Di rumah, sayalah yang biasanya yang akan memasak nasi. Ini adalah kerana saya yang membeli beras, jadi secara tak langsung saya tahu sukatan betul untuk memasak nasi menggunakan jenama beras tertentu.
Aha, ya, beras walaupun asalnya dari pokok padi yang sama, tetapi sebenarnya ia ada perbezaan. Banyak beras walaupun nampak sama, ia menggunakan sukatan air yang berbeza. Jika nak tahu sukatan air yang betul untuk beras jenama tertentu, kena tanya pada promoter atau baca pada label (jika ada).
Manfaat Air Basuhan Beras Pertama dan Air Basuhan Kedua
Perkongsian kali ini adalah bukan nak cakap mengenai sukatan nak memasak nasi. Tetapi saya nak kongsi mengenai kelebihan dan manfaat air basuhan beras yang kemungkinan ramai surirumah tak tahu secara tepat.
Err tak tahu kelebihan air basuhan beras?
Ishh .. tak mungkinlah. Rasanya apa yang saya katakan di atas tu mungkin tak berapa tepat. Ramai je yang tahu akan kelebihan air basuhan beras ni.
[Dah Baca?] Cara Untuk Bezakan Tepung Gandum dengan Tepung Beras
Saya biasanya membasuh beras sebanyak 3 kali. Ni bilangan afdal sayalah kalau nak basuh apa-apa termasuklah membasuh beras. Kadangkala, saya lebihkan juga jika beras tu terlalu banyak hampas atau ada kehadiran Bubuk Beras.
Untuk pengetahuan, air basuhan beras memang banyak kelebihan dan manfaatnya terutama air basuhan pertama dan air basuhan kedua.
Air basuhan pertama adalah keruh dan banyak buih berbanding air basuhan yang kedua.
Ramai je tahu kelebihan air basuhan beras, tetapi ramai yang jarang nak menyimpannya. Kalau ingat pun, mungkin malas nak asingkan ke bekas lain, dan biasanya dibuang begitu sahaja ke dalam sinki.
Baik, menerusi perkongsian saudara Azrul Nizam di FB Group Masak Apa Hari Ini, beliau memberitahu kelebihan dan manfaat yang boleh didapati dari air lebihan atau basuhan beras ini.
Air Basuhan Pertama
- Digunakan untuk cucian bahan lain dan juga untuk dijadikan air baja tanaman.
- Untuk membasuh ikan dan ayam. Ia mampu menghilangkan bau hanyir.
- Untuk membasuh sayuran bagi membuang kotoran, sisa semburan baja, dan ulat.
- Pokok sayuran akan tumbuh dengan lebat. Misalnya pokok cili akan berbuah dengan banyak bila disiram dengan air basuhan beras yang pertama ini.
Air Basuhan Kedua
- Boleh digunakan untuk rawatan wajah. Baca bismillah dan selawat 3 kali dan sapu air basuhan kedua ini pada muka. Ia boleh menaikkan seri wajah.
- Untuk mencantikkan kulit badan, digunakan sebagai air mandian. Kalau ada panas badan dan gatal-gatal boleh juga menggunakan air basuhan ini. Ia juga sesuai untuk mencuci daki yang ada.
Amacam? Boleh dicuba tak?
[Baca Juga] Rahsia Kecantikan Pramugari Yang Boleh Diamalkan Para Wanita
Jika nak tahu, wanita Jepun dan wanita Thailand juga menggunakan air beras untuk kecantikan wajah.
Maka, lepas ini ... cubalah simpan air lebihan basuhan beras ini ya, terutama basuhan pertama dan basuhan beras yang kedua.
Semoga dapat dimanfaatkan, in Sha Allah.
Banyak manfaat air basuhan beras ni. Saya biasa guna untuk siram pokok-pokok dan sapu pada muka. :)
BalasPadamHurmm patutlah kelihatan ayu jelita muda .. hehe
PadamTerima kasih berkongsi,. Naim first time mendengar
BalasPadamdulu masa anak dara rajin gak basuh muka dengan air basuhan beras sebab masa tu mama rajin simpankan...skrg hmmmmmm manjang aja terlupa nak ketepikan
BalasPadamKat rumah ni .. wife saya dah sediakan bucket untuk buang sisa air beras dan juga sisa organik lain. Alhamdulillah, bila nampak je bucket tu ... mesti nak isi.
Padamalamak! selalu basuh muka dengan basuhan pertama! adehh
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.