Muzium Padi. Muzium unik ini adalah merupakan antara tarikan pelancong di negeri Kedah. Ia terletak berdekatan dengan Gunung Keriang, dan tidak jauh dari bandar Alor Setar. Muzium ini telah dibuka pada Oktober 2004 menampilkan sejarah serta mempamerkan bahan-bahan berkaitan padi yang melibatkan budaya, penyelidikaan dan pembangunan serta perkembangan teknologi padi di Malaysia malah di Asia Tenggara.

Muzium ini memang luas dan besar. Keluasannya sehingga 2000 meter persegi merangkumi 3 aras. Yang menariknya ialah, bangunan muzium ini berbentuk gemai padi yang dikelilingi oleh enam buah bangunan lain. 

Apa Ada Di Muzium Padi, Gunung Keriang?

Menarik di Muzium Padi, Gunung Keriang

Secara peribadinya, saya memang sukakan muzium. Jika anda mengikuti blog saya sejak 2010, tentu dah tahu yang saya banyak menulis mengenai muzium-muzium yang pernah saya lawati di Malaysia.



Keunikan Muzium Padi Kedah

Muzium Padi adalah sebuah muzium yang unik dan boleh dikatakan antara paling menarik yang terdapat di Malaysia. Ia mempunyai rekabentuk yang berbeza daripada mana-mana muzium yang lain.

Ciri ini yang menjadikan Muzium Padi di Gunung Keriang ini mudah diingati dan dibezakan dengan mana-mana muzium lain yang ada di Malaysia, malah di Asia Tenggara.

Setiap aras muzium ini menampilkan sejarah dan perkembangan teknologi padi yang mungkin tidak ramai mengetahuinya.

[Pernah Tahu?] Wau Seri Bulan, Wau Rasmi Negeri Perak

Buat mereka yang mungkin tidak pernah mengunjungi muzium ini, saya cuba kongsikan apa yang boleh ditemui pada setiap aras muzium ini.

Aras 1 Muzium Padi

Muzium Padi Gunung Keriang, Alor Setar

Di aras ini anda bakal berpeluang mengetahui sejarah penanaman padi di Kedah, meninjau koleksi variati-variati padi dan melihat alatan-alatan pesawahan tradisional seperti anak, renggam, kapok, tenggiling dan lain-lain. 

Anda mungkin menyangka beras yang datangnya dari padi itu cuma ada beberapa jenis sahaja, tetapi rupanya ada ratusan jenis yang setiap satunya ada kelebihan dan kekurangannya.

Muzium Padi Alor Setar

Selain peralatan berkaitan penanaman padi, anda juga boleh melihat alat-alat menangkap ikan yang hampir pupus antaranya sepila, tuar, bubu, serta tankul di samping boleh mengenali ikan-ikan seperti sepat, puyu, haruan, keli dan bermacam-macam lagi. 

Aras 2 Muzium Padi

Aras ini mengandungi enam galeri. Galeri-galeri ini memuatkan lukisan-lukisan yang menggambarkan aktiviti-aktiviti pertanian bermula dari zaman purba hingga ke zaman sekarang.

Terdapat juga lukisan yang menggunakan teknik semburan batu kristal yang pasti membuatkan anda terpesona.

Al maklumlah, Gunung Keriang yang berdekatan memang dikenali sebagai tempat untuk mendapatkan batu-batu kristal mentah yang pelbagai bentuk.

Aras 3 Muzium Padi

Muzium Padi Gunung Keriang, Alor Setar, Kedah

Di sinilah adanya tarikan utama Muzium Padi ini. Anda perlu menaiki 59 anak tangga untuk sampai ke ruangan berbentuk platform bergerak, mempamerkan lukisan mural yang dilukis pada dome.

Aras ini direka-bentuk seolah anda berada di puncak Gunung Keriang. Menerusi platform yang berputar, anda dapat melihat lukisan panorama perkampungan tradisional dan sawah-sawah padi yang terbentang luas saujana mata memandang.

Muzium Padi
Muzium Padi

Lukisan mural ini mempunyai ketinggian 8 meter serta 103 meter panjang dan merupakan salah satu mural yang terbesar dan tercantik di Malaysia.

Belajar Sejarah Padi Negara Kemboja

Muzium Padi Gunung Keriang, Alor Setar
Muzium Padi Gunung Keriang

Semasa saya dan keluarga melawat muzium ini baru-baru ini, dapat juga melihat galeri yang mempamerkan sejarah padi di negara lain, misalnya Kemboja. Rupa-rupanya, teknologi penanaman padi ini memang sudah berkembang maju bukan setakat di negara kita tetapi seluruh dunia.


Muzium Padi memang sesuai untuk lawatan bersama anak-anak, terutama untuk belajar mengenai penanaman padi. Setidaknya mereka tahu dari mana asalnya beras dan nasi yang dimakan setiap hari.

[Dah Baca?] Kerana Lelaki Kiriman Tuhan, Resort Ini Jadi Tular di Media Sosial

Pada masa sama, boleh terapkan nilai rasa kesyukuran atas nikmat teknologi yang ada sehingga penanaman padi menjadi lebih efisien dalam memastikan semua orang dapat menikmati makanan ruji Asia Tenggara ini pada harga yang murah.

Muzium Padi

Bayaran Masuk

Dewasa : RM 5.00 seorang
Kanak-kanak / Pelajar Sekolah Berunifom : RM 2.00 seorang

Waktu Lawatan

Dibuka setiap hari 9.00 pagi hingga 5.00 petang
(kecuali jumaat tutup sementara 12.30 t/hari hingga 2.30 petang)

2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Replies
    1. Hmmm ... saya pun sbb berada di Alor Setar, cari tempat nak bawa anak-anak .. jadi Muzium Padi antara jadi pilihan

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement