak, hidup kita jadi tidak keruan. Kerap rasa gelisah, resah dan hidup juga kurang bahagia. Malahan, kerana hutang juga, kita akan terjerumus kepada sifat suka berbohong dan menipu. Ia juga boleh menjadi antara punca rumahtangga pecah-belah, anak-anak diabaikan dan boleh terjerumus kepada jenayah lain seperti mencuri atau merompak.
Orang yang enggan membayar hutang akan cenderung untuk berkata dusta selain suka berjanji yang akhirnya dimungkiri.
Kesimpulan
Sebagai nasihat untuk diri sendiri dan kepada rakan pembaca blog, selesaikanlah hutang jika ada .. tak kira ianya sedikit mahupun banyak.Usaha sedaya upaya untuk memastikan tiada hutang yang tertinggal sebelum nafas terakhir di dunia.
Doa Lunaskan Hutang
Baginda Rasulullah mengajarkan kepada kita satu doa untuk melunaskan hutang dan doa ini terdapat dalam Al-Ma'thurat iaitu: Ya Allah,aku berlindung dengan-Mu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari sifat kedekut dan perasaan takut juga dari bebanan hutang serta paksaan orang. - [H.R Daud]Baginda juga meminta perlindungan dari berhutang. Ini kerana sabda Nabi SAW: Sesungguhnya seseorang apabila berhutang dia akan cenderung berkata dusta dan berjanji lalu mengingkarinya. - [H.R Al-Bukhori]
Tulisan ini diolah dari perkongsian Dr. Nur Mohammad Hadi Zahalan (Hadi Almaghribi). Beliau ialah Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim)
Dunia sekarang masyarakat sukar untuk lari dari berhutang. Hutang rumah, hutang kereta. Kalau dengan bank mungkin susah nak ngelat, tapi kalau dengan kawan-kawan ramai je buat-buat lupa akan hutang mereka.
BalasPadamHutang dgn institusi berbeza dgn hutang dgn org. Hutang dgn org ni boleh membawa kepada dendam, khianat dan perkara lain terutama kpd keluarga si penghutang
Padamelakkan lah dari hutang.......seram.
BalasPadamHutang dengan manusia ni kita kena ingat dan bayar/langsaikan. Jangan asyik nak tunggu orang datang kutip hutang dan satu lagi ----> jangan buat-buat lupa.
BalasPadamJika nak bebas hutang, perkara pertama yang perlu lakukan ialah henti belanja atas barangan yang tidak perlu.
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.