Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 adalah projek banci yang akan dijalankan di semua kawasan perumahan dan kediaman di seluruh Malaysia mulai 7 Julai untuk Fasa 1 dan 7 Oktober untuk Fasa 2. Fasa 1 dari 7 Julai hingga 30 September akan melibatkan bancian menerusi sistem online - E-Cencus. Fasa 2 pula bermula dari 7 Oktober hingga 24 Oktober dilakukan secara bersemuka.

Banci 2020 adalah banci yang keenam dilaksanakan semenjak penubuhan Malaysia pada tahun 1963. Pelaksanaan Banci 2020 adalah merujuk kepada peruntukan yang terkandung dalam Akta Banci 1960 (disemak 1969). Akta ini turut memastikan bahawa semua maklumat individu yang dikumpul adalah sulit dan tidak akan didedahkan.

Tugas dan Cabaran Menjadi Seorang Penyelia dan Pembanci

Tugas dan Cabaran Menjadi Penyelia dan Pembanci Penduduk Perumahan

Baru-baru ini saya ada berkongsikan pengalaman saya menjadi Penyelia Banci ketika Banci Penduduk dan Perumahan dibuat pada tahun 2000. Pengalaman tersebut memang diingati sehingga sekarang, kerana dari situlah saya dapat kenal lebih ramai orang dan ragam serta lifestyle mereka.

Aha .. pada tahun 2000, media sosial seperti Facebook, Twitter atau Instagram masih belum ada. Malah, kemudahan capaian internet juga sangatlah terhad. Jadi, proses bancian ketika itu agak berbeza dengan sekarang, apatah lagi untuk Banci 2020, e-Census diperkenalkan oleh Kerajaan.

Waktu itu juga, kemudahan seperti telefon juga terhad .. tidak seperti sekarang yang rata-rata rakyat Malaysia mudah dihubungi dengan telefon bimbit.

Ragam Pembanci

Memandangkan ramai yang masih tertanya-tanya mengenai tugasan dan tanggungjawab penyelia dan pembanci, post ini saya akan kongsi serba sedikit bersandarkan pengalaman lama saya dahulu sebagai Penyelia Banci Penduduk dan Perumahan 2000.

Post ini boleh dianggap sebagai tambahan untuk posting yang lalu.

Tugas Penyelia Banci Pendduduk dan Perumahan

Tugasan Penyelia Banci Penduduk Perumahan

Tugas Pembanci Banci Penduduk dan Perumahan

Tugas Pembanci Banci Penduduk dan Perumahan 2020

Perkara lain yang perlu diketahui apabila menerima tawaran jawatan Penyelia dan juga Pembanci adalah:

  • Jawatan sebagai Penyelia dan Pembanci adalah merupakan jawatan sementara dan bukan bertaraf kontrak. Pun begitu, Penyelia dan Pembanci boleh membuat tuntutan perjalanan seperti termaktub dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2011 dan peraturan yang berkuatkuasa iaitu di bawah Dasar dan Prosedur Pengambilan Pekerja Sambilan Harian.
  • Tempoh waktu bekerja sebagai Penyelia dan Pembanci untuk layak diberikan gaji atau upah harian adalah 9 jam sehari.
  • Ketika di lapangan, Penyelia dan Pembanci perlu melakukan tugasan yang diberikan dengan dedikasi dan mengikut SOP yang ditetapkan. Tiada sebarang perlindungan insurans disediakan untuk kerja bancian ini, tetapi akan dicarumkan di dalam insurans berkelompok.
  • Penyelia dan Pembanci sebaik-baiknya mempunyai telefon bimbit supaya komunikasi berkesan boleh dibuat sepanjang tempoh bancian dilakukan.
  • Penyelia dan Pembanci sebaiknya juga mempunyai lesen memandu walaupun tidak diwajibkan mempunyai kenderaan sendiri.
  • Tiada kemudahan kenderaan disediakan untuk Penyelia dan Pembanci.
  • Pakaian pula mestilah formal iaitu buat lelaki sebaiknya memakai kemeja bertali leher dan berseluar slack. Manakala wanita berbaju kurung atau skirt labuh. Ia mestilah sopan. Penyelia dan Pembanci adalah tidak digalakkan memakai seluar jeans kerana tugasan membanci adalah tugasan rasmi Kerajaan.
  • Penyelia dan Pembanci tidak boleh bekerja separuh masa kerana kiraan upah atau gaji adalah secara harian - perlu 9 jam bekerja.
  • Tidak diperuntukkan kemudahan cuti rehat dan tidak layak dibayar upah bekerja pada hari tidak hadir bertugas.
  • Penyelia dan Pembanci perlu melaksanakan tugasan sepenuhnya sepanjang tempoh lantikan. Adalah tidak dibenarkan untuk berhenti.
  • Penyelia mahupun Pembanci berkemungkinan perlu melaksanakan tugasan pada hari cuti umum dan hujung minggu sekiranya diarahkan.
  • Penyelia mahupun Pembanci perlu melaksanakan tugasan di luar waktu pejabat jika diarahkan terutama jika ada rumah kediaman yang tidak melengkapi borang bancian.


Kadar Upah

Kadar Upah dan Elaun Penyelia Pembanci

Ada yang ingin tahu mengenai gaji atau kadar upah yang diberikan untuk Banci Penduduk Perumahan 2020:

  • Penyelia: RM 72.00 (Sehari) sebelum ditolak caruman KWSP
  • Pembanci: RM 54.00 (Sehari) sebelum ditolak caruman KWSP


Untuk edisi 2020, tempoh lantikan Penyelia adalah dari 21 September hingga 31 Oktober2020 (41 Hari). Manakala untuk Pembanci bermula dari 1 hingga 24 Oktober 2020 (24 Hari).

Cabaran Ketika Bancian Dibuat

Cabaran yang biasanya berlaku adalah keengganan penghuni untuk dibanci. Mereka kurang memberikan kepercayaan terhadap orang asing. Jadi, antara jalan penyelesaian ialah berhubung dengan ketua komuniti bagi mendapatkan bantuan membuat hebahan kepada kejiranan mengenai aktiviti banci yang akan dibuat dari rumah ke rumah.


Penyelia dan Pembanci sebaiknya berpakaian kemas dan pakai tanda atau tag nama atau kad kuasa Penyelia/Pembanci yang diberikan. Biar ia jelas kelihatan ketika datang ke rumah kediaman. Tunjukkan pengenalan diri sebagai Penyelia/Pembanci.

Jika apartment, sila berhubung dengan pihak pengurusan apartment untuk mendapatkan kebenaran. Makanya, Pembanci perlu pengetahuan yang baik mengenai Banci supaya mudah untuk memberi penerangan.

Biasa berlaku, apabila datang ke kediaman, tiada penghuni. Maka, Pembanci perlulah meninggalkan surat atau nota disertakan dengan nombor telefon untuk dihubungi. Apabila dihubungi, setkan tarikh dan masa untuk dibuat bancian, hatta di luar waktu pejabat jika perlu.

Ada penghuni yang tidak tahu berbahasa selain daripada bahasa ibundanya, jadi Pembanci perlu sedikit sebanyak ada pengetahuan bahasa lain terutama bahasa Inggeris. Jika bermasalah, boleh dapatkan bantuan jiran sebelah yang fasih berbahasa Melayu dan bahasa ibunda penghuni.

Masalah cuaca juga boleh menjadi satu masalah yang akan mengganggu perjalanan melakukan banci. Jadi, sediakan payung atau baju hujan. Jika terlalu lebat, boleh cari hari lain atau buat bancian di kawasan lain yang tidak hujan.

Untuk kawasan yang mungkin dirasakan kurang selamat, Pembanci khususnya boleh mendapatkan bantuan dari Penyelia untuk sama-sama melakukan tugasan banci. Atau boleh sahaja mendapatkan bantuan dari rakan Pembanci yang lain.

Seandainya anda kurang jelas boleh sahaja berhubung dengan Ketua Penyelia Banci dan Pejabat Banci yang menempatkan anda.

Boleh juga rujuk laman web e-Census

Baca juga ragam-ragam Pembanci terdahulu di sini - Ragam Pembanci

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. waa sama la kita.. mama pun penah jadi pembanci tahun 200 gak tau. memang agak mencabar kan

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement