Penilaian ini melibatkan ujian terhadap kecerdasan insaniah (EQ, SQ dan SSQ), kecerdasan intelek (IQ, pengetahuan am dan penyelesaian masalah) dan juga artikulasi penulisan. Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) agak berbeza dari Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) sebelum ini kerana selain daripada soalan EQ, SQ, SSQ, IQ dan pengetahuan am, ujian PKSK juga mengandungi soalan penyelesaian masalah dan artikulasi penulisan.
Contoh Soalan dan Tips Menjawab Ujian PKSK untuk Tingkatan 1 Sesi Persekolahan 2021
Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) ini akan dijalankan secara serentak di semua pusat yang telah ditetapkan di seluruh negara mulai 12 hingga 23 Oktober 2020 bagi Tingkatan 1 (Satu) dan 26 Oktober hingga 6 November 2020 bagi calon ke Tingkatan 4 (Empat) untuk sesi persekolahan 2021.
PKSK akan dilaksanakan dalam 3 sesi. Setiap sesi terbahagi kepada 2 fasa. Dalam fasa 1 calon dikehendaki menjawab Bahagian C iaitu penulisan esei sekurang-kurangnya 100 patah perkataan bagi Tingkatan 1, dan 250 patah perkatan bagi Tingkatan 4 berdasarkan tajuk yang diberikan dalam masa 45 minit.
Seterusnya dalam fasa 2 calon perlu menjawab soalan Bahagian A dan B secara dalam talian dalam masa 90 minit bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. Terdapat 100 soalan akan diberikan kepada setiap calon, dan soalan adalah berbeza-beza.
Calon hanya perlu menduduki satu sesi PKSK sahaja mengikut tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan.
Tips Am Menjawab Ujian PKSK
Berikut adalah tips am untuk menjawab soalan-soalan ujian PKSK:- SQ, EQ dan SSQ - Pilih jawapan yang Paling Positif berdasarkan nilai-nilai murni dalam kehidupan bagi mendapatkan markah paling tinggi.
- IQ dan Pengetahuan Am - Berikan jawapan yang betul untuk setiap soalan daya penyelesaian masalah dan pengetahuan am
- Soalan pengetahuan am - calon boleh merujuk buku teks Sejarah tahun 6 dan menonton berita atau membaca akhbar tentang isu semasa.
Panduan Am Isi Kandungan Ujian PKSK
- EQ - Kecerdasan emosi untuk mengenal-pasti, menggunakan, memahami dan menguruskan emosi ke arah yang lebih positif.
- SQ - Kecerdasan untuk mengukur kemampuan jiwa dalam menangani kehidupan seharian.
- SSQ - Ia bagi mengukur kemampuan rohani individu iaitu kepercayaan beragama, moral dan akhlak.
- IQ - Ia bagi mengukur kemampuan intelektual, rasional dan logik serta penyelesaian masalah (matematik).
Contoh Soalan Pengetahuan Am Ujian PKSK
- Dari manakah asal lagu Negaraku? – Lagu Terang Bulan, Perak
- Siapakah yang mencipta lampu? – Thomas Edision
- Siapakah yang mencipta telefon? – Alexander Graham Bell
- Negara manakah mula-mula menjajah Tanah Melayu? – Portugal
- Cameron Highlands terletak di negeri mana? – Pahang
- Pulau Tioman terletak di negeri mana? – Pahang
- Labu sayong berasal dari negeri mana? – Perak
- Siapakah pencipta Jalur Gemilang – Allahyarham Mohamed bin Hamzah
- Kereta Wira, Preve, Exora adalah produk keluaran? – Proton
- Siapakah pengasas Facebook – Mark Zuckerberg
- Orang yang pertama menjejakkan kaki ke angkasa lepas – Neil Amstrong
- Namakan Bapa Pemodenan Malaysia – Tun Dr. Mahathir Mohamad
- Apakah nama tasik yang terkenal di Terengganu? – Tasik Kenyir
- Tasik Kenyir terletak di negeri mana? – Terengganu
- Muzik dan lagu Dondang Sayang popular di negeri mana? – Negeri Melaka
- Wau terkenal di negeri mana? – Kelantan
- Pulau Pangkor terletak di mana? – Perak
- Kaum terbesar di Sabah? – Kaum Kadazan Dusun
- Apakah gelaran buat jaguh lumba basikal negara – The Rocket Pocketman
- Bilakah tarikh penubuhan Malaysia – 16 September 1963
- Le Tour De Langkawi berkaitan sukan apa? – Sukan berbasikal
- Apakah dimaksudkan dengan PKP untuk atasi pandemik Covid-19? – Perintah Kawalan Pergerakan
- Tempoh masa perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) – 18 Mac hingga 31 Disember 2020
- Siapakah Perdana Menteri Malaysia ke 8 – Tan Sri Muhyiddin Yassin
- Apakah tema Hari Kebangsaan 2020? – Malaysia Prihatin
- Pandemik Covid-19 mula dikesan dari negara mana? – China
- Siapakah Sugu Pavithra? – Youtuber video masakan
- Apakah dimaksudkan dengan PKPP? – Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
- Siapakah Yang Di-Pertuan Agong ke 16? – Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah
- Agong ke 16 berasal dari negeri mana? – Pahang
- Agong baharu dilantik setiap berapa tahun sekali? - Lima tahun
- Covid-19 adalah sejenis? – Virus
- Nyatakan Wilayah Persekutuan yang ada di Malaysia – Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan
- Siapakah yang mula-mula membuka Melaka? – Parameswara
- Apakah sistem pemerintahan dan pentadbiran di Malaysia? – Sistem Demokrasi Berpalimen
- Siapakah Menteri Pendidikan Kanan terbaru? – Dr. Radzi Jidin
- Malaysia mempunyai berapa orang Perdana Menteri? – Lapan
- Apakah maksud 'Bagai Aur Dengan Tebing'? – Bekerjasama
- Apakah maksud 'Ayam Tambatan'? – Orang yang diharapkan
- Tarian apakah yang terkenal di Johor? – Zapin
[Baca Juga] Panduan UKKM Kemasukan Tingkatan 1 MARA 2021
Untuk soalan daya penyelesaian masalah, calon boleh merujuk silibus Tahap 2 (Tahun 3, 4 dan 6) untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.
Untuk soalan matematik, soalan akan berkisar kepada peratusan, pecahan, operasi biasa (campur, tolak, darab, bahagi), unit metrik (cm, meter, mililiter, liter, kilometer), titik perpuluhan. Soalan samada diberikan secara langsung atau berdasarkan teks disediakan.
Contoh Soalan Ujian PKSK Melibatkan EQ, SQ dan SSQ
Berikut adalah beberapa contoh soalan yang akan menguji calon dari segi reaksi, tindakan, emosi dan yang berkaitan dengan psikologi. Calon perlu memberikan jawapan yang paling positif daripada beberapa pilihan jawapan yang diberikan.- Adakah kamu memberikan perhatian semasa guru sedang mengajar?
- Rakan anda meminta duit pada murid darjah satu, apakah tindakan anda?
- Anda melihat seseorang kerap bersin, apakah tindakan yang perlu anda buat?
- Anda belajar di asrama, jika anda rindu ibubapa apakah yang boleh anda buat?
- Kalau kawan bergaduh apakan tindakan anda?
- Sekiranya setelah seminggu anda tinggal di asrama, dan anda rasa tidak sesuai, apakah yang harus anda lakukan?
- Kawan-kawan anda tidak suka mendengar ceramah, apa tindakan anda?
- Kalau sepak bola terkena tingkap, apa tindakan anda?
- Anda ternampak pelajar lain mengambil barang bukan milik mereka, apakah harus anda buat?
- Kawan anda gelak tawa di dalam masjid, apakah reaksi anda?
- Seseorang mengejek pelajar lain yang anda tidak kenali, apakah perasaan anda?
- Ibubapa anda melarang anda dari menggunakan telefon bimbit, apakah reaksi anda?
- Anda kehilangan wang semasa di asrama, apa perlu anda buat?
- Anda melihat seekor anak anjing di dalam longkang, apa tindakan anda?
- Anda melihat seekor anak anjing dibaling batu oleh rakan anda, apa reaksi dan tindakan anda?
Contoh Soalan PKSK Artikulasi Penulisan
Soalan Artikulasi Penulisan PKSK adalah penulisan esei atau karangan dalam Bahasa Melayu. Murid disarankan untuk membuat latihan penulisan Bahasa Melayu seperti persediaan untuk UPSR sebelum ini.Antara topik yang berkemungkinan untuk artikulasi penulisan PKSK ialah:
- Ceritakan pengalaman atau aktiviti semasa tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan)
- Jika anda diberikan RM100,000, apakah yang akan anda ingin buat dengan duit tersebut?
- Anda berada di sebuah pulau tanpa penghuni, ceritakan bagaimana cara untuk terus hidup.
- Apakah wabak Covid-19 dan bagaimana menghindari wabak tersebut?
- Bagaimanakah anda belajar secara dalam talian dalam tempoh PKP dilaksana dan sekolah ditutup?
- Ceritakan langkah yang perlu anda buat ketika anda melawat sesuatu tempat dalam tempoh waktu PKPP ini.
- Bagaimanakah anda menyesuaikan diri dengan norma baharu Covid-19?
[Baca Juga] Tips Mudah Hafazan Al Quran untuk Lulus Ujian Tingkatan 1 TMUA
Saya berharap panduan dan tips serta contoh soalan disediakan dapat membantu sedikit sebanyak calon murid darjah enam untuk ke tingkatan 1 sekolah khusus 2021 melakukan persediaan rapi sebelum ujian sebenar dijangka bermula 12 Oktober 2020.
[Baca Juga] Panduan dan Tips Temuduga Tingkatan 1 Sekolah Model Tahfiz Ulul Albab (TMUA)
Anak saya sendiri adalah merupakan salah satu calon untuk ujian ini. Semoga anak saya dan anak-anak yang lain yang sentiasa berusaha dengan baik dapat menempah tempat di sekolah diidamkan, in Sha Allah.
Terima kasih atas perkongsian
BalasPadamSama-sama. Doakan anak saya berjaya dalam ujian ini ya ..
PadamTERIMA KASIH
BalasPadamTerima kasih sir -sarvesh-
BalasPadamTerima kasih HH atas perkongsian dan maklumat yang diberikan.Semoga bermanfaat keatas diri saya dan orang lain.
BalasPadamTerima kasih di atas perkongsian ini.Doakan saya berjaya dalam ujian pksk untuk tahun 2021.
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.